BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

15 August 2011

Hukum Dibalas Sentimen


Hmmm.. Kalo dah kayu tu, kayu la gak. Tu la gamaknya masalah sorang warganegara Malaysia yang koyah2 nak jadi pailang nih.. Dia main sergah ikut dan dia ja tanpa dia cek fakta sebenarnya. Lepas tu sikit2 cerita survival Melayu la, perkenan Agong la, apa la...




Aku dok membaca berita Utusan Malaysia pasal Enche' Ibrahim Ali mendesak larangan menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran waktu subuh kat Pulau Pinang ditarik balik kerana menyentuh sensitiviti Melayu.




Daripada berita tu, aku buat kesimpulan Enche' Berahim ni xbaca pun makluman dan isu sebenar iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa larangan tersebut adalah berlandaskan hukum yang digariskan oleh Rasulullah berdasarkan nas2 dalil yang sahih.



Penjelasan Mufti Pulau Pinang boleh dibaca kat sini. Jelas kat sini isu larangan tersebut bukanlah isu Penang nak jadi macam Singapore, LGE, LKS tu kafir harbi, Cina perkuda Melayu Pulau Pinang, tapi isu ni sebenarnya lebih kepada pertembungan pandangan kaum muda yang progresif dengan pegangan kaum tua yang konservatif serta mahu mengekalkan adat sedia ada.



Ramai yang bersetuju, tapi ramai jugak yang tak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tu. Memandangkan JK Fatwa telah membentangkan keputusan mereka berlandaskan kepada hujah dan rujukan hukum yang sahih, sepatutnya mereka yang tak bersetuju kenalah bentangkan plak hujah yang mengatakan harus pasang bacaan Quran tu waktu subuh, apa kewajarannya, apa kelonggarannya. Bukan hanya cakap, "oooohh.. itu telah melanggar sensitiviti umat Islam!!"... Itu bukan hujah, itu persepsi bang!!



Malahan idea macam tu turut dilontar oleh orang agama, yang sepatutnya berhujah mesti melebihi sentimen dan persepsi. Dalam hal agama, biarlah orang agama berbahas atas disiplin ilmu yang depa ada. Tapi bila orang macam Enche' Ibrahim ni lagi lantang (dan lagi suratkhabar suka sedekah publisiti murahan!!) menjerit2 konon mempertahankan hak Islam, macam yang aku pernah tulis, sentimen macam ni tak membantu menggambarkan Islam tu bertoleransi.




Sekali lagi, kita akan dok terperangkap dalam isu cauvinis Cina, LGE & LKS kafir harbi, malahan isu Wahabi... Dah tak dak modal nak berpolitik ka kita ni, sambil hal agama yang takdak sangkut paut dengan depa pon kita tuduh satu macam!!





Ini orang sebenarnya sudah banyak buat Islam dan Melayu nampak sangat ekstrem!!

0 comments: