BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 November 2011

Modul DPA & Aku

Dari dulu kawan2 aku selalu tanya, "apa faedah hang amik modul OBS, Polis, Bomba, & Tentera waktu DPA dulu? Dah gian nak jadi askar sangat, pi la masuk tentera!!"... Aku memang xnampak apa relevannya.. Opp.. Lupa.. DPA tu adalah Diploma Pengurusan Awam, kursus 6 bulan utk PTD baru..


Memang, dulu aku xterpikir langsung apa ke pekdahnya dok join turun laut, padam api, masuk hutan, squat jump bagai... Yg aku tau, dok bengang dgn instructor tentera mcm nak lempaq dia masuk sungai.. Huhuhu..


Memang manusia xkan sedar sebetulnya.. Sampai laa harini, aku perasan ada satu nilai sebenarnya daripada segala pengalaman aku waktu DPA dulu...


Semua modul2 kat DPA tu memerlukan kudrat tenaga yg kuat, over the limit omputih kata.. Tiba2 hang yg xdak ilmu berenang disuruh kayak pusing Pulau Pangkor apa ke hey yob!! Tp pokok pangkalnya hang sebenarnya dah diasuh utk menjadi seorang yg tahan ujian..


Harini, baru la aku sedar, dengan kerja yang aku buat, penatnya, xcukup tidonya, kurang makannya, terasa mcm xmenimbulkan beban pun utk aku... Toksah tipu la.. Sapa yg xpenat.. Start bangun pukul 5pagi, tidoq balik pukul 3pagi.. Bangun balik pukul 5pagi... Peeehhh.. Gila ka apa??


Tapi, aku pun syukur, sebab rasanya aku xmanja pada badan sendiri.. Aku xmerungut kerja yg penat. Aku boleh handle kerja2 yg patutnya dibuat 3-4orang. Aku rasa boleh cope dgn beban yang aku dapat utk kerja yg aku tgh buat...


Alhamdulillah... Mungkin inilah sebabnya mengapa aku ditakdirkan menjadi PTD... :)


Published with Blogger-droid v2.0.1

22 November 2011

Alim Ulama & Pandangannya

Ulama' kita ramai & disegani. Macam2 pendirian & pandangan yang dipegang. Tapi pasai apa terlihat macam tak dapat meraikan perbezaan & terus bertelagah?


Hal agama adalah perkara yang boleh menyebabkan orang bergaduh satu macam. Kita tak payah pi jauh; tak payah laa nak pi kaji antara ulama' konservatif vs progresif la, syiah vs sunni la, sunni vs wahabi la, salafus soleh vs salafi tajdidi la.. Tu besaq punya hal... Kita cerita hat sekeliling kita ni ja...

Ambik satu kes.. Solat jamak & qasar.. Banyak pandangan & khilaf ulama'. Ada pandangan yang kata solat jamak dan qasar boleh setakat 3 hari setelah sampai ke tempat yang dituju. Lepas tu dah xboleh. Ada yang kata sampai ja ke destinasi dah xbleh solat. Ada plak yang kata, selagi kita tak selesai urusan, maka boleh kita qasar & jamak. Hanya pasai tu kita yang ilmu tak berapa nak tau ni akan pertahankan pandangan kita sambil dok kata pandangan orang lain salah & tak betul.

Tak payah pi jauh. Mai part pakai minyak wangi beralkohol. Ada yang kata haram. Ada yang kata boleh. Punya tak boleh nak start solat pasai hangpa bergasak dok bertelagah atas sejadah bab tu. Ada lagi, hukum main gitar. Ada yang kata haram. Ada yang kata harus. Pehtu mula dok bergaduh. Kena pulak yang pegang kata haram ni pakai serban bagai.. Punggah!!! Bab qunut time solat subuh toksah cerita la... Kompom yang xbaca dikata wahabi!!!

Kita tengok sendiri la kat mana kita ni, umat Islam ni bila bercakap hal agama. Kita seolah-olah tak dapat meraikan perbezaan pendapat ulama' dalam hal ni. Lain la dalam bab yang jumhur ulama' dah putuskan, kalo kita langgar memang ngok ngek la kita (main judi, minum arak, berzina). Ni dalam masalah cabang kita akan bertelagah.

Dalam FB, twitter, blog, dll, banyak yang aku baca daripada kawan2 yang terjebak jugak dalam hal merendah2kan ilmu orang lain. Kadang2 ilmu tu bukan tera mana pun. baru buleh sikit.. Tapi cara dia tulis tu macam dah besar & hebat sampai bleh hukum orang lain tak betui... Kenapa dalam hal agama kita kena tunjuk pandai sampai merendahkan keilmuan orang lain??

Dalam bab ilmu agama, aku mengaku.. gua surrender dari awal... Memang aku cetek gila la.. Aku akan baca pandangan semua ustaz2 yang menulis berkenaan hukum-hakam agama. Tapi dalam dok baca, aku akan serap sekali kutukan ustaz2 ni antara satu sama lain.. Last2 kita sendiri pun confuse; sapa sebenarnya yang betui??

Kan bagus kalo ada sikap menerima & terbuka... Tapi selagi namanya manusia... Ada ilmu mula nak menunjuk lagak... Selagi sikap macam tu dok ada, selagi tu la perangai salah-menyalahkan orang ni terus dok bermaharajalela... Takpa laaaa... Hangpa ja yang betui.. Ambik pi laaa selambak!! Kalo orang alim sama2 bertelagah, boleh ka sapa2 ulama' tunjukkan kami yang tak reti apa ni, sapa dia sebenarnya pewaris nabi??

10 October 2011

Menuju Qiblat Yang Sama




Sapa kata orang politik, terutamanya yang beragama Islam ni, xdapat disatukan?? Aku rasa, aku bertanggungjawab untuk bagitau kat hangpa di luar sana, supaya jangan berpecah belah disebabkan politik.. Aku nak bagitau hangpa, kita sebenarnya sekadar berbeza idealisme, bukan berbeza aqidah dalam beragama...

Sepanjang Parlimen bersidang kat Dewan sementara ni, aku agak kerap gak bersolat kat surau kecil di Tingkat 1 Dewan. Surau tu, abeh ramai pun bleh masuk 5-6 orang ja bersolat jemaah dalam suatu masa. Nak balik bilik sendiri bapak jauhnya. Kebetulan surau ni bukan eksklusif utk YB, so bleh la aku tumpang sekaki.

Sebelum ni, personally aku ada sikit pandangan bias kepada YB2 ni, terutama dalam menjaga bab solat. Kalo YB2 PAS ni, mungkin depa terjaga sket sebab dah diasuh dengan akhlak Tok-tok Guru depa. Cerita dia yang lain2 ni.. Kalo la solat pun xterjaga, macam mana depa nak perform di sisi Allah & rakyat utk menjaga negara??!!

Tapi dah seminggu aku dok solat kat surau tu, kesimpulan yang aku bleh dapat, sebenarnya ramai yang memang menjaga time solatnya. Wa kagum gile bai... Cukup time, ada yang terus ke surau utk solat jamak (bagi YB2 yang jauh rumah depa).. Ada yang solat biasa... Yang menariknya, YB2 dari BN juga sangat ramai menjaga solat mereka!! :)

Itu satu aspek la.. Seperkara yang lebih besaq aku nak cerita pada hangpa, bagaimana YB ni sebenarnya mesra & tak tergambar langsung depa berpecah belah time di Dewan nih... Siap bleh bersolat jemaah sama2 lagi... Kalo YB hangpa time bersidang ni boleh solat jemaah sekali, pasai apa hangpa kat kampung tergamak buat solat jemaah 2 imam?? Hangpa tak rasa ka hangpa dah ditipu oleh beberapa kerat politikus yang suka mengambil kesempatan atas kenaifan hangpa sendiri?? Ataupun hangpa begitu naif sebab xdapat mengikuti secara jelas apa yang berlaku dalam Dewan?? Ataupun hangpa memang dah fanatik dengan parti sampai tak nampak sikit habuk kebaikan orang lain?? Hmmm....

Bayangkan YB2 ni dok bertempik dalam Dewan, tapi bila di luar Dewan, depa bleh minum teh tarik sama2, malah bleh bersolat jemaah sama2, siap bergurau senda sementara nak tunggu giliran ambik wudhu'?... Allo bai, tolong laaa.. Jangan kita tertipu dgn politikus2 opportunis ni... Yakinlah bahawa berbeza fahaman politik tu tak membawa kepada perbezaan aqidah pun... Tolong laaa.. Jangan laaa pulau2kan sahabat dan jiran kerana kesempitan pemikiran politik hangpa....

Kesimpulannya, hangpa nak kata depa buat kerja kafir orang, kononnya makan harta rakyat la, rasuah la, tapi sekurang2nya satu hisab depa dalam menjaga solat dapat pelepasan Allah nanti.. Kita yang dok mengata depa, dah lengkap ka solat?? Tah2 satu hapa pun tak bleh jadi sandaran!!

(Teguran utk diri sendiri, jangan nilai orang tengok kulitnya, tapi tengok la isi hatinya!! :) )

29 September 2011

Datang Berbincang


Aku dalam hal ni bukan nak backing UiTM sangat, tapi biasanya dalam bab saman-menyaman, pak guard akan issue saman bila kita, student ni langgar peraturan; parking tak betui ka, sahsiah rupa diri ka.. yg tu baru kena saman.

Misalnya, kalo dah pihak universiti keluarkan arahan student tak boleh bawak kenderaan sendiri pi kolej, kalo hangpa gatai teloq nak bawak jugak, hangpa tanggunglah sendiri akibat. Kalo dah orang kata, tu tempat parking staf, bukan parking student. Student kena parking kat padang kawad... Dah tu yg pi galak degil drive parking kt tempat org bagi pasai apa? hangpa ni anak VIP ka nak dapat special treatment??

Kalau dah sampai kena saman RM5,000, bayangkan la berapa kali dia bantai langgar peraturan. Zaman aku dulu saman parking kena sampai RM30 satu kesalahan. Kata laaa rate tu kekal lagi sampai la ni, kurang2 dia bantai parking tmpt staf 150++ kali!!!!

Budak2 manja la ni bai... Parking nak depan kelas ja... Xmau naik bas.. Berlagak!! Konon xmau cium bau ketiak masam orang lain.. Pooodaahhhh!! Hangpa tu xsedaq ka mak bapak korang sebelum kaya berketiak masam menapak pi kampus... Jangan kufur nikmat budak2 oiiii!!!

28 September 2011

Misteri Jalan Johor


Cerita 1:
"Berani ko lalu Jalan Kluang - Mersing tu malam2!!".. Itu laaa ayat mukadimah member aku bila kami berjumpa kat Mersing minggu lepas. Haaa.. awat yg bunyi seram plak jalan nih...


Jalan Kluang - Mersing tu antara salah satu yg depa suka kaitkan dengan misteri2 pelik, ya la kan, jalan tu pon terletak antara kawasan hutan. Dari Kluang, kita akan berjumpa Pekan Kahang sebelum jumpa Pekan Jemaluang. Ataupun short cut kepada jalan tu, kita masuk ikut jalan ke FELDA Nitar.

Aku sampai Kluang dalam pukul 7:30 malam. Aku singgah makan dulu sebelum cargas ke Mersing. Kebetulan aku lalu waktu tu hujan lebat. Ada pulak sebiji kereta tergolek dog kat satu selekoh kawasan jalan tu. Jadi, pe kebenda yang misterinya??

Cerita Member:-
Ikut cerita, satu hari, bapak sedara dia on the way balik ke Mersing lalu Jalan Kluang tu la.. Waktu malam macam aku la gak. Sampai kat satu kawasan hutan, pakciknya nampak laa seorang tua dok jalan terkedek2 sorang diri... Pakcik dia ni pon peramah ya alam. Ditegurnya pakcik tu...

"Assalamualaikum pak aji.. Nak kemana??"
Jawab pakcik ni... "Waalaikumussalam... Haaa... pakcik berjalan nak ke Mersing niii..!!"
"Jauh lagi tu pakcik nak sampai Mersing.. Pakcik dah berjalan kaki ni dari mana??"
Ni la misterinya beb.. Pakcik tu jawab... "Jauh dah pakcik jalan... Dari Muar tadi!!!"
Tak cakap banyak dah, pakcik dia pun kata,.. "Oooo.. Muar yer.. Ok la.. Babai pakcik!!"

Utk hangpa yang xtau, Muar ni dah bapak jauh ya amat bai.. Bodo2 pon mau 100 km nak sampai Kluang. Tak sampai tengah hutan tu lagi.... Haaaa... Kot nak marathon pon awat laa jalan kaki malam2, sorang2 plak tu...

Cerita 2:-

Utk kawan2 yang pernah pi kursus DPA, modul tentera, mesti hangpa akan ingat KEM PULADA kat Ulu Tiram kan. Terletak kat Jalan Persekutuan 3 menghubungi JB ke Kelantan. Ni plak versi cerita daripada pak sedara aku. Sama jek ayat depa, "Kalo boleh elak lalu laaa jalan pi Mersing tu malam2.. bahaya!! Dalam hutan.. Macam2 benda pelik jadi!!"....

Versi Pak Sedara Aku:-
Kat kawasan Hutan Simpan Panti, akan ada 4 biji kubu tentera kat tepi jalan. Misteri jugak, awat laaa hangpa tak alihkan kubu tu... Kot saja nak simpan utk tujuan sejarah kot...

Ceritanya gini.. Satu malam, dalam perjalanan balik dari Terengganu, ada laaa beberapa biji kereta tgh melalui kawasan kubu ni... Dari jauh, xpasai2 ternampak ada cahaya tembak-menembak keluar dari kawasan kubu. Kubu sini dok balas2 tembak laaa kiranya.. Haaa.. Apalaga.. Pakat2 berenti laaa 2-3 biji kereta bila nampak. Xkan nak terus. Kang kalau betul orang practice perang2 kat situ mau kojol...

"Awak nampak ke apa yang saya nampak tadi??"... Tanya sorang daripada drebar2 ni... Masing2 menyahut nampak... Pakat bincang, last2 depa decide nak lalu gak antara kawasan kubu ni. Tapi bila dah sampai situ, xnampak pon kot2 ada askar ka, lori ka, trak tgh dok berenti utk training...

Tu la dia misteri dua batang jalan kat Johor ni.. Betui ka ada benda pelik2, wallahua'lam... Huhuhu....

Ni la dia salah sebuah kubu yang aku cakap tu.. Gambaq cheq amik kat sini.

05 September 2011

Raya @ Kedah





Selamat hari raya semua, maaf zahir & batin kami sekeluarga ucapkan...


Tahun ni kami beraya di Kedah. Tapi dugaan untuk kami sekeluarga, semua pakat demam. Aku sehari dua sebelum raya. ET nyaris nak demam (tapi dan recover!), Dania demam sampai meracau2 hari raya tu, Ammar plak demam hari raya ketiga & keempat. Ni pon dok rasa lagi suam2 kuku badan dia.


Tahun ni aku balik sekali dengan Ayah & Mak, naik sebijik keta. Apalaga kalo naik utk rasmikan "lori" baru aku tu.. Hahahaha... Serius mmg terbaik laaa untuk hangkut ramai2 orang naik "lori" nih. Anak2 aku nak bergolek depan belakang pon xdak masalah punya.. Hehe.. Kami balik ikut Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam, terus ke Telok Intan, sampai ke Sitiawan, sebelum masuk balik highway PLUS kat Changkat Jering. Hasilnya, 8 jam baru sampai Kedah. Kalo ikut highway, dgn syarat xjam & non-stop + laju mcm ribut, hang bleh wat 5 jam ja. Huhuhu..


Raya pertama pun aku dah makan macam2. Dengan mihun gearbox, nasik minyak, termasuk laaa ketupat daun palas, nasik impit yg mak buat, peeehhh.. kompom naik 3-4 kg hari pertama raya ja.. :p


Raya kedua, sempat laaa kami pi jenguk sedara2 belah ET yang dok di Manggol Bongor (bukan bongok!! Bongor yer tuan2 puan2.. :p)... Tu pon xdan nak berjalan semua rumah pasai anak2 aku dok kalut dgn demam bagai.

Raya ketiga kami bertolak balik KL. Jalan dah penuh dgn orang. Kami keluar dari kampung pukul 12 tengah hari. Singgah di Kulim melawat tok sedara belah mak. Bertolak plak dari Kulim pukul 4.30 ptg. Kami lalu jalan Serdang/Bandar Baru. Potong masuk highway kat Persimpangan Bandar baru. Tapi kereta dah penuh. Jam & merangkak macam siput. Last2 aku bawak singgah pekan Kuala Kangsar, singgah solat maghrib kat Masjid Ubudiah. Huhuhu... Punya laaa lepak kangkung, pukul 2 pagi baru kami sampai rumah Seri Kembangan.

Raya keempat baru bertolak balik ke Jengka. Alhamdulillah, sempat laa beraya dengan tok wan kat belah ET. Utk hangpa semua, selamat hari raya, maaf zahir batin aku ucapkan..

17 August 2011

Dia Punya Pasai, Abeh Kena Taik!!

Sure ramai dah tengok video pasal polis trafik "pau" drebar Singapore yang kantoi speed trap kat highway PLUS tu kan...

Yaaa.. Memang siut...!! Baik polis tu, dengan cina Singapore tu sama2 laaa dilaknat weh... Pemberi dan penerima rasuah akan dilaknat bai!! Tapi aku frust dgn polis tu la.. Dia dalam pakai uniform, dalam pakai segala lencana polis, lengkap dgn kepala rimau n kalimah "Allah" & "Muhammad".. Dalam keadaan Allah "dekat" dgn dada dia pon xdak sikit heran bai!!!

Polis kena berubah beb. Argument kita, "bukan semua polis macam tu!!"... Memang betui. Tapi kebanyakan cerita yang aku dengar, dari penunggang motor, drebar lori, ada jaa cerita2 sial kaki pau nih (agensi penguatkuasa la!!)... Sampai timbul persepsi buruk orang bila polis tahan lori/kereta, "tu nak mintak "duit kopi" la tu!"...

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".. Pasai 2-3 kerat yang buat palat, habih satu pasukan polis busuk nama. Hangpa nak salahkan sapa?? Salahkan orang ramai?? Hmmmm...

15 August 2011

Hukum Dibalas Sentimen


Hmmm.. Kalo dah kayu tu, kayu la gak. Tu la gamaknya masalah sorang warganegara Malaysia yang koyah2 nak jadi pailang nih.. Dia main sergah ikut dan dia ja tanpa dia cek fakta sebenarnya. Lepas tu sikit2 cerita survival Melayu la, perkenan Agong la, apa la...




Aku dok membaca berita Utusan Malaysia pasal Enche' Ibrahim Ali mendesak larangan menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran waktu subuh kat Pulau Pinang ditarik balik kerana menyentuh sensitiviti Melayu.




Daripada berita tu, aku buat kesimpulan Enche' Berahim ni xbaca pun makluman dan isu sebenar iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa larangan tersebut adalah berlandaskan hukum yang digariskan oleh Rasulullah berdasarkan nas2 dalil yang sahih.



Penjelasan Mufti Pulau Pinang boleh dibaca kat sini. Jelas kat sini isu larangan tersebut bukanlah isu Penang nak jadi macam Singapore, LGE, LKS tu kafir harbi, Cina perkuda Melayu Pulau Pinang, tapi isu ni sebenarnya lebih kepada pertembungan pandangan kaum muda yang progresif dengan pegangan kaum tua yang konservatif serta mahu mengekalkan adat sedia ada.



Ramai yang bersetuju, tapi ramai jugak yang tak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tu. Memandangkan JK Fatwa telah membentangkan keputusan mereka berlandaskan kepada hujah dan rujukan hukum yang sahih, sepatutnya mereka yang tak bersetuju kenalah bentangkan plak hujah yang mengatakan harus pasang bacaan Quran tu waktu subuh, apa kewajarannya, apa kelonggarannya. Bukan hanya cakap, "oooohh.. itu telah melanggar sensitiviti umat Islam!!"... Itu bukan hujah, itu persepsi bang!!



Malahan idea macam tu turut dilontar oleh orang agama, yang sepatutnya berhujah mesti melebihi sentimen dan persepsi. Dalam hal agama, biarlah orang agama berbahas atas disiplin ilmu yang depa ada. Tapi bila orang macam Enche' Ibrahim ni lagi lantang (dan lagi suratkhabar suka sedekah publisiti murahan!!) menjerit2 konon mempertahankan hak Islam, macam yang aku pernah tulis, sentimen macam ni tak membantu menggambarkan Islam tu bertoleransi.




Sekali lagi, kita akan dok terperangkap dalam isu cauvinis Cina, LGE & LKS kafir harbi, malahan isu Wahabi... Dah tak dak modal nak berpolitik ka kita ni, sambil hal agama yang takdak sangkut paut dengan depa pon kita tuduh satu macam!!





Ini orang sebenarnya sudah banyak buat Islam dan Melayu nampak sangat ekstrem!!

13 August 2011

Sinis Pada Kawan Yang Baik



Dalam berkawan, ada kawan2 yang sama kutu berahak, ada yang warak, ada yang nerd. Itu lumrah berkawan..



Tapi, selalunya kawan yang warak selalu jadi mangsa kutukan, tak kira secara halus ataupun memang kaw2 dikutuk. Tambah2 dikutuk bila dari dulu mamat ni memang dah tak berapa disukai kengkawan lain. Bukan sebab dia suka cari pasai dgn orang, tapi sebabnya satu ja, orang bersangka buruk bila dia berbuat amalan baik..


Ramai orang suka kawan2nya sepattern dgn perangai dia. Kalo dah dia tu kutu, pada dia yang cool adalah kawan2 yang kutu. Yang mana sikapnya baik, suka nasihat, pakaian plak jenis berkopiah, bukak FB dia selalu post nasihat dan tazkirah untuk tatapan kawan2, pada dia, yang ni jenis poyo & jenis nak tunjuk alim.


Aku xramai kawan2 yang kaki surau, islamik sifatnya. Kebanyakan kawan aku besa2 ja. Tapi personally aku respect kawan2 yang selalu menasihatkan kawan2, sama ada dlm FB, bersembang, bla.. bla.. bla.. Orang dok sinis dengan dia pon apa ada hal. Dia bukan kacau periuk rumah tangga orang. Sekurang-kurangnya dia dah berdakwah kebaikan utk kita.



Tah la manusia ni. Jahat pun dikata orang. Buat baik pun dikata orang... Yang dok mengata ni pun, bukan orang lain, kawan2 aku belaka!!!

10 August 2011

Hal Murtad

Kecoh 2-3 hari ni isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke sebuah gereja kat Damansara yang dikatakan menganjurkan majlis makan malam untuk tujuan-tujuan kebajikan berbilang kaum. Majlis tu dihadiri oleh sekumpulan 12 orang Islam yang didakwa pihak gereja antara penerima-penerima sumbangan. Maklumat JAIS pula mendakwa majlis tu mempunyai unsur-unsur mengembangkan dakyah ajaran Kristian kepada penganut agama lain, khususnya Islam. Kita ketepi dulu soal untung rugi politik, kerana sapa pun yang berada kat tampuk kuasa akan berhadapan dengan geng2 pendesak yang mengaut keuntungan politik (dulu PAS, sekarang PERKASA yang dok buat kerja menekan macam ni!). Sekarang kita utamakan dulu untung rugi Islam tu sendiri.

Banyak perkara sebenarnya yang kena direnung dalam hal serbuan ini. Meh kita tengok lebih kurang:-

1. Realiti Ancaman Murtad

Oooii.. sapa kata xdak ancaman?? Realitinya memang laa ada. Mana ada agama yang xmo berkembang umatnya. Islam pun kita sebar luas merata2. Takkan agama lain nak dok sengap, dok beku lagu tu ja. Depa pun akan berusaha meluaskan pengaruh di kalangan penganut lain; Budha, Hindu, termasuk Islam sendiri. Kalo xdak ancaman, xdak laa isu Natrah, Nor Aishah Bukhari, Hartina, Lina Joy, bla.. bla.. bla..

2. Akidah Umat Islam Rapuh Sangat

Sebelum2 ni, kalau dok baca beberapa sumber, antara punca umat Islam murtad adalah disebabkan depa dok ikutkan sangat pakwe/makwe depa yang bukan Islam dan terhutang budi dengan bantuan kebajikan daripada agama lain. Dulu2 aku pernah tulis entry pasal bantuan2 kebajikan daripada agama lain waktu banjir, bantuan hemodialisis utk pesakit buah pinggang, bantuan tempat tinggal utk bebudak yang lari dari rumah. Bila ada pihak lain yang sudi dok bagi bantuan, secara halus depa juga akan berfikir kebaikan yang agama lain bawak. Masa tu xfikir dah apa yang benar, apa yang batil. Lagi bangang bila ada orang Islam sanggup buang agama semata2 nak ikut couple yang bukan Islam. Tapi pasai apa hangpa goyang sangat?

3. Mana Pi Zakat Kami?

Macam yang aku tulis kat atas, antara punca yang menyebabkan ada umat Islam, sama ada muallaf mahupun yang dah sedia asal jadi penganut Islam murtad adalah disebabkan bantuan/kebaikan yang ditunjukkan puak2 missionary agama lain. Dah ramai yang sebut, terutama yang aku pernah baca, tulisan Dr. Mohd Asri yang mengkritik kaedah pengagihan zakat kepada orang yang memerlukan. Hal zakat boleh diberi kepada yang bukan Islam xpayah sentuh la. Aku pon bukan ustaz sangat. Tapi, kalo dgn umat kita sendiri pun lorat sangat kita nak salurkan bantuan, apa lagi harapan depa yg mengharap sangat perhatian pihak berkuasa?? Tak heran kalau depa makin jauh dengan agama. Pihak berkuasa agama mungkin ada alasan tersendiri sebab prosedur begitu rumit, tapi kalau kita nak tonjolkan keindahan Islam, prosedur yang rumit mesti dicari jalan utk dimudahkan.

4. Bersangka Buruk dan Bersikap Negatif

Katakanlah sememangnya majlis kat gereja di Damansara tu betui2 majlis berbentuk kebajikan, sedangkan kita umat Islam ni dah dum..dam..dum..dam kata majlis tu adalah majlis memurtadkan umat Islam, sebenarnya sekali lagi imej Islam akan perlekehkan. Orang akan lihat orang Islam ni xdak kerja lain, dok bersangka buruk manjang kat agama lain. Inferior sangat dengan depa. Adakah Islam mendidik umatnya agar sentiasa berburuk sangka terhadap agama lain. Betui, mmg ada ayat dalam Al-Quran (Al-Baqarah, ayat 120) yang habaq Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan Islam sehingga kita mengikut jalan mereka, tapi itu bukan satu lesen untuk Islam untuk berburuk sangka sepanjang masa. Ditambah lagi demonstrasi yang seolah-olah kita ni dah sampai ke tahap “perang yang tak boleh dielakkan”, last2 Islam jugak yang backfire. Dikata pulak kita ni semua terroris.. Susah bai..

########

Pada aku, umat Islam, tak kira agensi kerajaan ka, orang perseorangan ka mesti tanam sikap berjuang mempertahankan agama daripada diperkotak-katikkan kaun2 yang lain. Tapi dalam masa yang sama, kita kena renung sejenak, adakah tindakan kita benar2 menguntungkan Islam dalam jangka panjang. Ingat, Nabi S.A.W dulu pon berperang di Badar setelah terang-terangan kaum Quraisy melancarkan perang bersenjata. Kalau penganut agama lain dakyah kita secara halus, di mana plak kewajaran kita nak berperang secara bersenjata?? Kan dah xberhikmah jadinya. Hujah dibalas hujah. Jangan cara yang lembut kita bertindakbalas dengan kekerasan.

Saja nak kongsi. Rasa semua isu yang dibangkitkan 2-3 hari ni modal politik tertentu ja.

26 July 2011

Tanah Tumpahnya Darahku....




Berjuang aku keluar awal 15 minit... Semuanya pasai nak tengok bola Malaysia lwn Singapura. Bajet bleh sampai pukul 1 tengah hari kat kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil. Sampai2 aku nampak sayup2 jek manusia beratur panjang sampai ke gerai baju. Satu kaunter ni lengang.. Yg ni untuk orang yang beli thru online booking.

Kita ni orang marhaen, beratur panjang laa dgn manusia2 lain... Besa laaa.. Waktu beratur nie laaa nak dengaq manusia2 "pengulas sukan" berbuih2 mulut dok cerita tactical bola, kalah Hasbullah Awang dengan Shebby Singh...

Selepas 1/2 jam beratur:-

"Bang!! Tiket dah abeh bang..!! Tapi saja dia xnak cakap awal2 kata dah abeh!!"... Ada satu mamat sudah bunyi... Kat tangan dia dok pegang tiket macam belas-belas keping. Cilakoi sungguh!! Hang dah sudah beli dok buat cerita macam2 plak... Tu aku la yg cakap dalam hati...

Hati dah panas.. Kepala dah menggelegak.. Pasai beratur dgn xbukak helmet.. haha... Staf kaunter inform tiket memang dah abeh... Dua-dua kaunter dah kehabisan tiket.. Depa tengah dapatkan tiket2 dari Stadium Kelana Jaya & Stadium Shah Alam...

Setelah dok baca2 status FB, xtunggu lama dah... Terus chow & gerak pi Stadium Kelana Jaya... Sampai lagi 10 minit pukul 2. Peeehhh.. sini bapak lengang... Aku tgk sejengkal lebih tinggi tiket yang dia xjual lagi... Patut aku mai sini terus awal2 tadi.. Xde laaa buang karan beratur sampai berlengas ketiak kat Bukit Jalil nuuuu... Huhuhuhu...

OK.. fasa pertama dah setel.. Jumpa kat Bukit Jalil naaaa.. Tanah tumpahnya darahku!!! : )

20 July 2011

Mambang Hijau


Mambang hijau yang banyak membantu waktu aku suntuk2 nak kejar punch card... Sempat berkuda dgn mambang balik ke Jengka.. Hehehe...

Naik kereta memang sedap, memang selesa, memang selamat... tapi gua lagi suka layan naik motor beb... : )

13 July 2011

Tai Chi




Tai chi sangat indah, terutama pada si pengamal. Anda akan sentiasa tenang dan tak kisah apa yang berlaku di sekeliling anda. Dengan berlatar belakangkan sedikit pengetahuan, anda boleh menggerakkan seni tai chi kepada sesiapa yang anda suka. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Bergantung kepada jenis tai chi yang anda amalkan...


Pastinya setelah selesai semua aktiviti2 tai chi, anda akan tenteram beristirehat sambil menikmati juadah2 lazat yang telah siap sedia dihidangkan. Dengan selesainya gerak tai chi yang anda lakukan, akan membuatkan ramai lagi di sekeliling anda yg akan bergerak terkantat2 menyelesaikan setiap perkara yang anda TAI CHI...


Jangan suka tai chi kerja kat anak buah bro....!!!

05 July 2011

Sibuk

Aku dah kurang masa nak update blog. Padahal aku sebenarnya suka mengomel dalam blog. Tapi memang sebulan ni aku xdak cerita apa2 pasal perkembangan hidup. Haha..


Tapi orang kata tipu laaa kalo sampai xdak masa. Tu nak gi jenjalan ada masa, nak baca buku ada masa, nak makan ada masa.. Nak "melaboq" lagi pakai banyak masa.. hahaha.. :p. Maksudnya, masa tu boleh diselaraskan. Atas kita ja sama ada nak buat atau tak...

Kesimpulannya, aku ni maleh update blog ka, memang xdan nak update?? Hehehe...

22 May 2011

Lain Citarasa

Citarasa aku ngan orang lain memang takkan sama. Dengan eT pun lain citarasa, dgn Ayah & Mak pun lain pandangan. Rambut sama hitam, tapi hati lain2...

Contoh mudahnya, Ayah tak suka aku buat rambut flat-top. Dia kata Pegawai Kerajaan apa buat rambut mcm tu? Pada Ayah, nak potong, potong biasa2 jek. Aku plak minat gila babun nak buat flat-top. Asal balik rumah, Ayah mesti dok merungut pasal rambut aku. Hahaha.. Tapi, aku dengar ja..

Sama la jugak dengan bab kereta. Ayah suka merungut bila naik kereta aku. Aku kan dok tukaq muffler kereta bagi bunyi kedodol tum..tum..!! Tengok sport rim pun serupa. Ayah kalo bleh maintain apa yang Proton bagi kat aku. Mana bleh.. Jiwa tengah dok muda, mesti dok bikin simple2 kereta. Bukan aku tukaq sampai nampak mcm kapal terbang.. hehehe..

Tapi selalunya citarasa Ayah aku bleh terima. Contohnya, kaler baju atau seluaq yg Ayah pakai. Itu pasal bila aku terlupa bawak baju kerja bila tidoq Seri Kembangan, aku pinjam baju baju Ayah. Tapi selalunya aku ambik terus... Pasal baju Ayah memang masuk dgn aku.. hehehehe...!!


16 May 2011

Hari Che Gu...




Hari ni Hari Guru. Buat meraikan insan yang paling banyak menabur jasa dan membuat bakti pada ibu pertiwi (macam rangkap lagu sekolah aku ja!! Hehehe... )..

Sebelum aku menjadi aku pada hari ini, dah puluhan, mungkin ratusan cikgu dah mengajar & memberi aku ilmu yang sepatutnya untuk dibawa sebagai bekal di hari yg mendatang. Bermula dgn Mak & Ayah yang menjadi cikgu pertama mengajar aku ABC. Kalo hangpa nak tau, mengikut cerita Mak & Ayah aku, kemahiran membaca aku, kalo nak diikutkan memang baguih punya. Baru 3 tahun aku dah dapat baca apa yang ditulis kat surat khabar. Terima kasih Mak & Ayah. Tapi tu la, kepandaian tu tak dapat aku terjemahkan bila masuk alam sekolah, khususnya selepas PMR.

Buat semua cikgu/pensyarah, sama ada secara profesyen rasmi ataupun dak yang pernah mengajar aku; bermula dari Mak, Ayah, Tok, Wan, arwah Tok Aki, mak2 sedara (khususnya Mak Lang Noreha yang selalu buatkan kerja sekolah aku kat tadika!! Hehehe), Tadika Mickey Mouse Seremban, Tadika Winnie Sungai Petani, Tok Cik Mengaji Quran Taman Melati, Pak Lang Radhi (Long Di) Kampung Imam, Sekolah Rendah Ibrahim Sungai Petani, ustaz kat Sekolah Agama Daris Sungai Petani, Sekolah Rendah Seri Amar Diraja Alor Merah, Ustaz Yusof tok guru quran kat Anak Bukit, Sekolah Agama petang kat Sekolah Seri Amar Diraja, Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin Jitra, Makcik Khairul yang ajar quran kat Jitra, Sekolah Rendah Taman Cuepacs, Sekolah Menengah Perimbun, Pusat Tuisyen AP, Pusat Tuisyen SAL, Sekolah Menengah Sains Selangor, Kelas tambahan di Info tech MARA, pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif UiTM (skang dah tukar nama jadi FSKM), pengajar semasa Kursus Diploma Pengurusan Awam, dan seterusnya kepada semua yang aku tak dapat nak tulis kat sini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU... Terima kasih kerana menjadikan aku seadanya hari ini.. Thank you everybody!! : )

12 May 2011

Rempit Jalanan



Aku dah pakai 3-4 jenis motor. Ada yang ala chopper, ada yang kapcai, ada yang dah menghala ke arah superbike.

Ramai yang selalu tanya aku, "apa bestnya naik motor? Kena hujan basah, dah la tayar dua, bahaya!!".. Jawapan aku, "saja aku suka!!".. Takdak jawapan lain yang dapat menggambarkan keseronokan aku merempit.

Yeaahh!! Memang jimat minyak adalah salah satu asbab aku suka naik motor. Ditambah dengan masalah jam roti kaya kat seluruh KL ni buat aku lagi rasa cemuih nak berkereta.

Tapi, yang paling penting, feel layan naik motor tu memang tak dapat digambarkan. Hujan takdak masalah, aku pakai baju hujan. Bahaya selalu accident, aku ni bukan kaki joki motor sampai pacak 180 darjah.. Aku memang penunggang yang disiplin abeh la beb.

Kalo nak diikutkan, pi outstation kat mana pun aku nak belasah naik motor ja. Tapi kadang2 kena berangkut banyak barang. Drive kereta la jugak aku pun..

Gambar atas tu adalah helmet2 aku. Yg hijau tu aku beli kat Bukit Tinggi. Yang biru tu time aku beli motor dari bos aku. Sayang beb.. Aset nih!! Huhuhu..

11 May 2011

Sakit Kepala


Rasanya spek baru yg aku wat ni buat aku sakit kepala.. Tp banyak duit aku dah belanja wat spek ni... Takkan burn mcm tu jek duitnya..

30 April 2011

Cerita Berat...


Harini aku nak cerita pasal topik berat sikit. Kebetulan plak dengan hari last orang submit e-filing.

Cukai ni adalah satu satu punca pendapatan Kerajaan, selain daripada hasil2 lain mcm saman, jualan kereta2 yg nak dilupuskan kat Kastam, denda mahkamah, sewa beli bangunan/kenderaan, bla..bla..bla... Kiranya mendatangkan masyuk laaa... Duit daripada hasil2 ni semua, Kerajaan kumpul & salurkan dlm bentuk belanja mengurus & belanja pembangunan. Belanja mengurus ni, kira belanja operational kerajaan la, contohnya utk dibayar gaji kpd kakitangan kerajaan macam aku ni, bayar sewa bangunan ke, etc. Belanja pembangunan tu, macam namanya gak, tujuan adalah utk pembangunan yang akan diagihkan kepada agensi2 tertentu.

Pembayar cukai ni terdiri daripada semua rakyat. Staf gomen ka, private, berniaga sendiri, konglomerat, kapitalis, tanpa mengira agama, kaum, ideologi parti politik, etc...

Dengan duit2 cukai ni (kita sebut duit rakyat laa nooo.. Bagi makan dalam sket!!), Kerajaan dapat melaksanakan apa yg dah dirancang utk tujuan pembangunan. Nak buat sekolah baru ka, nak buat masjid, nak perelokkan jalan raya, nak buat Kompleks CIQ, nak setup prasarana wireless dalam bandar, apa2 ja la yg difikirkan logik dan berguna utk rakyat...

Sebab tu, rakyat sepatutnya kena peduli macam mana kaedah Kerajaan membelanjakan duit depa ni utk pembangunan negara. Dalam memastikan duit rakyat ni dibelanjakan sebaiknya, Jabatan Audit Negara telah ditubuhkan utk memastikan kaedah perbelanjaan yg berhemah. Kalo ada ketirisan, belanja tak kena ka, maka siap laaa dengan laporan audit yang selalunya dibentangkan pada hujung tahun. Dalam report2 tu laaa kita akan didedahkan dgn adanya agensi Kerajaan yg beli spanar sampai riban2. Buat projek tapi terbengkalai, mcm2 lagi la...

Depa berhak tau ke mana duit depa dibelanjakan. Itu pasal rakyat marah kalau depa tau ada ketirisan, sebab depa yg berpeluh ketiak bayar cukai, tapi kadang2 kos sesuatu projek macam tak munasabah. Bila dah marah, tu yg mcm2 channel depa luahkan. Yg paling selalu depa guna, pakai kertas undi laaaa.. Huhuhu....

Rakyat mesti faham, dalam hal projek pembangunan ni, duit kita.. Kita yg contribute. Tak kira hang mana parti, apa agama, apa bangsa... Jangan ada lagi yg tak berapa nak faham, dok kata pembangunan yg ada ni parti depa yg sumbangkan... Mungkin ada laa sikit sebanyak, tapi jangan lupa duit org pembangkang yg tak sikit anak dok bayar cukai. Jangan plak terkejut kalo aku kata, duit Cina tokey ayam laaa yg kita guna utk dibuat masjid kat sesuatu kawasan.

Utk kakitangan Kerajaan, kalo orang ramai marah pasal kita dok demand naik gaji, kadang2 ada asasnya. Sebab depa tgk kita belum deliver, padahal depa yg tolong bayaq gaji utk kita. Sama laaa konsep mcm depa di private. Syarikat amik depa bekerja, bayar gaji pakai duit syarikat, duit stakeholders, tapi depa xperform, mengular sana-sini.. Mana stakeholder tak marah... Lembab sangat fired trus... Hehehe...

Duit rakyat bkn milik parti, bkn milik mana2 individu. Ia milik rakyat... Jadi Kerajaan mesti memastikan amanah rakyat ni kita jaga. Rakyat letak harapan kat kita supaya pembangunan tu diagihkan sama rata. InsyaAllah kalau kita buat tu semua, tak timbul soal berat sebelah, anak tiri, dll.


13 April 2011

Menyambut Baby Siri 2



Salam.... Ni cerita aku menyambut baby kedua kami hari Sabtu lepas. Hari Jumaat aku mintak izin nak cuti dgn bos. Depa pon paham, memandangkan hari Jumaat tu tarikh EDD eT. Dia, mcm biasa, dah 2-3 minggu dok sakit jek macam nak beranak. Tapi bila pi ke sepital, tak beranak2 plak. Doktor kata, position baby tu bawah sangat. Tu yg wat rasa sakit.

Tengahari, aku gi Seksyen 7, Bangi.. Apalaga... Aku pon dah lama teringin nak makan sate kat Restoran Sup Urat Keting tu. Bila eT pantang, payah la sket nak pi makan kat sana dah. Beli la sket wat rasa sama2.

Lepas solat Jumaat, dalam kul 3:30 ptg gitu, kami ke Hospital Serdang. Lama gila nak check up. Macam biasa, memang ramai dok menunggu kat ruang menunggu. Kebetulan yang ada kat sepital masa tu, senior aku kat UiTM, merangkap officemate zaman Sapura dulu, Abu Samah. Wife dia bersalin pukul 5:30 ptg hari Jumaat tu. Petang tu, aku rasa mmg eT nak beranak dah kot. Lama sangat check up.

Dalam kul 8 malam, eT inform dah ada bukaan 2 cm. Depa nak tahan kat wad, pasal jangka bersalin malam tu. Aku runner laa jap pi cari makanan. Menunya, nasi goreng pattaya telur hangit.. Jadi laa wat bagi tenaga eT nak meneran kang.. Huhuhu...

Wad sementara sebelum bersalin tu kat wad 5e. 2nd class ward la. Tapi aku tgk ok la gak. Apa2 perkembangan eT update aku. Lama punya menunggu, terlelap gak la aku kat tempat menunggu tu. Dah xde orang dah. eT SMS aku sakit sangat dah. Nurse dah suh ready nak bersalin. Dalam pukul 3:20 pagi, nurse panggil aku masuk dalam. Tak lama proses nak bersalin tu. Tapi cuak la kejap pasal tgk uri terbelit 2 kali kat badan & leher baby. Alhamdulillah... Tepat jam 3:32 pagi, lahirlah sorang lagi cahaya mata kami ke bumi.. Kebetulan plak sama time dgn beratnya.. 3.32 kg. Hehehe...

Nama, dah ada.. insyaAllah hari Jumaat ni, genap 7 hari baby kami lahir, aku cargas pi Jabatan Pendaftaran Negara utk registration.. Rahsia dulu laaa nooo... Kang xdak modal nak update plak kalo cerita abeh.. Hahaha...



Ni kat 1st class ward. Wad 8B. Tuuudia baby nganga nak mamen... :p


Ahha.. Baik sungguh laaa Nursyaza Dania dok mengasuh adik dia.. Jangan jeles2 nooo... Adik beradik gak...


25 March 2011

Memusnahkan Kad Kredit



Rabu lepas, aku sudah call sama customer service HSBC Amanah.. Tujuan nak terminate kad kredit yg baru aku apply bulan 8 tahun lepas. Sebelum ni, aku guna kad kredit HSBC konvensional. Konon2 nak tukar kad islamic laaa.

HSBC Amanah ni ok sebenarnya. Tp saja aku maleh nak pakai. Bkn pe. HSBC ni kena bayar annual fee charge dekat RM160. Kad gold kan. Berasap gak. Skang ni banyak dah kad yg waive annual fee.

Kebetulan plak aku baru jek apply kad kredit Maybank Islamic. Annual fee tak kena charge. Tp charge RM50 kerajaan tu masih kena bayar. Ok la kan.

Kena plak peraturan baru Bank Negara yg limit pemegang kad kredit yg berpendapatan RM36,000 setahun sebanyak 2 kad jek. Jadi sebab musabab la nak terminate HSBC Amanah ni... Hehehe...

Bila customer service tanya pasai apa nak terminate, jwpn mcm baguih jek, "sebab arahan terbaru BNM utk limit 2 kad kredit utk org mcm saya ni!!"... Hehehe... Kan ka senang kalo jwb, "kad awak kena bayar annual fee.. Malas la saya nak guna!!"... Hehehe...

Jadi harini confirm laaa kad aku dah deactivate... Dgn sukarianya aku menggunting kad tu tanpa belas kesian... Huhuhu... Bubye kad... Lain tahun jumpa lagi...

20 March 2011

Ali Yang Dah Sempurna



Sabtu, 19 Mac 2011, maka selamatlah sorang lagi kawan baik aku zaman sekolah masuk dlm kumpulan berpotensi besar utk boroi a.k.a kumpulan org hati senang. Ali Imran, kawan aku sejak dari Sekolah Menengah Perimbun & Sekolah Menengah Sains Selangor dahpun selamat berkahwin dgn isteri beliau, Mazidah (eh! Betui kot nama ni... Aku tgk kat signage tepi jalan ja!

Memandangkan umah Ali ni dah besa sangat aku dok gi, dari zaman sekolah lagi la kan, kira xdak masalah la aku nak pi ke sana. Tak menggagau mcm 2-3 kwn lain yg kebetulan pi ke tmpt kenduri. Huhuhu.. Janji sampai kan... Apa ada hal!!

Walaupun dah lama tak jengah muka kat umah Ali, alhamdulillah aku ingat lagi dgn mak ayah Ali. Depa pon ingat gak. Besa laaa.. Muka tumpang mkn tengahari free mesti la depa ingat... Hahaha..

To Ali Imran & wife, selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga ke akhir hayat.

18 March 2011

Lelaki Y?

Ekekeke... Jangan salah sangka dgn tajuk di atas... Bukan berniat mencari keruh dgn sesiapa... Sila lihat gambar di bawah...


Huhu.. Abaikan gambar PM, TPM, & segala Menteri yang ada di dalam itu gambar... Sila fokus kepada lelaki bersongkok kuning lilit itu.... Lelaki tersebut dilabelkan sebagai Lelaki Y... hehehe.... Gambar ihsan NST.




Ni sempena pembentangan Usul Perdana Menteri berkenaan gempa bumi dan tsunami di Jepun. Haaaa.. ni pandangan tepi plak, ihsan dari BERNAMA... Agak2 tau laaa sapa Lelaki Y tu noooo...!!! :p

Harini keje aku belek surat khabar tengok muka dalam paper. Ini dua gambar aje laaaa... Hahaha.. Harus laaa dipotong utk dilaminate... hehehe...

16 March 2011

Lagi-lagi Hal Moto


Huhu... Mood aku dok kena topik motor jek skang ni. Hal ni jadi kat ofis aku. Hari Isnin, macam biasa aku dtg ke ofis naik motor marhaen aku la. Bezanya aku parking kat tmpt parking motor belakang bangunan utama. Semua aku dah lock. Memang baguih punya security..

Pukul 4pm, aku nak keluar sat jumpa bos lama, ambik 2-3 barang yg aku nak guna. Sampai2 kat moto, frust sungguh tgk side mirror sebelah kanan dah kena rembat. Sontoloyo sungguh jibraun ni mencuri side mirror aku.

Bila sembang dgn security, diorang pon cakap benda yg sama, "memang org suka curi side mirror EX5 ori.." Aduyai selamat dah.. Awat tak curi ja sepasang... Biaq letih lagi hangpa menjawab dpn Tuhan nanti.. Huhuhu..

Nak tak nak terpaksa beli side mirror satu set. Bkn original EX5. Yg frustnya, tgk belakang tak sepuas cermin original.. Xpa la kan... Dah nasib malang... Huhuhu...

Gamaknya hobi depa kot dpt curi. Lepas mencuri, leh sembang k*** cakap berdegar2 dgn kwn seangkatan depa, "aku dah curi side mirror motor kat Parlimen harini!!"

09 March 2011

Cerita Hal Motor



Hari Isnin adalah hari terakhir KIPS SE bg khidmat kat aku untuk ke opis. Lepas beres urusan kat opis, aku terus pi ke Maju Junction utk settle hal tukarmilik motor.

Dah selesai sayu-sayan tgk motor aku bertukar tuan, aku pon terus la ke Padang Jawa. Nak amik motor EX5 yg aku dh book Sabtu lps. Dgn andaian, mesti depa dah settle semua benda.

Sampai ja kedai moto tu, rupanya satu haram urusan pon depa xwat. Dari tukar nama, insurans, aku suh tukar sport rim pon xwat. Peeehhh... Bisa mat!!! Jauh tu aku jalan kaki dari Maju Junction ke Komuter. Pehtu dari stesen Padang Jawa nak kedai tu pon dah dekat setengah jam.

Memang kaw2 aku marah/maki Cina kedai tu. Xpercaya customer la, lembab, abeh segala perkataan aku hamput. Tapi kalo nak salahkan dia 100% pon, xbleh la gak. Pasal aku dump deposit pon RM 100 jek. Tapi, ye la kan. Mungkin pasal penat menapak tu yg aku pon hilang otak jap pi maki Cina tu... Huhuhu...

Akhirnya ptg semalam, siap ler segala urusan jual beli motor tu. Memang muka stok masam la. Pasal dah kena bagi cukup2 sebelum tu. Huhuhu... Nasib hangpa la kan...

Kiranya hari ni aku pi opis naik kapcai EX5 jek la... Kompom jimat minyak la kan... Huhuhu...

24 February 2011

Menggembirakan Family 2

Huhuhu.. Punya la sebok, sampai xdan nak update blog. Nasib baik la ada masa lapang nie dapat la sket aku update cerita pasal kami sekeluarga nih...

Patutnya besok aku kena pi Penang. Ada kursus jabatan kat sana. Tapi dgn kerja yg dok menimbun xsetel2 lagi nih, nampak gaya xpi ke mana pun kami nih!! Macam ni la sampai bulan 4 nanti, bila Dewan Rakyat dan Dewan Negara abeh bersidang...

Selasa, 22 Februari 2011, jam 1:10 tengah hari, genap laaa Nursyaza Dania ni 2 tahun. Kalo ikutkan memang banyak keja... Tapi malam tu, aku cargas gak balik awal sket, angan2 nak celebrate birthday Dania kat luar. Last2 pi la gak SACC Mall, pekena Secret Recipe... Tang harga, peeehhh... memang meletup2 laaa poket bunyi duit terbakar!! hahaha.. Tapi xpa la kan... niat di hati menggembirakan family!!!

Hujung minggu nie, aku xtau sempat ke x nak gi jenjalan bawak family aku ni meronggeng. Memang dah ada keje yg dok menunggu aku. Tapi, xdak hal punya.. Masa tu boleh dicari kan.. Yg penting atas kita jek...




Anyway, makan elok2 noooo... Budak sorang yg dah mula independent ni..!! Anak kesayangan Ayah & Ibu.. : )

14 February 2011

Menggembirakan Family



Weekend ni ada beberapa agenda:

1. Balik Seri Kembangan, aku p cari durian kat Subang. Dah kira patah balik.. Cari jauh sungguh la. Kebetulan eT teringin nak makan durian. Alang2 dah beli tu, aku beli lebih. Boleh wat mkn pulut dgn durian + santan... Family aku suka sgt..

2. Pi Masjid India. Bkn beli apa pon. Aku bawak eT pi cari tudung & baju dia sket.. Huhu.. Barang aku xde pon.. Kemudian aku belikan Ayah 2 bungkus putu mayam. Ayah memang favourite dia laa putu mayam.

3. Malam tadi, aku ajak 1 family pi mkn kt luar.. Alah... Kedai tomyam bese jek... Tp bermakna pasal aku yg belanja... Hehehe... Susah ooo.. Selalu aku yg pau Ayah belanja mkn kt luar..

Utk diri sendiri, xde pe sgt... Semuanya lebih menyeronokkan orang lain. Tp aku rasa bangga & senang hati, kerana inilah beberapa peekara yg dpt aku buat, sebagai seorang anak/adik/suami bagi menggembirakan hati mereka yg banyak berkorban utk aku.... : )

07 February 2011

Hari-hari Akhir Bersama Maxis...

Nampaknya sehari dua ni adalah hari-hari akhir aku dgn Maxis. Lps nie aku nak beralih kpd DiGi plak. Bukan apa.. Rasanya lagi jimat bil & aku cuma bayar apa yang aku pakai... Nombor yang terkorban, nampaknya nombor maxis aku skang laaa... Nombor tu remain, cuma pakai line DiGi ja... Kredit pun aku dah abehkan kaw2.. xdak sen langsung dah...

Hehehe... adakah tu ada petanda2 lain dlm kaedah komunikasi aku lps nie?? :p.

03 February 2011

Hal Dating...

Salam sumer... Semalam adalah hari cuti aku & ET. Mcm bese, agenda banyak sangat semalam nih... Tapi yg pastinya aku & ET yg keluar berdua, bermaksud pi dating laaa noooo... : )

Ni la rupa klinik tu.. betui2 dalam kawasan pekan cina!!

Agenda pertama lepas hantar Dania pi umah baby sitter dia, pekena bf laaa dulu... Lepas bf, aku ke Klinik Kesihatan Jinjang utk wat check gigi, scaling pape yg patut.. Ahhha.. pasai apa sampai ke Jinjang?? Bukan ke banyak lagi klinik terdekat yg ada.... Kat Klinik Pergigian Jinjang, kebetulannya kawan aku keje kat sana. Kawan sekolah Sains Selangor dulu... Ikutkan sama jek. Tetap kena wat appointment. Tapi dah kawan punya pasal, xla lama sangat aku tunggu turn... Tapi appointment nooo.. jangan kata aku terjah ja. :p. Register RM1. Scaling & polish gigi RM 4. Jumlah RM 5. Peeehhh... Apa ada hal!! Kalo pi klinik swasta sah2 dah kena RM 50-60. Huhuhu... Pernah pi sekali klinik swasta... Dia tampal & scaling gigi.. Tapi dia wat lembut sangat, xberasa apa2 pun... Tapi bila balik xrasa beza pun... Kali ni, kawan aku wat mmg laa ngilu & sakit sket, tapi bezanya aku rasa gigi licin sket.... Hehehe... Ayah pun cakap, "kalau pi xsakit, xpuas pasal xbersih sangat!!" :p. betui laaa tu... Setuju!! Yang paling penting, Kerajaan ada kemudahan, aku guna jek laaa... Aku pun bukan berduit sangat nak pi klinik swasta manjang!!


Gambar daripada http://kyspeaks.com

Agenda kedua, melawat IKEA. Saja jek melawat.. Bukan beli barang pa pun... Agenda cuma nak pekena meatball dgn salmon... hahaha.. yg lain tu sampingan ja... Kat IKEA Food Court tu, lps makan, kita bersihkan meja & bawak pinggan2 kita dgn tray ke tmpt yg disediakan. Jadinya meja tu bersih jek la... Penjaga kebersihan laa plak kita... Pasai apa kat IKEA kita leh disiplin kebersihan, tapi datang KFC kita xwat macam tu, clear sisa makanan & buang dlm tmpt yg disediakan??!!



Uiii.. jed mahai gak ooo... siap la duit... :p (gambar dari http://range.wordpress.com)

Agenda ketiga, pi MINES. Sebenarnya nak cari netbook utk kakak ipar & beli gelang jed utk mak mertua. Sampai kedai jed (besalaaa, stok kedai2 pengamal feng shui!!), kami dilayan oleh sorang aunty yg agak rugged (rambut kaler2 merah gitu)... Sembang punya sembang, dia nie orang Jerantut, Pahang. Bila kami cakap nak beli jed utk mak ET, dia mula bukak cerita panjang, cerita sejarah zaman China, citer diamond la, gem stone, crystal, sampai laaa ke batu jed nih. Last sekali dia bukak buku feng shui dia, ada api, tanah, air semua tu la... Dia tanya kami, xnak try pilih batu ikut feng shui ka? "ini bukan kait mengait dgn agama, ini lebih kepada menilai aura kita mana yg sesuai!!"... Huhuhu.. kami senyum ja... Cuma dia xtau & aku pun xambik langkah utk explain, walaupun feng shui bukan satu pengamalan agama, tapi dalam Islam, kita wajib mempercayai qada' dan qadar & tidak memerlukan feng shui utk meramal apa yg akan berlaku di masa depan. Tapi aku pun xla sure, feng shui ni sebetulnya boleh ka tidak dlm Islam. Tapi yg penting, dia jamu kami limau.. hehehe... Jam kul 5 ptg, kedai dah mula tutup pasal ramai Cina nak celebrate pesta makan besar diorang petang tu. Boleh kata tinggal xbanyak kedai yang bukak sampai malam. Punya laa ramai orang Cina yang meniaga kan...

Lps tu, aku amik Dania, & saja aku pi berjalan kat PKNS Shah Alam. Tengok2 buku sket. Kat sini OK. Nak rasa suasana orang meniaga tak dipengaruhi Tahun Baru Cina, mai laaa ke PKNS nie... Ada la kedai yang tutup. Tapi meriah semacam ja... Cuma agak kantoi bila aku pi KFC. Bayangkan servis macam cipan.. Sikit punya lambat nak serve sorang customer... Dgn ayam xcukup, nak makan twister, xwat plak time perayaan, sos abeh.... aiiiii!!! KFC nie, bukan ke bawah orang Melayu... Xkan hangpa pun cuti gak tahun baru cina nih!! Tapi makan tetap makan... Dah memang tu rezeki aku.. Watpa nak merungut kan.. huhuhu...

Kpd kawan2 berbangsa Cina, happy new year & Gong Xi Fa Cai....!! : )

31 January 2011

Ejump Kawen


Nie adalah hal abang Ejump a.k.a Kevin Mitnick NETS yg dahpun menamatkan zaman larian solo beliau dgn awek yg dahpun menjadi isteri beliau skang. Kenduri belah Ejump diadakan di Seksyen 17, Shah Alam. Antara sahabat2 yg saing sekali semalam adalah Cobain & Aima, Fahmi, Naztabo, Shah & Linda, Mok, Nasir & wife, & Tooyie.

Acid tgh dok menjamu perut time kami sampai. Turut kelihatan Uzaimi yg akan berkenduri xberapa lama lagi nih.. Ahhaaa... Dah sampai musim kawan2 kawen nampak gayanya!! Tapi gaya paling sempoi pengantin semalam adalah kaedah mencedok nasik time ustaz dok baca doa selamat... hahaha... tapi selepas ditarbiah oleh Kiyai Fahmi, beliau seraya menadah tangan tanda bersyukur... hehehe :p. Xpa aih... xberapa dgr ustaz baca doa kan... tgh ramai2 tu... hehehe...

Apa2hal, selamat pengantin baru laaa noooo utk Ejump & isteri. Dgn itu, tinggal laaa 4-5 orang lagi bujang NETS yg paling hot utk menamatkan larian solo depa nih...

p/s: utk Peysal, selamat bertunang... xlama dah tuuuu... reserve meja VIP utk aku 1! hehehehe.. :p

Kami xdpt bergambar dgn pengantin. Tu pasai ambik kaedah bergambar sipi2 nih... hehe


Abg Tooyie serta Abg Nasir, antara muka rare yg menyerikan majlis kenduri nih...


Awek2 di luar sana, ini mmg confirm pakwe paling hot skang. Kereta depa yg paling gempak, keja pun kemaih... Berbudi bahasa lagi.. Ish!! Berkenan laaa pak2 mentua niii... Confirm!! : )

30 January 2011

Kembara Mencari Dhab di Abu Dhabi

Yas Hotel, Abu Dhabi

Salam sumer,

Alkisahnya pada 15 - 21 Januari yg lepas, aku dah berangkat ke Abu Dhabi utk menghadiri satu conference iaitu 13th Session of PUIC Council and 2nd Extraordinary PUIC Session. PUIC ni adalah satu badan daripada OIC, iaitu Parliamentary Union of the OIC Member States. Venue persidangan adalah di Yas Hotel. Kalo hangpa nak tau, Yas Hotel ni terletak di Yas Marina, merupakan circuit F1 yg diadakan di Abu Dhabi. Memang gerek siut dia punya hotel. Dalam hotel ada circuit... Standard berdengung laaa telinga kalo ada kutu dok main test litar... huhuhu...

Aku, Setiausaha Delegasi merangkap macai bagi persidangan nie, bertanggungjawab kpd 3 orang YB yang dipilih bagi menyertai persidangan nie, iaitu YB Dungun, Tuan Matulidi Jusoh; YB Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; dan YB Lipis, Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman. Kiranya aku menjaga depa dari segi pergerakan masa di Abu Dhabi nie la.

Sebenarnya Abu Dhabi xsemenarik Dubai, dari segi nak pi berjalan2. Abu Dhabi nie ibu negara, manakala Dubai nie pusat ekonomi (sebelum depa mengalami kegawatan tahun lepas). Tapi antara tarikan kat Abu Dhabi nie, satunya ialah Grand Mosque, dikatakan masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Satu lagi tarikan utama adalah Ferrari World. Tapi kami xmasuk pun.. Mahal siut... Lain laa kalo organizer yg bawak kami ke sana... huhuhu...

Aku ke Dubai 2 kali. 1st, aku kena hantar YB Dungun balik awal ke airport. Sebelum ke airport, pi cari tmpt makan & tmpt beli kain2. Maka terjumpa laa aku kembali dgn Restoran al-Tawassul, port makan nasi arab terbaik... Memang kebanyakan orang Malaysia yg ke Dubai akan singgah ke restoran nie... Khabarnya Tuanku Mizan pun pernah pi ke sini.

Tarikan Dubai lagi adalah Burj Khalifa (nama baru bagi Burj Dubai), Burj Arab, dan juga Atlantis Hotel...

Oww... cerita banyak xguna... Jom layan gambaq aku upload nie udah....!!


Bilik tidoq.. Punya luas sampai dah xdak arah nak berguling2.. :p


Yas Marina Circuit waktu malam...

Malam2 bukan kereta yg merempit, niiii dia depa buat jogging, cycling.. sempoi!!


Dari kiri: YB Dungun, isteri YB Lipis, YB Lipis, budak suruhan :p, YB Sipitang. Bergambar depan Grand Mosque.


Grand Mosque. Di sini terdapat makam Khalifah Zayed, bapa kemerdekaan UAE.


Ronda malam2 di Abu Dhabi


Ferrari World... Nak masuk mahal... Sapa yg berduit bleh laaa berjoli dalam nih!


Kawasan perumahan sepanjang jalan dari Abu Dhabi ke Dubai


Ahaks.... Ni adalah excuse utk aku pinjam kat along Bukit Beruntung seketul dua.. hehehe..


Dengan Konsul Pertanian Malaysia di Dubai, Tuan Kamarul & En. Faizal, minum2 kat Dubai Mall


Kedai kain Phulwani, Dubai.. Berapa banyak duit orang Malaysia perabih beli kain kat kedai nie, termasuk laaa aku yg xreti niii!! hehehe...


Giant aquarium @ Dubai Mall


Burj Khalifa... Tinggi 850m... Kurus jek bangunan... riso plak aku!!


Burj Arab tepi laut... Tu kat tingkat paling atas tu... ada court tennis.. jgn beria2 sangat main tennis nooo.. gayat!!


Pemandangan Naif Road, pusat membeli-belah kat Dubai. Tapi ni kira kawasan utk orang marhaen laaa... macam kita ni boleh sangat membeli kat sini!!


Ini laaa dia nasi arab, Restoran Tawassul.... Tu kambing dgn ayam.... sluuurrrrppp...!!


Waktu YB bersidang... tempat duduk aku kat belakang depa laaa... huhuhu


Kasi masuk sket gambaq... Bukti bergambar saya wujud dalam dewan.. hehehe.. :p