BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23 May 2012

Debate Fever



Aku rasa ini la pertama kali satu sesi debat diberi publisiti & disambut sakan dalam FB & twitter. Apapun, aku nak ucap tahniah kat YB KJ & Rafizi yang telah menyertai satu sesi yg sangat best. Rasanya lagi best dari debat DSAI & Dato' Sri Shabery Cheek dulu. Pemenangnya xdak. Puak masing2 akan kata mereka menang. Pada aku, yang paling best, depa dapat counter hujah masing2 secara berdepan & berhemah. Dalam Dewan Rakyat pun hangpa xkan dapat tengok macam ni punya berhemah orang berucap. Singgung menyinggung tu besa laaaa.. Adat orang politik, tapi penuh kesopanan dan diterima.

Yang lemaunya, penonton2 yang dah berpihak, sebelah UMNO & PR. Depa akan terus dalam fantasi depa. Masing2 akan mengeji hujah orang lain. Salah fakta la, ikut sedap mulut laaa.. Lantak pi la.. Kita jangan dok layan orang yang dah letak persepsi nak sokong mana2 pihak ni. Depa ni kecik ja. Depa xsedaq berapa ramai lagi atas pagar yang dok perati gelagat depa. Sampaikan hal Dr Maszlee cabar PM & DSAI debat macam anak jantan pun depa dah meroyan gila babun... Kepada orang2 macam ni, sorry laaa.. hangpa tu berapa kerat jaaa.. Duduk laaa hangpa dengan labun-labunnya...

Untuk aku, dua2 sama hebat, sama kencang, sama kencing, sama2 pandai pusing.. Dari satu bab, KJ lagi ke depan, dalam hal figure yang dia ada (dapat dari agensi kerajaan), advantage utk dia present input2 yang lagi tepat. Rafizi plak berjaya guna fact yang dia tau, terutama hal royalti Petronas nak jerat KJ, sampaikan ada yang kata Rafizi sudah main personal.. Oiii ngong, kalo semua cerita hangpa sandar kat peribadi, toksah dok bercakap apa laaa.. senang la jawab. pusing pi pusing mai depa tu la fitnah.... Koman spanar!!

Tiba2 aku jadi obses dengan debat2 yang macam ni. Aku rasa daripada sini laaa kualiti kepimpinan & persembahan idea sesuatu pemimpin boleh diketengahkan. Hangpa nak harap Kinabatangan, Sri Gading, Pasir Salak, Padang Serai, Mat Sabu ja ka bercakap yang macam2 dalam Dewan tuuu?? Nak xnak kita kena berubah... Depa tu bukan xpatut ada.. Baguih gak sekali sekala nak dengaq penglipurlara, tapi kalo setakat tu jaaaa, nak ke mana arah kepimpinan kita?

0 comments: