BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 March 2013

Lompat Kawasan...

Saja la kan cerita hal pilihanraya. Aku tau hangpa mesti boring baca, tapi takpa. Ngadap ja la benda yang aku nak ngomel kat hangpa tengah2 malam ni.

Bagi seseorang Ahli Parlimen bertukar kawasan, adakah ia baik untuk rakyat dan dirinya sendiri? Jawapannya, ya dan tidak. Bergantung kepada sejauh mana hangpa bagi perkhidmatan yang terbaik kepada pengundi yang telah mengundi hangpa selama ni.

Dekat2 nak pilihanraya ni, akan ada banyak gosip tentang siapakah calon yang akan bertanding di kawasan hangpa. Maka banyak gosip yang disebar2kan. Antara yang paling banyak, MP hangpa akan bertanding kat kawasan lain. Mainstream seperti biasa akan highlight pemimpin2 pembangkang yang dijangka berpindah kawasan. Untuk rasional, aku nak bagitau, kaedah politician tukar kawasan, sesuatu yang normal. BN dan pembangkang buat benda yang sama. Bezanya, sejauh mana berita tu disensasikan akhbar dan sejauh mana hangpa dapat maklumat2 tu.

Lim Kit Siang, Karpal Singh, Lim Guan Eng, dan beberapa nama lagi dikenali sebagai pelompat2 yang telah bertanding di beberapa kawasan berbeza. Depa juga terkenal kerana bertanding dalam kerusi Parlimen dan DUN. Sejarah sebenarnya telah merakamkan beberapa pemimpin utama BN pun melompat kawasan bertanding. Ada yang tukar negeri, ada yang bertukar kawasan.

Tun Dr. Mahathir sendiri bertukar kawasan bro. Tahun 1964, beliau bertanding di Parlimen Kota Setar Selatan sebelum tewas pada tahun 1969 kepada Haji Yusof Rawa. Tahun 1974, beliau kembali dan bertanding di Parlimen Kubang Pasu sampai la pencen. Bertukar kawasan, tapi rakyat dapat nilai sendiri khidmat terbaik yang beliau berikan, sebagai Perdana Menteri mahupun sebagai Ahli Parlimen. Aku biasa dok Jitra & aku dapat rasa perubahan yang dibawa di Jitra, dari sebuah pekan 2-3 baris sampai la ni dah ada Pekan Jitra 2 (katanya dah nak jadi Jitra 3!)

Kenal Tan Sri Chan Kong Choy, bekas Menteri Pengangkutan? Beliau pun biasa bertanding di Parlimen Lipis sebelum bertanding di Parlimen Selayang. Ahli MCA. Tapi hangpa akan kata tu semua contoh2 lama. Ada gak yang terbaru beb... Cuba tanya Dato' Seri Hishammuddin Hussein. Tahun 1995 & 1999 dia bertanding di Tenggara. Tahun 2004 & 2008 dia kalih pi Sembrong. Ada masalah ka dengan khidmat dia? Surely terbaik bro.

Bertukar kawasan tapi beri khidmat yang baik untuk rakyat xdak masalah. Yang jadi masalah, Ahli Parlimen bertukar kawasan bila rasa tempat lama tak selamat sebab rakyat marah tak dapat service yang baik.

0 comments: