BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

28 September 2011

Misteri Jalan Johor


Cerita 1:
"Berani ko lalu Jalan Kluang - Mersing tu malam2!!".. Itu laaa ayat mukadimah member aku bila kami berjumpa kat Mersing minggu lepas. Haaa.. awat yg bunyi seram plak jalan nih...


Jalan Kluang - Mersing tu antara salah satu yg depa suka kaitkan dengan misteri2 pelik, ya la kan, jalan tu pon terletak antara kawasan hutan. Dari Kluang, kita akan berjumpa Pekan Kahang sebelum jumpa Pekan Jemaluang. Ataupun short cut kepada jalan tu, kita masuk ikut jalan ke FELDA Nitar.

Aku sampai Kluang dalam pukul 7:30 malam. Aku singgah makan dulu sebelum cargas ke Mersing. Kebetulan aku lalu waktu tu hujan lebat. Ada pulak sebiji kereta tergolek dog kat satu selekoh kawasan jalan tu. Jadi, pe kebenda yang misterinya??

Cerita Member:-
Ikut cerita, satu hari, bapak sedara dia on the way balik ke Mersing lalu Jalan Kluang tu la.. Waktu malam macam aku la gak. Sampai kat satu kawasan hutan, pakciknya nampak laa seorang tua dok jalan terkedek2 sorang diri... Pakcik dia ni pon peramah ya alam. Ditegurnya pakcik tu...

"Assalamualaikum pak aji.. Nak kemana??"
Jawab pakcik ni... "Waalaikumussalam... Haaa... pakcik berjalan nak ke Mersing niii..!!"
"Jauh lagi tu pakcik nak sampai Mersing.. Pakcik dah berjalan kaki ni dari mana??"
Ni la misterinya beb.. Pakcik tu jawab... "Jauh dah pakcik jalan... Dari Muar tadi!!!"
Tak cakap banyak dah, pakcik dia pun kata,.. "Oooo.. Muar yer.. Ok la.. Babai pakcik!!"

Utk hangpa yang xtau, Muar ni dah bapak jauh ya amat bai.. Bodo2 pon mau 100 km nak sampai Kluang. Tak sampai tengah hutan tu lagi.... Haaaa... Kot nak marathon pon awat laa jalan kaki malam2, sorang2 plak tu...

Cerita 2:-

Utk kawan2 yang pernah pi kursus DPA, modul tentera, mesti hangpa akan ingat KEM PULADA kat Ulu Tiram kan. Terletak kat Jalan Persekutuan 3 menghubungi JB ke Kelantan. Ni plak versi cerita daripada pak sedara aku. Sama jek ayat depa, "Kalo boleh elak lalu laaa jalan pi Mersing tu malam2.. bahaya!! Dalam hutan.. Macam2 benda pelik jadi!!"....

Versi Pak Sedara Aku:-
Kat kawasan Hutan Simpan Panti, akan ada 4 biji kubu tentera kat tepi jalan. Misteri jugak, awat laaa hangpa tak alihkan kubu tu... Kot saja nak simpan utk tujuan sejarah kot...

Ceritanya gini.. Satu malam, dalam perjalanan balik dari Terengganu, ada laaa beberapa biji kereta tgh melalui kawasan kubu ni... Dari jauh, xpasai2 ternampak ada cahaya tembak-menembak keluar dari kawasan kubu. Kubu sini dok balas2 tembak laaa kiranya.. Haaa.. Apalaga.. Pakat2 berenti laaa 2-3 biji kereta bila nampak. Xkan nak terus. Kang kalau betul orang practice perang2 kat situ mau kojol...

"Awak nampak ke apa yang saya nampak tadi??"... Tanya sorang daripada drebar2 ni... Masing2 menyahut nampak... Pakat bincang, last2 depa decide nak lalu gak antara kawasan kubu ni. Tapi bila dah sampai situ, xnampak pon kot2 ada askar ka, lori ka, trak tgh dok berenti utk training...

Tu la dia misteri dua batang jalan kat Johor ni.. Betui ka ada benda pelik2, wallahua'lam... Huhuhu....

Ni la dia salah sebuah kubu yang aku cakap tu.. Gambaq cheq amik kat sini.

9 comments:

mr369 patih emas said...

salam...kawan dulu hari lalu kawasan ni malam2 kadang2 sorang2.kadang berteman..alhamdullilah tak pnah jumpa benda misteri...kalau monyet bnyk dok lepak tngh mlm tu ada lah nampak,.itu je la kowt bnda yg pelik sikit...yg lain 2 tak da pa.lg pun bnyk kenderaan lalu lalang walau pukul 3,4pagi..kenderaan berat bnyak..

najib limun said...

betoi ker cite ang nie..ker ang goreng jew...aku cam x caya jew cite haji ikram nie

Unknown said...

dulu mgkn kot skrg alhmdulilah aman damai xad dgr cte2 cm 2 tp tgk niat gak

Unknown said...

Cerita seram aku hari ini!!!!

Gila bapak smpai sekarang bulu roma ak x turun2..... Arghh... Selamat sampai jam 3:25am.

Ak baru balik dr bercuti dr cherating. Best memg best. Tp yg ak nk cerita bukan percutian ak ke cherating. Tp kisah seram gila smpai skang ak xkn lupa!!!

Ak sebelum ne xpernah berdepan kisah seram ketika memandu. Tetapi kali ini ak da terkena... Seringkali dgr cerita org2 lain. Tp ak hnya sekadar mrngiyakan. Pgalaman sndiri xda. Hah ne baru ak nk cerita.

Balik dr cherating. Singgah ke sungai soi pahang, tmpat pkcik ak yg da lama xjumpa bertahun2. Smpai dsana dia ajak tido rumah. Tp ak dan isteri mgelak alasan nk berehat2 sebelum naik kerja. Stelah penat bcuti 3hr 2mlm. Nk djadikan cerita.... Sekitar jam 7 senja kteorg gerak dr kuantan nk ke johor. Bndr tenggara. So, korg tau x jalan nk ke sana? Anda perlu lalu endau-rompin-mersing-felda nitar-kahang-kluang. Korg tau x mana jalan yg pling seram? Felda nitar dan KAHANG!!!

Nk djadikan cerita. Sepanjang pjalanan x byk kereta pun area felda nitar dn kahang. 2-3 kereta je. Beberapa kali ak tlajak. Tau x keadaan jalan tu? Hutan tebal....

Ak memg xpernah lalu. Follow google map. Jalan dekat.

Suatu hari dok menyanyi2 lebih kurg jam 2:30 pagi. Ak terjumpa jalan simpang 3.ke arah kiri ke kota tggi. Ke arah kanan ke kluang. Ak xperasan arahan google map ak belok kiri. Kemudian ak da rs lain mcm. Ak dok tanya isteri ak. Eh? Td google map kata apa? Turn left atau turn right? Masing2 xperasan. Ak da rs lain mcm, so ak u-turn. So ak ternmpk warung kecik terang bnderang. So ak stop bhmpiran warung tu. Ak dn isteri mdgr suara perempuan myanyi dgn kuat. Tp ak check google map tiba2 xdpt detect. Dn ak pon suh isteri ak check hp dia punya. Sama line dn google map xleh detect. Mula2 x tfikir apa2. Kemudian kteorg tawakal jalan je ke depan.

Ak suami isteri mula nk btekak betul ke jalan ne. Hp masing2 x bfungsi. Kemudian da jalan jauh ckit dr warung tu barulah line hp kteorg clear. So google map mnunjukkan jalan kteorg betul.

Xlama lepas tu. Pjalanan kteorg memg dketahui ayah mertua aku. Xlama pas tu dia kol isteri aku. Dn dia ad berpesan melalui whatsap kalo area nitar-kahang ada kedai makan jgn berhenti. HAH?????? kt sana xda bekalan letrik... Hutan. Berderau jntung aku!!! Ak pon tfikir. Rumah xda. Tiba2 ada warung. Karoake plak tu! Suara perempuan melalak! SIAPA!!!! ??? Isteri ak sempat tgok dlm warung tu. Tp xnmpk kelibat SESIAPA!!! arghhhgg....

Kemudian isteri ak bgtau hal sbenar kejadian tu kt ayah yg kteorg berhenti dkt warung tu untuk cek hp masing2. Kena bebel dgn ayah.... Ayah mertua ak da berpengalaman tentang jalan tu. Kteorg baru baca text whatsap ayah tentg kedai makan misteri area jalan nitar-kahang.

Sampai shj rumah ak terus cek search google teNtang kisah seram jalan nitar kahang. Kluang ke mersing ... Memg byk kisah seram org lain jgk. .. SIOT.... AKU TERKEENA JGK.... alhamdulillah xda apa. Pengalaman ini mgajar ak, jalan x biasa dn mcm hutan jgn sesekali redah pd waktu MALAM!!! Sekian.....

Unknown said...

Pcaya atau tidak terpulg. Sy da terkena. Kahang timur kalo x silap. 2:30pg. Ad warung. Perempuan berkaroake. Ad sesapa tau x wujud x warung tu kt simpang 3. Dr arah mersing. Ke kiri jalan kota. Ke kanan jalan ke kluang. Aduhhbb

FAIZAL MALIKI said...

Aah...btul..kt tmpt tu rmai org bhnti..ad yg pernh mkn kt situ..last2 ble check blek xde ape2 pn situ melainkn hutan

Syedy85 said...

Assalamualaikum... Pada tahun 2013saya pernah bergerak solo menuju ke pulau tioman dengan melalui jalan kluang - jemaluang untuk menuju ke mersing.. Saya keluar rumah saya dari kg sijangkang Kuala Langat tepat jam12tgh malam dan sampai ke jeti mersin jam4.30pg... Sepanjang perjalanan sy melalui jalan kluang-jamaluang sangat2lah sunyi lbh2 lg selepas kahang... Hanya kenderaan sy shj melalui jalan tu... Alhamdulillah... Sy x berjumpa sebarang benda pelik dan sy tidak diganggu apa2 sepanjang perjalanan solo sy ke mersing.. Selepas sy pulang kerumah brlah sy buat research tntg jalan itu, dan disitulah sy br tahu yg jalan tu yg jalan yg menyeramkan...

Unknown said...

Assalamualaikum.alhamdulillah baru je Lepas tadi Kali X de gangguan alhamdulillah

Unknown said...

Kubu tu sebelum dorang tutup lubang tu sempat la aku dengan kawan2 masuk..takde ape dalam tu just kotak..mybe dulu de lorong la tapi sebab tanah so t,tutup la die.