BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16 March 2011

Lagi-lagi Hal Moto


Huhu... Mood aku dok kena topik motor jek skang ni. Hal ni jadi kat ofis aku. Hari Isnin, macam biasa aku dtg ke ofis naik motor marhaen aku la. Bezanya aku parking kat tmpt parking motor belakang bangunan utama. Semua aku dah lock. Memang baguih punya security..

Pukul 4pm, aku nak keluar sat jumpa bos lama, ambik 2-3 barang yg aku nak guna. Sampai2 kat moto, frust sungguh tgk side mirror sebelah kanan dah kena rembat. Sontoloyo sungguh jibraun ni mencuri side mirror aku.

Bila sembang dgn security, diorang pon cakap benda yg sama, "memang org suka curi side mirror EX5 ori.." Aduyai selamat dah.. Awat tak curi ja sepasang... Biaq letih lagi hangpa menjawab dpn Tuhan nanti.. Huhuhu..

Nak tak nak terpaksa beli side mirror satu set. Bkn original EX5. Yg frustnya, tgk belakang tak sepuas cermin original.. Xpa la kan... Dah nasib malang... Huhuhu...

Gamaknya hobi depa kot dpt curi. Lepas mencuri, leh sembang k*** cakap berdegar2 dgn kwn seangkatan depa, "aku dah curi side mirror motor kat Parlimen harini!!"

0 comments: