BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 July 2011

Tanah Tumpahnya Darahku....




Berjuang aku keluar awal 15 minit... Semuanya pasai nak tengok bola Malaysia lwn Singapura. Bajet bleh sampai pukul 1 tengah hari kat kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil. Sampai2 aku nampak sayup2 jek manusia beratur panjang sampai ke gerai baju. Satu kaunter ni lengang.. Yg ni untuk orang yang beli thru online booking.

Kita ni orang marhaen, beratur panjang laa dgn manusia2 lain... Besa laaa.. Waktu beratur nie laaa nak dengaq manusia2 "pengulas sukan" berbuih2 mulut dok cerita tactical bola, kalah Hasbullah Awang dengan Shebby Singh...

Selepas 1/2 jam beratur:-

"Bang!! Tiket dah abeh bang..!! Tapi saja dia xnak cakap awal2 kata dah abeh!!"... Ada satu mamat sudah bunyi... Kat tangan dia dok pegang tiket macam belas-belas keping. Cilakoi sungguh!! Hang dah sudah beli dok buat cerita macam2 plak... Tu aku la yg cakap dalam hati...

Hati dah panas.. Kepala dah menggelegak.. Pasai beratur dgn xbukak helmet.. haha... Staf kaunter inform tiket memang dah abeh... Dua-dua kaunter dah kehabisan tiket.. Depa tengah dapatkan tiket2 dari Stadium Kelana Jaya & Stadium Shah Alam...

Setelah dok baca2 status FB, xtunggu lama dah... Terus chow & gerak pi Stadium Kelana Jaya... Sampai lagi 10 minit pukul 2. Peeehhh.. sini bapak lengang... Aku tgk sejengkal lebih tinggi tiket yang dia xjual lagi... Patut aku mai sini terus awal2 tadi.. Xde laaa buang karan beratur sampai berlengas ketiak kat Bukit Jalil nuuuu... Huhuhuhu...

OK.. fasa pertama dah setel.. Jumpa kat Bukit Jalil naaaa.. Tanah tumpahnya darahku!!! : )

0 comments: