BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22 November 2011

Alim Ulama & Pandangannya

Ulama' kita ramai & disegani. Macam2 pendirian & pandangan yang dipegang. Tapi pasai apa terlihat macam tak dapat meraikan perbezaan & terus bertelagah?


Hal agama adalah perkara yang boleh menyebabkan orang bergaduh satu macam. Kita tak payah pi jauh; tak payah laa nak pi kaji antara ulama' konservatif vs progresif la, syiah vs sunni la, sunni vs wahabi la, salafus soleh vs salafi tajdidi la.. Tu besaq punya hal... Kita cerita hat sekeliling kita ni ja...

Ambik satu kes.. Solat jamak & qasar.. Banyak pandangan & khilaf ulama'. Ada pandangan yang kata solat jamak dan qasar boleh setakat 3 hari setelah sampai ke tempat yang dituju. Lepas tu dah xboleh. Ada yang kata sampai ja ke destinasi dah xbleh solat. Ada plak yang kata, selagi kita tak selesai urusan, maka boleh kita qasar & jamak. Hanya pasai tu kita yang ilmu tak berapa nak tau ni akan pertahankan pandangan kita sambil dok kata pandangan orang lain salah & tak betul.

Tak payah pi jauh. Mai part pakai minyak wangi beralkohol. Ada yang kata haram. Ada yang kata boleh. Punya tak boleh nak start solat pasai hangpa bergasak dok bertelagah atas sejadah bab tu. Ada lagi, hukum main gitar. Ada yang kata haram. Ada yang kata harus. Pehtu mula dok bergaduh. Kena pulak yang pegang kata haram ni pakai serban bagai.. Punggah!!! Bab qunut time solat subuh toksah cerita la... Kompom yang xbaca dikata wahabi!!!

Kita tengok sendiri la kat mana kita ni, umat Islam ni bila bercakap hal agama. Kita seolah-olah tak dapat meraikan perbezaan pendapat ulama' dalam hal ni. Lain la dalam bab yang jumhur ulama' dah putuskan, kalo kita langgar memang ngok ngek la kita (main judi, minum arak, berzina). Ni dalam masalah cabang kita akan bertelagah.

Dalam FB, twitter, blog, dll, banyak yang aku baca daripada kawan2 yang terjebak jugak dalam hal merendah2kan ilmu orang lain. Kadang2 ilmu tu bukan tera mana pun. baru buleh sikit.. Tapi cara dia tulis tu macam dah besar & hebat sampai bleh hukum orang lain tak betui... Kenapa dalam hal agama kita kena tunjuk pandai sampai merendahkan keilmuan orang lain??

Dalam bab ilmu agama, aku mengaku.. gua surrender dari awal... Memang aku cetek gila la.. Aku akan baca pandangan semua ustaz2 yang menulis berkenaan hukum-hakam agama. Tapi dalam dok baca, aku akan serap sekali kutukan ustaz2 ni antara satu sama lain.. Last2 kita sendiri pun confuse; sapa sebenarnya yang betui??

Kan bagus kalo ada sikap menerima & terbuka... Tapi selagi namanya manusia... Ada ilmu mula nak menunjuk lagak... Selagi sikap macam tu dok ada, selagi tu la perangai salah-menyalahkan orang ni terus dok bermaharajalela... Takpa laaaa... Hangpa ja yang betui.. Ambik pi laaa selambak!! Kalo orang alim sama2 bertelagah, boleh ka sapa2 ulama' tunjukkan kami yang tak reti apa ni, sapa dia sebenarnya pewaris nabi??

0 comments: