BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16 May 2011

Hari Che Gu...




Hari ni Hari Guru. Buat meraikan insan yang paling banyak menabur jasa dan membuat bakti pada ibu pertiwi (macam rangkap lagu sekolah aku ja!! Hehehe... )..

Sebelum aku menjadi aku pada hari ini, dah puluhan, mungkin ratusan cikgu dah mengajar & memberi aku ilmu yang sepatutnya untuk dibawa sebagai bekal di hari yg mendatang. Bermula dgn Mak & Ayah yang menjadi cikgu pertama mengajar aku ABC. Kalo hangpa nak tau, mengikut cerita Mak & Ayah aku, kemahiran membaca aku, kalo nak diikutkan memang baguih punya. Baru 3 tahun aku dah dapat baca apa yang ditulis kat surat khabar. Terima kasih Mak & Ayah. Tapi tu la, kepandaian tu tak dapat aku terjemahkan bila masuk alam sekolah, khususnya selepas PMR.

Buat semua cikgu/pensyarah, sama ada secara profesyen rasmi ataupun dak yang pernah mengajar aku; bermula dari Mak, Ayah, Tok, Wan, arwah Tok Aki, mak2 sedara (khususnya Mak Lang Noreha yang selalu buatkan kerja sekolah aku kat tadika!! Hehehe), Tadika Mickey Mouse Seremban, Tadika Winnie Sungai Petani, Tok Cik Mengaji Quran Taman Melati, Pak Lang Radhi (Long Di) Kampung Imam, Sekolah Rendah Ibrahim Sungai Petani, ustaz kat Sekolah Agama Daris Sungai Petani, Sekolah Rendah Seri Amar Diraja Alor Merah, Ustaz Yusof tok guru quran kat Anak Bukit, Sekolah Agama petang kat Sekolah Seri Amar Diraja, Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin Jitra, Makcik Khairul yang ajar quran kat Jitra, Sekolah Rendah Taman Cuepacs, Sekolah Menengah Perimbun, Pusat Tuisyen AP, Pusat Tuisyen SAL, Sekolah Menengah Sains Selangor, Kelas tambahan di Info tech MARA, pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif UiTM (skang dah tukar nama jadi FSKM), pengajar semasa Kursus Diploma Pengurusan Awam, dan seterusnya kepada semua yang aku tak dapat nak tulis kat sini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU... Terima kasih kerana menjadikan aku seadanya hari ini.. Thank you everybody!! : )

0 comments: