BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 October 2012

Mau Aktif Kembali

Sejak 2-3 tahun kebelakangan, aku dah mula kurang nak share cerita2 dalam blog. Macam beberapa kali aku tulis, bukannya takdak idea, tapi kadang2 banyak sangat yang kita fikirkan kesan dari entry blog kita tu; salah tulis, ada yg tersinggung, salah pos gambaq, ada yg ngamuk sampai putus kawan, salah kutuk, satgi bos lama baca.. hehe.. (bukan bos aku noooo...!!)

Yang lagi bimbang nak difikirkan, bila kita menulis benda yg berkait dengan hal2 semasa. Kadang2 pemikiran kita ni bukan selalu sama. Ada benda yg kita setuju. Ada benda yang kita tak setuju. Bila menulis perkara yg tak sealiran dgn masyarakat ramai, org akan tanggap kita dengan persepsi yang negatif. Anti-establishment, pro-opposition & segala istilah2 palat yg lain lagi. Mengenangkan untuk mengelak perkara2 macam tu, maka aku pun jadi tawar hati nak menulis.

Mungkin faktor takut nak tanggung risiko ni adalah proses semulajadi manusia setelah meningkat dewasa. Sampai masa dah meningkat usia, masa tu rasa takut pun mula mai. Maka berjayalah orang yg berjaya memberanikan diri menyuarakan perkara yg dirasakan betul, kerana keberanian itu dianggap melawan lumrah manusia dewasa.

Bila rasa takut lagu ni, mula la aku teringat zaman2 aku remaja, belajaq berhingus dulukala. Zaman tak takut nak tulis apa, main tulis apa jaaa taram suka hati. Sampai merajuk kawan2 disebabkan blog aku. Alangkah baik kalau keberanian tu aku terus warisi sampai harini. Waktu dulu, banyak gak perakara2 yg tak patut masuk dlm blog, tapi aku langgaq ja. Berani tulis yg baik patut laaa terus. Benda yg buruk2 tu, yg org rasa private, toksah dok tulis la. Kita tinggai laa utk pengajaran. Jgn dok buat dah kelaku lagu tu.

Cuma persoalannya, adakah aku seberani tu untuk menulis kalau aku rasa perkara tu memang tak betul? Moga Allah bagi aku idea untuk menulis & menyuarakan apa yg wajar. Harap ke motor ja nampak garang, tapi hati besaq kuman.. hahaha..


0 comments: