BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 November 2011

Modul DPA & Aku

Dari dulu kawan2 aku selalu tanya, "apa faedah hang amik modul OBS, Polis, Bomba, & Tentera waktu DPA dulu? Dah gian nak jadi askar sangat, pi la masuk tentera!!"... Aku memang xnampak apa relevannya.. Opp.. Lupa.. DPA tu adalah Diploma Pengurusan Awam, kursus 6 bulan utk PTD baru..


Memang, dulu aku xterpikir langsung apa ke pekdahnya dok join turun laut, padam api, masuk hutan, squat jump bagai... Yg aku tau, dok bengang dgn instructor tentera mcm nak lempaq dia masuk sungai.. Huhuhu..


Memang manusia xkan sedar sebetulnya.. Sampai laa harini, aku perasan ada satu nilai sebenarnya daripada segala pengalaman aku waktu DPA dulu...


Semua modul2 kat DPA tu memerlukan kudrat tenaga yg kuat, over the limit omputih kata.. Tiba2 hang yg xdak ilmu berenang disuruh kayak pusing Pulau Pangkor apa ke hey yob!! Tp pokok pangkalnya hang sebenarnya dah diasuh utk menjadi seorang yg tahan ujian..


Harini, baru la aku sedar, dengan kerja yang aku buat, penatnya, xcukup tidonya, kurang makannya, terasa mcm xmenimbulkan beban pun utk aku... Toksah tipu la.. Sapa yg xpenat.. Start bangun pukul 5pagi, tidoq balik pukul 3pagi.. Bangun balik pukul 5pagi... Peeehhh.. Gila ka apa??


Tapi, aku pun syukur, sebab rasanya aku xmanja pada badan sendiri.. Aku xmerungut kerja yg penat. Aku boleh handle kerja2 yg patutnya dibuat 3-4orang. Aku rasa boleh cope dgn beban yang aku dapat utk kerja yg aku tgh buat...


Alhamdulillah... Mungkin inilah sebabnya mengapa aku ditakdirkan menjadi PTD... :)


Published with Blogger-droid v2.0.1

22 November 2011

Alim Ulama & Pandangannya

Ulama' kita ramai & disegani. Macam2 pendirian & pandangan yang dipegang. Tapi pasai apa terlihat macam tak dapat meraikan perbezaan & terus bertelagah?


Hal agama adalah perkara yang boleh menyebabkan orang bergaduh satu macam. Kita tak payah pi jauh; tak payah laa nak pi kaji antara ulama' konservatif vs progresif la, syiah vs sunni la, sunni vs wahabi la, salafus soleh vs salafi tajdidi la.. Tu besaq punya hal... Kita cerita hat sekeliling kita ni ja...

Ambik satu kes.. Solat jamak & qasar.. Banyak pandangan & khilaf ulama'. Ada pandangan yang kata solat jamak dan qasar boleh setakat 3 hari setelah sampai ke tempat yang dituju. Lepas tu dah xboleh. Ada yang kata sampai ja ke destinasi dah xbleh solat. Ada plak yang kata, selagi kita tak selesai urusan, maka boleh kita qasar & jamak. Hanya pasai tu kita yang ilmu tak berapa nak tau ni akan pertahankan pandangan kita sambil dok kata pandangan orang lain salah & tak betul.

Tak payah pi jauh. Mai part pakai minyak wangi beralkohol. Ada yang kata haram. Ada yang kata boleh. Punya tak boleh nak start solat pasai hangpa bergasak dok bertelagah atas sejadah bab tu. Ada lagi, hukum main gitar. Ada yang kata haram. Ada yang kata harus. Pehtu mula dok bergaduh. Kena pulak yang pegang kata haram ni pakai serban bagai.. Punggah!!! Bab qunut time solat subuh toksah cerita la... Kompom yang xbaca dikata wahabi!!!

Kita tengok sendiri la kat mana kita ni, umat Islam ni bila bercakap hal agama. Kita seolah-olah tak dapat meraikan perbezaan pendapat ulama' dalam hal ni. Lain la dalam bab yang jumhur ulama' dah putuskan, kalo kita langgar memang ngok ngek la kita (main judi, minum arak, berzina). Ni dalam masalah cabang kita akan bertelagah.

Dalam FB, twitter, blog, dll, banyak yang aku baca daripada kawan2 yang terjebak jugak dalam hal merendah2kan ilmu orang lain. Kadang2 ilmu tu bukan tera mana pun. baru buleh sikit.. Tapi cara dia tulis tu macam dah besar & hebat sampai bleh hukum orang lain tak betui... Kenapa dalam hal agama kita kena tunjuk pandai sampai merendahkan keilmuan orang lain??

Dalam bab ilmu agama, aku mengaku.. gua surrender dari awal... Memang aku cetek gila la.. Aku akan baca pandangan semua ustaz2 yang menulis berkenaan hukum-hakam agama. Tapi dalam dok baca, aku akan serap sekali kutukan ustaz2 ni antara satu sama lain.. Last2 kita sendiri pun confuse; sapa sebenarnya yang betui??

Kan bagus kalo ada sikap menerima & terbuka... Tapi selagi namanya manusia... Ada ilmu mula nak menunjuk lagak... Selagi sikap macam tu dok ada, selagi tu la perangai salah-menyalahkan orang ni terus dok bermaharajalela... Takpa laaaa... Hangpa ja yang betui.. Ambik pi laaa selambak!! Kalo orang alim sama2 bertelagah, boleh ka sapa2 ulama' tunjukkan kami yang tak reti apa ni, sapa dia sebenarnya pewaris nabi??