BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

17 November 2015

Zaman Catatan Blog Yang Kian Suram

Blog ni begitu trending pada zaman aku belajar degree tahun 2004-2006. Dulu apa sahaja cerita akan aku catatkan dalam blog dalam bahasa yang cukup santai. Pernah aku renggang persahabatan dengan sorang kawan disebabkan blog aku telah dengan secara paparazzinya ambik gambarnya dengan tunang ke satu kenduri kahwin.


Zaman gemilang blog, waktu aku blogging di hajiikram.blogdrive.com memang seronok. Kadang2 kita sendiri tak sangka yang posting kita tu diminati org yg selalu nak mengikuti perkembangan. Ingat lagi bila aku menulis secara detail pengalaman aku waktu menyertai Kursus Diploma Pengurusan Awam tahun 2007. Setiap modul yg aku lalui, memang aku gorma balik dalam blog tersebut. Punya la femes waktu tu, sampai junior2 PTD yg nak mula join DPA, bila depa google info pasal DPA, blog aku antara yg disenaraikan dalam search engine.

Banyak jugak jasa blog aku kpd geng2 PTD yg baru nak berkursus. Namun, apabila netizen mula merubah orientasi komunikasi sosial kepada platform yang lebih padat dan kompak seperti FB, Twitter, blog terus hilang bisanya. Tapi, hakikat yang pasti, blogging membentuk jiwa pemikiran melalui sebuah catatan.  

31 May 2015

Anak Pandai Mengaji

Anak aku pandai jugak dia mengaji. Satu hari dia dok follow tokwan dia baca yasin. Nampak mcm dapat follow 5 ayat pertama dalam yasin tu. Pada aku, itu dah cukup bagus. Tapi kalau membaca sejarah ulama' tersohor, muda2 lagi depa dah hafal al quran. Umoq kita mcm darjah 3-4 dah sehebat ulama' besar.

Adakah kita kena biarkan depa seperti budak2 kebanyakan, yg happy go lucky bila mak bapaknya beli mainan ataupun kita terus dedahkan depa dgn ilmu2 besar seperti membaca kitab2 muktabar. Aku xdak idea. Tp gayanya skang ni ikut arus ja la. Huhuhu..

22 April 2015

Stalker

Bila kita dah ada medium seperti blog, FB, Twitter, Instagram, dan seribu satu macam lagi, kita harus bersedia untuk menerima, ia akan terbuka untuk tatapan dan bacaan orang ramai.

Sama ada posting kita itu bermanfaat atau tidak, itu persoalan kedua. Tapi hakikatnya, org akan membaca serta mengetahui perkembangan atau buah fikiran kita.

Stalker juga akan berada di mana-mana. Itulah hakikat yang harus diterima. Kebiasaannya, aku biarkan saja kaki stalker ni skodeng FB, twitter, blog aku. Tapi kadang-kadang sakit hati juga bila stalker ni berfungsi sebagai kaki bodek untuk report apa saja yang kita tulis kepada bos kita. Kononnya nak jaga ketenteraman politik pejabat, sampai alasan nak jaga kepentingan negara dan pemimpinnya. Biasalah tu...

Jadi kalau ada dapat tau ada stalker yang kerjanya nak jadi kaki report, dengan sepantas kilat jualah aku ban dan block kawan aku tu dari follow aku. Mungkin takdirnya berkawan macam biasa ja lah. Huhuhu..

03 March 2015

Kenapa Mesti Stylo?

Aku sebenarnya tak suka dengan sikap glamour dan suka nak tunjuk stylo sebahagian manusia, tambah2 kenalan yang aku kenal. Stylo atau mungkin bahasa yang aku suka guna sekian lama, bersikap "bangsawan", ataupun "lebih raja dari raja". Pendekatan aku selama ni pun memang begitu. Kadang2 pernah org jabatan lain sangka aku ni, level EO ja, pasal aku suka berpakaian lengan pendek. Hahahaha..

Dalam bab penampilan aku, memang aku akui, banyak sangat dah orang yang tegur aku, terutama sekali dalam penampilan bila nak ke pejabat. Ayah antara orang yg akan selalu komen penampilan aku apabila nak ke pejabat. Kadang2, bila dia tengok aku pakai jam G Shock, Ayah akan sound direct, "pakai la jam yang senonoh sikit". Tapi, sebab aku dah memang aku, selalunya bab macam tu aku agak degil la orangnya. Langgar ja la bab2 tu.

Bila aku bawak motor kapcai ke pejabat, ada yang tegur, "belum ada dalam sejarah pegawai naik motor!!".. Woww!! Itu mcm kalu... Boleh bikin ribut satu pejabat bang!! Hahahaha.. Hakikat yang mesti hangpa akui, bermotor ke tempat kerja akan mengurangkan risiko hangpa sampai lewat ke pejabat. Yaaa.. Memang pun. Tapi sebab dah kita ni dibiasakan dengan budaya stylo, dah jadi pegawai kena jaga standard, tak boleh nak samakan dengan pegawai bawahan, kena naik kereta untuk jaga prestij, pada aku, itu dah ada satu misconceptual terhadap istilah smart tu sendiri.

Di sesetengah jabatan, aku dimaklumkan memang ada ketua jabatan yang sangat particular dengan hal2 penampilan ni. Tambahan pulak, PTD dah memang disemai sejak kursus DPA untuk sentiasa menampilkan perwatakan mat smart yang sekian lama diasuh. Tapi, berlain pulak dengan aku. Hang nak naik motor ka, bicycle ka, itu hang punya pasal. Janji hang masuk opis dalam keadaan yg sewajarnya, aku xdak masalah.

Dah sampai masa kita gerakkan mindset utk melihat perkara pokok. Bukan sekadar kulit yg dilihat, tp isi dan akarnya harus diambil kira. Jgn sekadar terpesona dengan penampilan yg sangat maskulin, tapi hakikatnya kualiti kerja tunggang langgang, peraturan ibarat mcm dah buta sungguh. Selagi ada sikap nak tunjuk up sikit, selagi tu budaya bangsawan ni akan terus wujud. Cuma, aku berdoa agar setiap staf di bawah aku dibuangkan sifat2 bangsawan ni. Cukuplah dengan bangsawan yang ada. Tak perlu ditambah rakyat berjiwa raja ni.

13 January 2015

Positif, Negatif Yang Bercampur

Kebaikan dan keburukan selalunya bercampur baur. Dalam kehidupan ni, sebenarnya lebih rumit dan complicated berbanding yang hangpa dok tengok drama2 di TV3 tiap2 petang tu.

Manusia, kalau dia jahat, tak setiap masa dia akan jahat. Paling kurang, ada watak baiknya. Seorang pencuri, jahatnya mencuri di 99 speedmart, pandai songlap duit persatuan, tapi dalam jahatnya, mungkin dia seorang ayah yang penyayang, suka bersedekah, tak buang sampah merata2.

Lumrah manusia juga, kalau seseorang tu bukan golongan kawan2 yg disukainya, memang dikutuk dan dikeji seolah2 takdak sebutir biji nasi kebaikan pun yang pernah dia sumbangkan. Si A bedal si B; begitu jua sebaliknya.

Dalam berkawan, adatlah sebenarnya tu. Kita kena terima kawan kita seadanya. Bukan setiap masa dia sentiasa ada kelebihan. Ada masanya dia ada kekurangan. Keburukan mungkin tak jadikan dia sentiasa negatif. Tidak juga kelebihannya menjadikan tiada sebarang cacat cela dan maksum. Yang paling penting, adat berkawan, pandai2lah pertimbangkan kawan mana yang baik, kawan yang mana buruk. Yang baik kita rapat. Yang buruk janganlah terus dibuang. Itulah adat berkawan.

*gambar seqodor hiasan ajo.. ni contoh elok. Walaupun ada kawan minum ayaq dalam teko macam tu, tp hati dia baik pa. Hahaha..

12 January 2015

Demam

Masuk harini dah 3 hari aku demam. Yg lecehnya, tekak jadi perit sampai aku xlalu nak makan. Tapi yang bagusnya, berat badan aku turun la gak. Hehehehe.. dari 82kg jadi 79 kg. Baguih sangat la tu..

10 January 2015

Banyak Menulis, Banyak Idea

Dulu aku kerap menulis. Blogdrive tu toksah cakap. Memang panjang berjela cerita aku. Cuma masuk zaman dah kerja ja malas tu menjadi2.

Tapi, satu benda ja yang pasti bila hang banyak menulis. Hang akan lebih banyak idea untuk mengarang. Tak kira la, nak buat report ka, nak merapu ka.

Cuma takut nak menulis lebih2 ni, sebab banyak fikirkan risiko2 yang ada. Besa la.. tambah2 penjawat awam macam aku ni. Tapi, seboleh2nya takmau la aku gebang benda2 yang kontroversial. Walaupun kadang2 nak jugak bersuara.

Cakap siang pandang2. Cakap malam dengar2..

:)