BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 August 2011

Hal Murtad

Kecoh 2-3 hari ni isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke sebuah gereja kat Damansara yang dikatakan menganjurkan majlis makan malam untuk tujuan-tujuan kebajikan berbilang kaum. Majlis tu dihadiri oleh sekumpulan 12 orang Islam yang didakwa pihak gereja antara penerima-penerima sumbangan. Maklumat JAIS pula mendakwa majlis tu mempunyai unsur-unsur mengembangkan dakyah ajaran Kristian kepada penganut agama lain, khususnya Islam. Kita ketepi dulu soal untung rugi politik, kerana sapa pun yang berada kat tampuk kuasa akan berhadapan dengan geng2 pendesak yang mengaut keuntungan politik (dulu PAS, sekarang PERKASA yang dok buat kerja menekan macam ni!). Sekarang kita utamakan dulu untung rugi Islam tu sendiri.

Banyak perkara sebenarnya yang kena direnung dalam hal serbuan ini. Meh kita tengok lebih kurang:-

1. Realiti Ancaman Murtad

Oooii.. sapa kata xdak ancaman?? Realitinya memang laa ada. Mana ada agama yang xmo berkembang umatnya. Islam pun kita sebar luas merata2. Takkan agama lain nak dok sengap, dok beku lagu tu ja. Depa pun akan berusaha meluaskan pengaruh di kalangan penganut lain; Budha, Hindu, termasuk Islam sendiri. Kalo xdak ancaman, xdak laa isu Natrah, Nor Aishah Bukhari, Hartina, Lina Joy, bla.. bla.. bla..

2. Akidah Umat Islam Rapuh Sangat

Sebelum2 ni, kalau dok baca beberapa sumber, antara punca umat Islam murtad adalah disebabkan depa dok ikutkan sangat pakwe/makwe depa yang bukan Islam dan terhutang budi dengan bantuan kebajikan daripada agama lain. Dulu2 aku pernah tulis entry pasal bantuan2 kebajikan daripada agama lain waktu banjir, bantuan hemodialisis utk pesakit buah pinggang, bantuan tempat tinggal utk bebudak yang lari dari rumah. Bila ada pihak lain yang sudi dok bagi bantuan, secara halus depa juga akan berfikir kebaikan yang agama lain bawak. Masa tu xfikir dah apa yang benar, apa yang batil. Lagi bangang bila ada orang Islam sanggup buang agama semata2 nak ikut couple yang bukan Islam. Tapi pasai apa hangpa goyang sangat?

3. Mana Pi Zakat Kami?

Macam yang aku tulis kat atas, antara punca yang menyebabkan ada umat Islam, sama ada muallaf mahupun yang dah sedia asal jadi penganut Islam murtad adalah disebabkan bantuan/kebaikan yang ditunjukkan puak2 missionary agama lain. Dah ramai yang sebut, terutama yang aku pernah baca, tulisan Dr. Mohd Asri yang mengkritik kaedah pengagihan zakat kepada orang yang memerlukan. Hal zakat boleh diberi kepada yang bukan Islam xpayah sentuh la. Aku pon bukan ustaz sangat. Tapi, kalo dgn umat kita sendiri pun lorat sangat kita nak salurkan bantuan, apa lagi harapan depa yg mengharap sangat perhatian pihak berkuasa?? Tak heran kalau depa makin jauh dengan agama. Pihak berkuasa agama mungkin ada alasan tersendiri sebab prosedur begitu rumit, tapi kalau kita nak tonjolkan keindahan Islam, prosedur yang rumit mesti dicari jalan utk dimudahkan.

4. Bersangka Buruk dan Bersikap Negatif

Katakanlah sememangnya majlis kat gereja di Damansara tu betui2 majlis berbentuk kebajikan, sedangkan kita umat Islam ni dah dum..dam..dum..dam kata majlis tu adalah majlis memurtadkan umat Islam, sebenarnya sekali lagi imej Islam akan perlekehkan. Orang akan lihat orang Islam ni xdak kerja lain, dok bersangka buruk manjang kat agama lain. Inferior sangat dengan depa. Adakah Islam mendidik umatnya agar sentiasa berburuk sangka terhadap agama lain. Betui, mmg ada ayat dalam Al-Quran (Al-Baqarah, ayat 120) yang habaq Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan Islam sehingga kita mengikut jalan mereka, tapi itu bukan satu lesen untuk Islam untuk berburuk sangka sepanjang masa. Ditambah lagi demonstrasi yang seolah-olah kita ni dah sampai ke tahap “perang yang tak boleh dielakkan”, last2 Islam jugak yang backfire. Dikata pulak kita ni semua terroris.. Susah bai..

########

Pada aku, umat Islam, tak kira agensi kerajaan ka, orang perseorangan ka mesti tanam sikap berjuang mempertahankan agama daripada diperkotak-katikkan kaun2 yang lain. Tapi dalam masa yang sama, kita kena renung sejenak, adakah tindakan kita benar2 menguntungkan Islam dalam jangka panjang. Ingat, Nabi S.A.W dulu pon berperang di Badar setelah terang-terangan kaum Quraisy melancarkan perang bersenjata. Kalau penganut agama lain dakyah kita secara halus, di mana plak kewajaran kita nak berperang secara bersenjata?? Kan dah xberhikmah jadinya. Hujah dibalas hujah. Jangan cara yang lembut kita bertindakbalas dengan kekerasan.

Saja nak kongsi. Rasa semua isu yang dibangkitkan 2-3 hari ni modal politik tertentu ja.

1 comments:

abg_tanjung said...

hmm m'sia ni byk sgt polithinking....