BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23 June 2016

Kenapa Takut Bertukar?

Penjawat awam ni, sebenarnya terkenal dengan pindah-randah ke serata ceruk alam. Tanya la sapa yang mak paknya polis, askar, ataupun kerja2 gomen yang lain. Hangpa akan perasan depa akan pernah berpengalaman berpindah merata tempat di seluruh negara.

Tak payah pi jauh. Ayah sebagai bekas pegawai perhutanan memang kerjanya berpindah-randah sentiasa. Ayah pernah bertugas di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, patah balik Selangor, ke KL pulak kemudiannya, pi pulak ke Kepong, dan akhirnya bersara. Sebenarnya hebat lagi tentera. Boleh ja sampai ke Sabah/Sarawak, pi Timur-Barat takdak nak takut apa pun.

Mesej utama aku nak sampaikan, terutama kepada penjawat awam; kita kena bersedia untuk berpindah atas kepentingan perkhidmatan awam. Kepada PTD, sebenarnya hangpa kena bersyukur dan rasa beruntung, sebab kebanyakan post2 yang diisi oleh kita, kebanyakannya di kawasan-kawasan bandar. Berbeza dengan cikgu, polis, dan lain2, posting mereka lagi merata; di ceruk kampung, di hulu hutan, tepi sempadan negara, dan macam-macam lagi.

Tidaklah dapat dinafikan, dalam membuat pertimbangan untuk menerima arahan pertukaran tempat bekerja, kita akan tengok juga hal-hal kebajikan dan peribadi; seperti kepentingan keluarga, logistik, kesihatan, dan lain-lain. Itu memang tak dinafikan. Tapi dalam masa yang sama, kita kena akur juga bahawa apabila kita naik pangkat, perjawatan naik pangkat itu tak banyak di tempat asal, lantas memaksa kita untuk keluar dari zon selesa.

Banyak kes juga, terutama mereka yang telah berada di negeri-negeri; mereka seolah-olah dah berada di zon selesa dan takut sungguh kalau dapat transfer order. Padahal, kadang-kala bukan jauh pun tempat baru tu. Mcm contohnya, org Selangor kena pi KL, Putrajaya, taklah jauh mana pun. Tapi dia punya takut tu, macam dah kena pindah Sabah/Sarawak.

Ada juga sampai mengambil tindakan tolak kenaikan pangkat semata-mata nak kekal di tempat lama. Aku faham, antara "justifikasi" (takmau la guna perkataan "alasan" sebab nampak negatif sangat... Hehehe!!) yang selalu dinytakan, masalah keluarga, kesukaran berulang, bla..bla..bla..

OK la. Meh abang nak cerita pengalaman hidup sikit. Aku start perkhidmatan awam ni pada hujung tahun 2006. Penempatan pertama aku, Hospital Sungai Buloh. Waktu tu, kami sekeluarga masih lagi dok di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Hangpa tau ka berapa jarak Bangi-Sungai Buloh?? Kalau ikut Besraya yang kurang jem, jarak lebih kurang 55 km. Gila apa sehala 55 km. Pi balik dah 110 km. Mujoq time tu aku pakai Kancil Putih Xplode tu. Hahahaha. Merasa la aku berulang jauh tu selama 6 bulan sebelum pi kursus Diploma Pengurusan Awam.

Tahun 2008, aku bertukar ke Parlimen. Sempat merasa zaman sebelum dan selepas kawen. Sebelum kawen, aku berulang dari Seri Kembangan ke Parlimen. Jarak waktu tu (sebelum ada highway MEX) adalah 34 km. Lega la dekat sikit. Tapi redah jem pulak tu. Bila aku kawen, kami menyewa n menetap di Shah Alam. Jaraknya dekat sikit, dalam 30 km saja. Sama jugak. Bercinta la nak redah jem di Federal Highway tu. 

Sama la jugak bila aku kerja di Istana Negara. Jaraknya lebih dekat, dalam 28 km saja. Tapi, masih lagi kena randuk jem Federal Highway. Hangpa ingat boleh sampai 20 minit ka? Huhuhuhu...

Setelah lama aku berulang jauh, teringin jugak rasa hati nak merasa pengalaman kerja yang dekat dengan rumah. Sebab tu aku mohon bertukar ke Shah Alam. Akhirnya dapat la kerja yang dekat. Pi ofis pun dalam 5 minit dah sampai parking keta ofis. Hehehehe...

Aku rasa, aku deserve untuk dapat tempat yang dekat setelah sekian lama aku berulang jauh dari rumah. Nak kena bagitau jugak, aku kerja dulu, tempat2 yang memang kerja tak menentu naaaa... Parlimen asyik balik tengah malam buta. Dok di Istana Negara, hari minggu pun kena mai jugak pejabat. Hang nak kata apa??

Sebab tu aku susah nak terima alasan kalau orang taknak pindah dari tempat kerja sebab masalah kesesakan jalan raya, nak kena gerak awal, n macam2 lagi. Tapi, kalau orang di Selangor ni, depa takmau pindah sebab dok dapat bonus kot. hahahaha...

Tapi, come on la. Hakikat yang harus diterima, bila makin tinggi pangkat kita, makin susah peluang kita untuk kekal di satu2 tempat. Aku sendiri secara peribadi, dah set di kepala agar redha ja kalau kena bertukar keluar dari Selangor. Yes, kena pasrah la.. Bukan banyak pon posting di SUK utk hangpa kalut bertahan. Secara peribadi, kalau aku naik pangkat nanti, aku dah bersedia kalau kena ke tempat2 lain. Betui laaaa.. sapa nak jauh dari keluarga. Tapi pokok pangkalnya, patuh ja dengan arahan pertukaran. Pi report duty dulu, nanti baru kita bincang tindakan seterusnya supaya dapat balik dekat dgn family.

Terpulang pada persepsi masing-masing. Tapi kalau tanya aku, kenapa perlu takut?? Peganglah prinsip ni, jauh perjalanan, luas pemandangan...

Motor ni memang saksi bagaimana parok aku berulang sehari dari Shah Alam-Istana Negara. Hang memang kuda yang setia.. :)

13 June 2016

Kenangan Umrah

Ni gambaq sempena wedding anniversary di Mekah (24 Mei). Huhuhu..

Alhamdulillah, peluang untuk mengerjakan umrah sekali lagi hadir untuk aku pada tahun ni. Ini kiranya kali ketiga aku mengerjakan umrah. Pertama, waktu kecik-kecik dulu. Waktu tu umur baru 13 tahun. Aku dengan family la waktu tu. Pengalaman pertama tahun 1995 tu memanglah sangat berbeza, terutama sekali dengan keadaan dan suasana Mekah yang jauh berlainan sekarang.

Kali kedua adalah tahun lepas, waktu masih dengan Istana Negara. Pi bertugas untuk keperluan logistik SPB Tuanku Agong Berdua. Kira dah mai bertugas tu, feel dia lain la sikit. Teruja tetap la teruja. Tapi dah nama pun bertugas kan. Kena la bagi perhatian utk kerja2 sepanjang Tuanku ada kat sana. Tahun, jambatan mataf sementara tu masih ada lagi.


Tahun ni, Allah hadirkan lagi rezeki untuk aku ke Tanah Suci lagi. Kalini lebih bermakna sebab ET, abah, n mak pi sekali. Asalnya, aku tidaklah plan utk pi. Abah nak ajak depa anak beranak yang pi. Tapi, dah memang nak jadi ketentuan dia, aku yang kena pi. Jadi berempatlah kami ke sana. Sekurang-kurangnya apa2 keperluan kat sana nanti, aku boleh bantu, ada dah pengalaman sampai ke sana kan.


Penerbangan kami bertolak dari KLIA jam 2 petang, 16 Mei 2016. Anak2 semua kami tinggalkan kat sekolah, kat rumah pengasuh. Memang tawakkal ja. Dania, Ammar, n Syasya tiap2 hari kami pesan, "nanti ayah ibu pi umrah. Kakak, Ammar, Syasya nanti dok dengan Wan, dengan Tok yer"... Dari cara lenggok depa tu, macam paham. Hehehe..


Penerbangan kami dengan Saudia Arabia Airlines transit ke Riyadh terlebih dulu sebelum terus ke Madinah. Kami turun ke Madinah dulu. Dok fikir-fikir dengan keadaan ET dok pregnant, takut kang letih pulak badan dia kalau pi terus buat umrah. Lagipun di Madinah macam tenang sikit berbanding suasana yang ramai di Mekah.




Anak beranak bergambar depan Masjid Quba'

Di Madinah, pastinya tempat ziarah yang sentiasa dibawa adalah aktiviti ziarah dalam, ke makam Rasulullah saw, Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Umar. Di dalam masjid kami berkesempatan untuk masuk ke kawasan raudhah. Penanda raudhah adalah warna karpet yang berbeza daripada karpaet kawasan masjid nabawi yg lain. Warnanya nak warna kelabu, hijau sikit. Kemudian dibawak pula ke kawasan perkuburan sahabat di Baqi'. Sebelah ja dengan Masjid Nabawi. Untuk ziarah luar Madinah, tempat-tempat yang dibawa melawat adalah di Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Sab'ah (Masjid Tujuh), Bukit Uhud, tak dilupakan ladang kurma, dan pasar kurma. Besa la, dah nama tempat kurma2 ni, hangpa ready ja la "batu2" nak buat melontar "jamrah". Hahahahaha..


Suasana beribadah di Madinah sememangnya tenang dalam hari-hari awal ketibaan kami di Madinah. Memang pun dari segig pemerhatian, Madinah lebih nampak tersusun dengan deretan kedai yang dibina seperti blok2. Apabila tersusun, mudah kita nak mencari sesuatu tempat untuk dibuat panduan. Tendancy untuk sesat cari hotel peginapan tu kurang la sikit. Hotel penginapan kami, Mawaddah Al Waha terletak dalam 150 meter dari Masjid Nabawi. Jadi tak la jauh sangat nak kena menapak bila datang bersolat. Hebat hotel ni. Memang Andalusia Travel dah kontrak dengan depa la. Turun2 bas ja dah ada kedai2 di sekeliling hotel yang sambut kedatangan kami dengan tagline, "Selamat Datang Dato' Daud Che Ngah dan Andalusia"... Hehehehe...



Sukarelawan di Masjid Nabawi tengah menyiapkan juadah berbuka untuk jemaah. La ni tengah musim orang posa sunat. Pra ramadhan.

Ada juga aku n Abah masuk melawat ke Muzium Nama-nama Allah di sebelah Masjid Nabawi. Pameran ni memandangkan dalam bahasa arab dan bahasa inggeris, sikit sebanyak mengurangkan minat orang yg kurang mahir utk menghayati pameran2 di dalamnya. Tapi, yang pastinya, Asma'-ul-husna yang dipamerkan di sini berbeza dengan apa yang dah lama kita pelajari melalui nasyid asma'-ul-husna. Berpandukan kepada rujukan dan nas2 yang sahih, sebagai contoh, Ad-Daiyan. Maksudnya, Hakim yang agung (The Supreme Judge). Memang tak dak la kita belajar. 


Ad-daiyan. Hebat nama anak buah aku, Daiyan Wafi. :)

Kami berangkat ke Mekah pada hari Jumaat, selepas solat Jumaat di Masjid Nabawi. Perjalanan dengan bas ambik masa selama 5 jam. Lama jugak tu. Di pertengahan jalan, kami berhenti sat di sebuah masjid di Dzulhulaifah, ataupun lebih dikenali sebagai Bir Ali. Buku teks Pendidikan Islam Tingkatan 4 dulu, kita ada belajaq nama tempat miqat ni. Yang paling aku ingat dulu nama dia Yalamlam. Tapi kita tak pi la ke miqat tu. Hehehe. Tu untuk orang daripada Yaman. Di pertengahan jalan, kami singgah di satu R&R yang dipanggil Wadi Qudai'. Diceritakan bahawa Wadi Qudai' adalah tempat persinggahan Rasulullah saw sewaktu hijrah Mekah dan Madinah. Kat sini, memang sempoi, sebab kami buat pertama kalinya makan nasi arab dalam talam. Tu yang lagi syok tu. Dia jamu lauk ayam dengan ikan. Tak pasti la ikan apa, tapi macam spesis belah Arab ja. Hehehe.. (Sorry gambaq aku tak ambik pulak. Dah malam waktu tu!)

Kami tiba di Mekah dah hampir tengah malam. Hotel di Mekah, Haneen Firdous. Mujur jugak hotel kami tak berapa jauh dari Masjidil Haram. Dalam 300 meter (tapi aku rasa jauh lagi sebenarnya! Huhuhu). Kami menyelesaikan ibadah umrah pertama kami sehingga hampir nak masuk waktu subuh. Ngam2 soi jugak. Jadi boleh balik ke bilik berehat lama sikit.

Di Mekah, ziarah luarnya kami dibawak ke kawasan arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah, Jabal Tsur, kemudian singgah untuk bermiqat di masjid yang dikenali dengan nama Ji'ranah. Selesai ziarah luar, kami balik ke Mekah untuk mengerjakan umrah kali kedua. Kalini waktu siang, dan kami boleh selesaikan ibadah ni sebelum waktu zohor. Untuk umrah kedua dan ketiga, aku bawak ET dengan wheelchair yang dipinjam daripada pihak Andalusia. Menolak la aku dari hotel sampai ke Masjidilharam. hehehe.. Xpa. Kesian ET dengan pregnant nak berjalan jauh2 tu.

Sementara nak menunggu maghrib. Ni duduk belakang maqam ibrahim.


Kami telah join lawatan optional untuk peserta umrah ke Muzium Haramain. Muzium ni menunjukkan sejarah awal kaabah serta Masjid Nabawi. Ditunjukkan juga perancangan Kerajaan Arab Saudi untuk membuat pembesaran di kedua-dua masjid tu dengan replika yang disediakan. Selepas di muzium, depa bawak lalu ke sebelah ladang unta. Depa tak bagi turun, sebab bimbang dengan virus  mers-cov daripada unta tu. Selepas tu, kami singgah ke Masjid Hudaibiyah untuk berniat ihram. Lupa plak. Umrah ketiga kami berniat ihram di Tan'im, di Masjid Sayyidatina Aishah. Luar sket jek dari Mekah. Inilah tempat miqat paling dekat berbanding yang lain2. OK berbalik ke Hudaibiyah. Untuk umrah yang keempat ni, tiada mutawif yang akan guide kami untuk ibadah umrah. Takpalah tu, aku jadi la mutawif untuk abah dengan mak lepas tu.

Di Masjidil haram, terdapat beberapa tempat yang menjadi tumpuan ramai jemaah untuk mendapatkan pahala sunat dan keberkatan di situ. Pertama, di Maqam Ibrahim. Kami juga tak melepaskan peluang untuk bersolat di maqam Ibrahim. Nak solat betul2 belakang maqam ibrahim memang xdak la, sebab orang yang dok buat tawaf penuh kat kawasan tu. Selain itu, orang akan beramai2 dok bersesak2 untuk mencium hajarul aswad. Alhamdulillah, waktu tahun lepas, aku dah merasa peluang mencium hajarul aswad. Tahun ni, dok fikir2 balik, kesian nak kena bersesak2 nak ke situ, nanti kena sigong ketiak orang Turki la, kena lempar, kena baling ke belakang, dengan aku bawak ET lagi ni. Susah la sket. Tapi aku berjaya bawak ET dan Mak untuk bersolat sunat di dalam kawasan Hijir Ismail. Itupun bersesak tak hengat. Dalam kawasan Hijir Ismail tu ada pancuran air yang dipanggil mizab Ka'abah. Ini antara kawasan yang mustajab doanya. Depan multazam pun sama juga. Tapi sebenarnya, di Tanah Haram ni, di mana2 pun doa kita sebenarnya mustajab juga. Tapi di sinilah kita ambil peluang untuk merasai dan mendekati rasa hati kita kepada Allah. Maka berusahalah kita nak mengambil peluang untuk beribadat di tempat2 tersebut.

Replika pelan pembesaran Masjidilharam yang dijangka siap tahun 2020.

Kemanisan ibadah umrah kalini sebenarnya adalah kerana aku datang bersama keluarga; bersama ET dan mak ayah mertua. Kalau dulu, waktu aku mula2 ke Mekah, aku kecik lagi. Waktu tahun lepas, aku terpaksa bertugas rasmi. Tapi, kalini memang masa yang ada diperuntukkan untuk kita tarbiah diri kita beribadah dengan sebanyak-banyaknya. Dengan tarbiah yang ada, kita dapat meneruskan momentum tu sehingga ke bulan ramadhan. Kepada sahabat2 yang mengirim doa dan salam, kami dah sedaya upaya menyempurnakan semua hajat-hajat tu. Selebihnya marilah kita berserah dan terus berdoa.

Gambar sebelum nak tawaf wada'. Dah buat tawaf wada' tak boleh nak bergambar2 dah di Tanah Haram.

Kami bergerak meninggalkan Mekah pada petang 25 Mei 2016. Sementara nak menunggu penerbangan kami pukul 2 pagi dari Jeddah, mutawwif kami, Ustaz Rahimi bawak la kami ke Jeddah dan berehat sat di Masjid Terapung sambil pekena angin2 sepoi Laut Merah. Puas hati, kena2 ja angin Laut Merah, balik Malaysia terus demam. Huhuhuhu.. Kenangan umrah yang begitu manis untuk dikenang. Insan manalah yang tidak menyimpan cita2 untuk kembali ke bumi suci ini suatu hari kelak? InsyaAllah, aku berdoa semoga dikurniakan lagi ruang dan peluang untuk mengerjakan umrah di sini.

Bergambar dengan ahli kumpulan yang lain kat Masjid Terapung, Jeddah.

Naik Jabal Rahmah sat.


Mak dan Abah lepas selesai ibadah umrah.