BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

13 April 2011

Menyambut Baby Siri 2



Salam.... Ni cerita aku menyambut baby kedua kami hari Sabtu lepas. Hari Jumaat aku mintak izin nak cuti dgn bos. Depa pon paham, memandangkan hari Jumaat tu tarikh EDD eT. Dia, mcm biasa, dah 2-3 minggu dok sakit jek macam nak beranak. Tapi bila pi ke sepital, tak beranak2 plak. Doktor kata, position baby tu bawah sangat. Tu yg wat rasa sakit.

Tengahari, aku gi Seksyen 7, Bangi.. Apalaga... Aku pon dah lama teringin nak makan sate kat Restoran Sup Urat Keting tu. Bila eT pantang, payah la sket nak pi makan kat sana dah. Beli la sket wat rasa sama2.

Lepas solat Jumaat, dalam kul 3:30 ptg gitu, kami ke Hospital Serdang. Lama gila nak check up. Macam biasa, memang ramai dok menunggu kat ruang menunggu. Kebetulan yang ada kat sepital masa tu, senior aku kat UiTM, merangkap officemate zaman Sapura dulu, Abu Samah. Wife dia bersalin pukul 5:30 ptg hari Jumaat tu. Petang tu, aku rasa mmg eT nak beranak dah kot. Lama sangat check up.

Dalam kul 8 malam, eT inform dah ada bukaan 2 cm. Depa nak tahan kat wad, pasal jangka bersalin malam tu. Aku runner laa jap pi cari makanan. Menunya, nasi goreng pattaya telur hangit.. Jadi laa wat bagi tenaga eT nak meneran kang.. Huhuhu...

Wad sementara sebelum bersalin tu kat wad 5e. 2nd class ward la. Tapi aku tgk ok la gak. Apa2 perkembangan eT update aku. Lama punya menunggu, terlelap gak la aku kat tempat menunggu tu. Dah xde orang dah. eT SMS aku sakit sangat dah. Nurse dah suh ready nak bersalin. Dalam pukul 3:20 pagi, nurse panggil aku masuk dalam. Tak lama proses nak bersalin tu. Tapi cuak la kejap pasal tgk uri terbelit 2 kali kat badan & leher baby. Alhamdulillah... Tepat jam 3:32 pagi, lahirlah sorang lagi cahaya mata kami ke bumi.. Kebetulan plak sama time dgn beratnya.. 3.32 kg. Hehehe...

Nama, dah ada.. insyaAllah hari Jumaat ni, genap 7 hari baby kami lahir, aku cargas pi Jabatan Pendaftaran Negara utk registration.. Rahsia dulu laaa nooo... Kang xdak modal nak update plak kalo cerita abeh.. Hahaha...



Ni kat 1st class ward. Wad 8B. Tuuudia baby nganga nak mamen... :p


Ahha.. Baik sungguh laaa Nursyaza Dania dok mengasuh adik dia.. Jangan jeles2 nooo... Adik beradik gak...


0 comments: