BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

30 April 2011

Cerita Berat...


Harini aku nak cerita pasal topik berat sikit. Kebetulan plak dengan hari last orang submit e-filing.

Cukai ni adalah satu satu punca pendapatan Kerajaan, selain daripada hasil2 lain mcm saman, jualan kereta2 yg nak dilupuskan kat Kastam, denda mahkamah, sewa beli bangunan/kenderaan, bla..bla..bla... Kiranya mendatangkan masyuk laaa... Duit daripada hasil2 ni semua, Kerajaan kumpul & salurkan dlm bentuk belanja mengurus & belanja pembangunan. Belanja mengurus ni, kira belanja operational kerajaan la, contohnya utk dibayar gaji kpd kakitangan kerajaan macam aku ni, bayar sewa bangunan ke, etc. Belanja pembangunan tu, macam namanya gak, tujuan adalah utk pembangunan yang akan diagihkan kepada agensi2 tertentu.

Pembayar cukai ni terdiri daripada semua rakyat. Staf gomen ka, private, berniaga sendiri, konglomerat, kapitalis, tanpa mengira agama, kaum, ideologi parti politik, etc...

Dengan duit2 cukai ni (kita sebut duit rakyat laa nooo.. Bagi makan dalam sket!!), Kerajaan dapat melaksanakan apa yg dah dirancang utk tujuan pembangunan. Nak buat sekolah baru ka, nak buat masjid, nak perelokkan jalan raya, nak buat Kompleks CIQ, nak setup prasarana wireless dalam bandar, apa2 ja la yg difikirkan logik dan berguna utk rakyat...

Sebab tu, rakyat sepatutnya kena peduli macam mana kaedah Kerajaan membelanjakan duit depa ni utk pembangunan negara. Dalam memastikan duit rakyat ni dibelanjakan sebaiknya, Jabatan Audit Negara telah ditubuhkan utk memastikan kaedah perbelanjaan yg berhemah. Kalo ada ketirisan, belanja tak kena ka, maka siap laaa dengan laporan audit yang selalunya dibentangkan pada hujung tahun. Dalam report2 tu laaa kita akan didedahkan dgn adanya agensi Kerajaan yg beli spanar sampai riban2. Buat projek tapi terbengkalai, mcm2 lagi la...

Depa berhak tau ke mana duit depa dibelanjakan. Itu pasal rakyat marah kalau depa tau ada ketirisan, sebab depa yg berpeluh ketiak bayar cukai, tapi kadang2 kos sesuatu projek macam tak munasabah. Bila dah marah, tu yg mcm2 channel depa luahkan. Yg paling selalu depa guna, pakai kertas undi laaaa.. Huhuhu....

Rakyat mesti faham, dalam hal projek pembangunan ni, duit kita.. Kita yg contribute. Tak kira hang mana parti, apa agama, apa bangsa... Jangan ada lagi yg tak berapa nak faham, dok kata pembangunan yg ada ni parti depa yg sumbangkan... Mungkin ada laa sikit sebanyak, tapi jangan lupa duit org pembangkang yg tak sikit anak dok bayar cukai. Jangan plak terkejut kalo aku kata, duit Cina tokey ayam laaa yg kita guna utk dibuat masjid kat sesuatu kawasan.

Utk kakitangan Kerajaan, kalo orang ramai marah pasal kita dok demand naik gaji, kadang2 ada asasnya. Sebab depa tgk kita belum deliver, padahal depa yg tolong bayaq gaji utk kita. Sama laaa konsep mcm depa di private. Syarikat amik depa bekerja, bayar gaji pakai duit syarikat, duit stakeholders, tapi depa xperform, mengular sana-sini.. Mana stakeholder tak marah... Lembab sangat fired trus... Hehehe...

Duit rakyat bkn milik parti, bkn milik mana2 individu. Ia milik rakyat... Jadi Kerajaan mesti memastikan amanah rakyat ni kita jaga. Rakyat letak harapan kat kita supaya pembangunan tu diagihkan sama rata. InsyaAllah kalau kita buat tu semua, tak timbul soal berat sebelah, anak tiri, dll.


13 April 2011

Menyambut Baby Siri 2



Salam.... Ni cerita aku menyambut baby kedua kami hari Sabtu lepas. Hari Jumaat aku mintak izin nak cuti dgn bos. Depa pon paham, memandangkan hari Jumaat tu tarikh EDD eT. Dia, mcm biasa, dah 2-3 minggu dok sakit jek macam nak beranak. Tapi bila pi ke sepital, tak beranak2 plak. Doktor kata, position baby tu bawah sangat. Tu yg wat rasa sakit.

Tengahari, aku gi Seksyen 7, Bangi.. Apalaga... Aku pon dah lama teringin nak makan sate kat Restoran Sup Urat Keting tu. Bila eT pantang, payah la sket nak pi makan kat sana dah. Beli la sket wat rasa sama2.

Lepas solat Jumaat, dalam kul 3:30 ptg gitu, kami ke Hospital Serdang. Lama gila nak check up. Macam biasa, memang ramai dok menunggu kat ruang menunggu. Kebetulan yang ada kat sepital masa tu, senior aku kat UiTM, merangkap officemate zaman Sapura dulu, Abu Samah. Wife dia bersalin pukul 5:30 ptg hari Jumaat tu. Petang tu, aku rasa mmg eT nak beranak dah kot. Lama sangat check up.

Dalam kul 8 malam, eT inform dah ada bukaan 2 cm. Depa nak tahan kat wad, pasal jangka bersalin malam tu. Aku runner laa jap pi cari makanan. Menunya, nasi goreng pattaya telur hangit.. Jadi laa wat bagi tenaga eT nak meneran kang.. Huhuhu...

Wad sementara sebelum bersalin tu kat wad 5e. 2nd class ward la. Tapi aku tgk ok la gak. Apa2 perkembangan eT update aku. Lama punya menunggu, terlelap gak la aku kat tempat menunggu tu. Dah xde orang dah. eT SMS aku sakit sangat dah. Nurse dah suh ready nak bersalin. Dalam pukul 3:20 pagi, nurse panggil aku masuk dalam. Tak lama proses nak bersalin tu. Tapi cuak la kejap pasal tgk uri terbelit 2 kali kat badan & leher baby. Alhamdulillah... Tepat jam 3:32 pagi, lahirlah sorang lagi cahaya mata kami ke bumi.. Kebetulan plak sama time dgn beratnya.. 3.32 kg. Hehehe...

Nama, dah ada.. insyaAllah hari Jumaat ni, genap 7 hari baby kami lahir, aku cargas pi Jabatan Pendaftaran Negara utk registration.. Rahsia dulu laaa nooo... Kang xdak modal nak update plak kalo cerita abeh.. Hahaha...



Ni kat 1st class ward. Wad 8B. Tuuudia baby nganga nak mamen... :p


Ahha.. Baik sungguh laaa Nursyaza Dania dok mengasuh adik dia.. Jangan jeles2 nooo... Adik beradik gak...