Motor ni memang saksi bagaimana parok aku berulang sehari dari Shah Alam-Istana Negara. Hang memang kuda yang setia.. :) |
23 June 2016
Kenapa Takut Bertukar?
Posted by Bang Am at 1:04 AM 3 comments
13 June 2016
Kenangan Umrah
Ni gambaq sempena wedding anniversary di Mekah (24 Mei). Huhuhu.. |
Kali kedua adalah tahun lepas, waktu masih dengan Istana Negara. Pi bertugas untuk keperluan logistik SPB Tuanku Agong Berdua. Kira dah mai bertugas tu, feel dia lain la sikit. Teruja tetap la teruja. Tapi dah nama pun bertugas kan. Kena la bagi perhatian utk kerja2 sepanjang Tuanku ada kat sana. Tahun, jambatan mataf sementara tu masih ada lagi.
Tahun ni, Allah hadirkan lagi rezeki untuk aku ke Tanah Suci lagi. Kalini lebih bermakna sebab ET, abah, n mak pi sekali. Asalnya, aku tidaklah plan utk pi. Abah nak ajak depa anak beranak yang pi. Tapi, dah memang nak jadi ketentuan dia, aku yang kena pi. Jadi berempatlah kami ke sana. Sekurang-kurangnya apa2 keperluan kat sana nanti, aku boleh bantu, ada dah pengalaman sampai ke sana kan.
Penerbangan kami bertolak dari KLIA jam 2 petang, 16 Mei 2016. Anak2 semua kami tinggalkan kat sekolah, kat rumah pengasuh. Memang tawakkal ja. Dania, Ammar, n Syasya tiap2 hari kami pesan, "nanti ayah ibu pi umrah. Kakak, Ammar, Syasya nanti dok dengan Wan, dengan Tok yer"... Dari cara lenggok depa tu, macam paham. Hehehe..
Penerbangan kami dengan Saudia Arabia Airlines transit ke Riyadh terlebih dulu sebelum terus ke Madinah. Kami turun ke Madinah dulu. Dok fikir-fikir dengan keadaan ET dok pregnant, takut kang letih pulak badan dia kalau pi terus buat umrah. Lagipun di Madinah macam tenang sikit berbanding suasana yang ramai di Mekah.
Anak beranak bergambar depan Masjid Quba' |
Di Madinah, pastinya tempat ziarah yang sentiasa dibawa adalah aktiviti ziarah dalam, ke makam Rasulullah saw, Sayyidina Abu Bakar, dan Sayyidina Umar. Di dalam masjid kami berkesempatan untuk masuk ke kawasan raudhah. Penanda raudhah adalah warna karpet yang berbeza daripada karpaet kawasan masjid nabawi yg lain. Warnanya nak warna kelabu, hijau sikit. Kemudian dibawak pula ke kawasan perkuburan sahabat di Baqi'. Sebelah ja dengan Masjid Nabawi. Untuk ziarah luar Madinah, tempat-tempat yang dibawa melawat adalah di Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Masjid Sab'ah (Masjid Tujuh), Bukit Uhud, tak dilupakan ladang kurma, dan pasar kurma. Besa la, dah nama tempat kurma2 ni, hangpa ready ja la "batu2" nak buat melontar "jamrah". Hahahahaha..
Suasana beribadah di Madinah sememangnya tenang dalam hari-hari awal ketibaan kami di Madinah. Memang pun dari segig pemerhatian, Madinah lebih nampak tersusun dengan deretan kedai yang dibina seperti blok2. Apabila tersusun, mudah kita nak mencari sesuatu tempat untuk dibuat panduan. Tendancy untuk sesat cari hotel peginapan tu kurang la sikit. Hotel penginapan kami, Mawaddah Al Waha terletak dalam 150 meter dari Masjid Nabawi. Jadi tak la jauh sangat nak kena menapak bila datang bersolat. Hebat hotel ni. Memang Andalusia Travel dah kontrak dengan depa la. Turun2 bas ja dah ada kedai2 di sekeliling hotel yang sambut kedatangan kami dengan tagline, "Selamat Datang Dato' Daud Che Ngah dan Andalusia"... Hehehehe...
Sukarelawan di Masjid Nabawi tengah menyiapkan juadah berbuka untuk jemaah. La ni tengah musim orang posa sunat. Pra ramadhan. |
Ada juga aku n Abah masuk melawat ke Muzium Nama-nama Allah di sebelah Masjid Nabawi. Pameran ni memandangkan dalam bahasa arab dan bahasa inggeris, sikit sebanyak mengurangkan minat orang yg kurang mahir utk menghayati pameran2 di dalamnya. Tapi, yang pastinya, Asma'-ul-husna yang dipamerkan di sini berbeza dengan apa yang dah lama kita pelajari melalui nasyid asma'-ul-husna. Berpandukan kepada rujukan dan nas2 yang sahih, sebagai contoh, Ad-Daiyan. Maksudnya, Hakim yang agung (The Supreme Judge). Memang tak dak la kita belajar.
Ad-daiyan. Hebat nama anak buah aku, Daiyan Wafi. :) |
Sementara nak menunggu maghrib. Ni duduk belakang maqam ibrahim. |
Replika pelan pembesaran Masjidilharam yang dijangka siap tahun 2020. |
Gambar sebelum nak tawaf wada'. Dah buat tawaf wada' tak boleh nak bergambar2 dah di Tanah Haram. |
Bergambar dengan ahli kumpulan yang lain kat Masjid Terapung, Jeddah. |
Naik Jabal Rahmah sat. |
Mak dan Abah lepas selesai ibadah umrah. |
Posted by Bang Am at 1:59 PM 0 comments
12 May 2016
Belajar Jadi Ketua Yang Baik
Posted by Bang Am at 11:37 AM 3 comments
10 May 2016
Cerita Wahabi
Posted by Bang Am at 10:46 AM 1 comments
12 February 2016
Jawatan Tak Ke Mana
Aku: Wah!! Terbaik bro...
B: Tengok FB ko vokal sikit yer. Jaga2. Ni pesanan politik ni...
Aku: Hehehe (sengih kerang busuk jek laaa.. Apa ada hal!!)
Posted by Bang Am at 11:30 AM 1 comments
17 November 2015
Zaman Catatan Blog Yang Kian Suram
Blog ni begitu trending pada zaman aku belajar degree tahun 2004-2006. Dulu apa sahaja cerita akan aku catatkan dalam blog dalam bahasa yang cukup santai. Pernah aku renggang persahabatan dengan sorang kawan disebabkan blog aku telah dengan secara paparazzinya ambik gambarnya dengan tunang ke satu kenduri kahwin.
Posted by Bang Am at 1:38 AM 0 comments
31 May 2015
Anak Pandai Mengaji
Anak aku pandai jugak dia mengaji. Satu hari dia dok follow tokwan dia baca yasin. Nampak mcm dapat follow 5 ayat pertama dalam yasin tu. Pada aku, itu dah cukup bagus. Tapi kalau membaca sejarah ulama' tersohor, muda2 lagi depa dah hafal al quran. Umoq kita mcm darjah 3-4 dah sehebat ulama' besar.
Adakah kita kena biarkan depa seperti budak2 kebanyakan, yg happy go lucky bila mak bapaknya beli mainan ataupun kita terus dedahkan depa dgn ilmu2 besar seperti membaca kitab2 muktabar. Aku xdak idea. Tp gayanya skang ni ikut arus ja la. Huhuhu..
Posted by Bang Am at 8:11 PM 1 comments
22 April 2015
Stalker
Bila kita dah ada medium seperti blog, FB, Twitter, Instagram, dan seribu satu macam lagi, kita harus bersedia untuk menerima, ia akan terbuka untuk tatapan dan bacaan orang ramai.
Sama ada posting kita itu bermanfaat atau tidak, itu persoalan kedua. Tapi hakikatnya, org akan membaca serta mengetahui perkembangan atau buah fikiran kita.
Stalker juga akan berada di mana-mana. Itulah hakikat yang harus diterima. Kebiasaannya, aku biarkan saja kaki stalker ni skodeng FB, twitter, blog aku. Tapi kadang-kadang sakit hati juga bila stalker ni berfungsi sebagai kaki bodek untuk report apa saja yang kita tulis kepada bos kita. Kononnya nak jaga ketenteraman politik pejabat, sampai alasan nak jaga kepentingan negara dan pemimpinnya. Biasalah tu...
Jadi kalau ada dapat tau ada stalker yang kerjanya nak jadi kaki report, dengan sepantas kilat jualah aku ban dan block kawan aku tu dari follow aku. Mungkin takdirnya berkawan macam biasa ja lah. Huhuhu..
Posted by Bang Am at 6:21 PM 0 comments
03 March 2015
Kenapa Mesti Stylo?
Aku sebenarnya tak suka dengan sikap glamour dan suka nak tunjuk stylo sebahagian manusia, tambah2 kenalan yang aku kenal. Stylo atau mungkin bahasa yang aku suka guna sekian lama, bersikap "bangsawan", ataupun "lebih raja dari raja". Pendekatan aku selama ni pun memang begitu. Kadang2 pernah org jabatan lain sangka aku ni, level EO ja, pasal aku suka berpakaian lengan pendek. Hahahaha..
Dalam bab penampilan aku, memang aku akui, banyak sangat dah orang yang tegur aku, terutama sekali dalam penampilan bila nak ke pejabat. Ayah antara orang yg akan selalu komen penampilan aku apabila nak ke pejabat. Kadang2, bila dia tengok aku pakai jam G Shock, Ayah akan sound direct, "pakai la jam yang senonoh sikit". Tapi, sebab aku dah memang aku, selalunya bab macam tu aku agak degil la orangnya. Langgar ja la bab2 tu.
Bila aku bawak motor kapcai ke pejabat, ada yang tegur, "belum ada dalam sejarah pegawai naik motor!!".. Woww!! Itu mcm kalu... Boleh bikin ribut satu pejabat bang!! Hahahaha.. Hakikat yang mesti hangpa akui, bermotor ke tempat kerja akan mengurangkan risiko hangpa sampai lewat ke pejabat. Yaaa.. Memang pun. Tapi sebab dah kita ni dibiasakan dengan budaya stylo, dah jadi pegawai kena jaga standard, tak boleh nak samakan dengan pegawai bawahan, kena naik kereta untuk jaga prestij, pada aku, itu dah ada satu misconceptual terhadap istilah smart tu sendiri.
Di sesetengah jabatan, aku dimaklumkan memang ada ketua jabatan yang sangat particular dengan hal2 penampilan ni. Tambahan pulak, PTD dah memang disemai sejak kursus DPA untuk sentiasa menampilkan perwatakan mat smart yang sekian lama diasuh. Tapi, berlain pulak dengan aku. Hang nak naik motor ka, bicycle ka, itu hang punya pasal. Janji hang masuk opis dalam keadaan yg sewajarnya, aku xdak masalah.
Dah sampai masa kita gerakkan mindset utk melihat perkara pokok. Bukan sekadar kulit yg dilihat, tp isi dan akarnya harus diambil kira. Jgn sekadar terpesona dengan penampilan yg sangat maskulin, tapi hakikatnya kualiti kerja tunggang langgang, peraturan ibarat mcm dah buta sungguh. Selagi ada sikap nak tunjuk up sikit, selagi tu budaya bangsawan ni akan terus wujud. Cuma, aku berdoa agar setiap staf di bawah aku dibuangkan sifat2 bangsawan ni. Cukuplah dengan bangsawan yang ada. Tak perlu ditambah rakyat berjiwa raja ni.
Posted by Bang Am at 11:58 PM 0 comments
13 January 2015
Positif, Negatif Yang Bercampur
Kebaikan dan keburukan selalunya bercampur baur. Dalam kehidupan ni, sebenarnya lebih rumit dan complicated berbanding yang hangpa dok tengok drama2 di TV3 tiap2 petang tu.
Manusia, kalau dia jahat, tak setiap masa dia akan jahat. Paling kurang, ada watak baiknya. Seorang pencuri, jahatnya mencuri di 99 speedmart, pandai songlap duit persatuan, tapi dalam jahatnya, mungkin dia seorang ayah yang penyayang, suka bersedekah, tak buang sampah merata2.
Lumrah manusia juga, kalau seseorang tu bukan golongan kawan2 yg disukainya, memang dikutuk dan dikeji seolah2 takdak sebutir biji nasi kebaikan pun yang pernah dia sumbangkan. Si A bedal si B; begitu jua sebaliknya.
Dalam berkawan, adatlah sebenarnya tu. Kita kena terima kawan kita seadanya. Bukan setiap masa dia sentiasa ada kelebihan. Ada masanya dia ada kekurangan. Keburukan mungkin tak jadikan dia sentiasa negatif. Tidak juga kelebihannya menjadikan tiada sebarang cacat cela dan maksum. Yang paling penting, adat berkawan, pandai2lah pertimbangkan kawan mana yang baik, kawan yang mana buruk. Yang baik kita rapat. Yang buruk janganlah terus dibuang. Itulah adat berkawan.
*gambar seqodor hiasan ajo.. ni contoh elok. Walaupun ada kawan minum ayaq dalam teko macam tu, tp hati dia baik pa. Hahaha..
Posted by Bang Am at 2:38 AM 0 comments