BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23 March 2013

Skrip Lama Yang Kembali Berulang

15 tahun dulu, Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mengambil tindakan mahkamah memohon injunksi penyebaran buku tulisan seorang orang biasa yang MENULIS buku, Khalid Jafri bertajuk "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM". Rentetan daripada peristiwa itu, maka terjadilah peristiwa pemecatan 2 September '98 dan Anwar ditangkap pada 20 September tahun yang sama. Bintang politik Anwar merudum waktu itu.

Tapi majoriti rakyat waktu itu, khususnya pengundi Melayu telah menunjukkan protes kepada tindakan Tun Dr. Mahathir yang sangat drastik memecat Anwar. Walaupun bintang politik Anwar merudum, PAS dan keADILan mendapat keuntungan besar apabila mereka mencatat sejarah tersendiri semasa Pilihan Raya Umum tahun 1999. Aku ingat sangat pilihanraya tu sebab aku tengah ambil peperiksaan SPM tahun tu. Peperiksaan ditunda untuk 2 kertas peperiksaan bagi membolehkan pilihanraya dilangsungkan pada 29 November 1999. Aku cuma ingat paper Matematik Moden. Paper satu lagi aku tak ambik. Itulah pilihanraya yang menyaksikan banyak menteri yang kalah; Allahyarham Tan Sri Megat Junid, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman, Tan Sri Dr. Yusoff Noor,etc. Dato' Sri Najib pun cuma menang 241 undi lawan calon PAS di Parlimen Pekan. Cuma tahun 1999 menyaksikan DAP hilang beberapa otainya, termasuk Lim Kit Siang dan Karpal Singh yg kalah di Bukit Bendera dan Jelutong.

Tun Dr. Mahathir menyedari tindakan politiknya tidak lagi dapat diterima pengundi Melayu. Dikatakan nisbahnya 63%-37% yang telah mengundi pembangkang. Pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir telah mengumumkan peletakan jawatan, berkuatkuasa Oktober 2003 dan diganti oleh Pak Lah. Anwar dah dikenakan hukuman penjara 6 tahun atas kes salah guna kuasa terhadap isu salahlaku seksnya & kes meliwat Azizan Abu Bakar.

Peralihan jawatan tersebut menyaksikan kembalinya sokongan melayu kepada BN. Setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya diluluskan di Parlimen pada tahun 2003, Pak Lah telah membubarkan Parlimen bagi diadakan Pilihan Raya Umum ke 11 pada tahun 2004. PAS dan keADILan kembali merosot. PAS hilang Terengganu dan hampir kalah di Kelantan. Haji Hadi pun tewas dgn Datuk Abdul Rahman Bakar di kubu kuatnya, Marang. Begitu juga ayam2 sabungnya spt Mohamad Sabu, Mahfuz Omar, Dato' Dr. Hasan Ali,etc. KeADILan cuma tinggal kerusi Permatang Pauh dengan majoriti Datin Seri Dr. Wan Azizah menjunam kepada hanya 580 undi sahaja. Pukul habis time tu. Tapi pilihanraya tu menyaksikan DAP kembali bertapak kuat di Dewan Rakyat. Lim Kit Siang kembali ke Dewan dengan menang di Ipoh Timur dan Karpal Singh di Bukit Gelugor.

Semasa pemerintahan Pak Lah, secara kebetulannya Mahkamah Persekutuan telah membebaskan Anwar daripada kes kedua, iaitu meliwat Azizan. Tapi untuk kes salah guna kuasa, mahkamah telah mengekalkan keputusan bersalah. Anwar yang pada waktu mengadu sakit slipped disc telah ke Jerman utk rawatan. Anwar pun kurang sangat bergiat dalam politik selepas bebas dari penjara.

Tahun 2008, Pak Lah membubarkan Parlimen ketika Anwar belum sempat sampai edahnya untuk bertanding. Anwar telah dengan giat berkempen bersama parti-parti pembangkang yang lain. Banyak konflik dalam UMNO sendiri yang menyusahkan Pak Lah, seperti tindak-tanduk Tun Dr. Mahathir yang tidak setuju dengan banyak keputusan-keputusan yang dibuat Pak Lah. Penentangan terbuka Tun, ditambah dengan gerak kerja Anwar, maka terhasillah keputusan tsunami politik tahun 2008 yang terkenal itu.

Anwar telah diangkat menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh pada bulan Ogos 2008 selepas DatukSeri Dr. Wan Azizah meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen. Waktu itu telah tersebar pula dakwaan liwat kedua membabitkan Saiful Bukhari Azlan. Anwar telahpun dihadapkan ke mahkamah dan dibebaskan dari tuduhan tersebut. Sekarang tengah menunggu Mahkamah Rayuan untuk bersidang. Anwar diasak dengan penyebaran video-video seks daripada Dato T serta pendedahan-pendedahan di Blog pro UMNO, khususnya Papagomo sejak 2008. Setelah beberapa lama, Anwar seakan-akan buat donno ja dengan tuduhan diblog2 tersebut.

Akhirnya, skrip lama berulang kembali. Anwar telah mula mengambil tindakan mahkamah berupa saman malu RM 100 juta kepada seorang orang biasa yang kerjanya MENULIS blog, iaitu Papagomo. Kisah dia saman KJ, Tun mahathir, Nallakaruppan, Utusan Malaysia, Saiful Bukhari dalam kes qazaf, itu biasa. Aku tak ambik kira yang tu. Sebab kemuncak kesnya dulu akibat dia bertindak kepada orang yang kerjanya MENULIS. Selanjutnya, aku serahkan kepada hangpa untuk buat andaian, apa kesudahan cerita Anwar ni... huhuhuhuhu....

0 comments: