BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

13 January 2015

Positif, Negatif Yang Bercampur

Kebaikan dan keburukan selalunya bercampur baur. Dalam kehidupan ni, sebenarnya lebih rumit dan complicated berbanding yang hangpa dok tengok drama2 di TV3 tiap2 petang tu.

Manusia, kalau dia jahat, tak setiap masa dia akan jahat. Paling kurang, ada watak baiknya. Seorang pencuri, jahatnya mencuri di 99 speedmart, pandai songlap duit persatuan, tapi dalam jahatnya, mungkin dia seorang ayah yang penyayang, suka bersedekah, tak buang sampah merata2.

Lumrah manusia juga, kalau seseorang tu bukan golongan kawan2 yg disukainya, memang dikutuk dan dikeji seolah2 takdak sebutir biji nasi kebaikan pun yang pernah dia sumbangkan. Si A bedal si B; begitu jua sebaliknya.

Dalam berkawan, adatlah sebenarnya tu. Kita kena terima kawan kita seadanya. Bukan setiap masa dia sentiasa ada kelebihan. Ada masanya dia ada kekurangan. Keburukan mungkin tak jadikan dia sentiasa negatif. Tidak juga kelebihannya menjadikan tiada sebarang cacat cela dan maksum. Yang paling penting, adat berkawan, pandai2lah pertimbangkan kawan mana yang baik, kawan yang mana buruk. Yang baik kita rapat. Yang buruk janganlah terus dibuang. Itulah adat berkawan.

*gambar seqodor hiasan ajo.. ni contoh elok. Walaupun ada kawan minum ayaq dalam teko macam tu, tp hati dia baik pa. Hahaha..

0 comments: