BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

31 January 2011

Ejump Kawen


Nie adalah hal abang Ejump a.k.a Kevin Mitnick NETS yg dahpun menamatkan zaman larian solo beliau dgn awek yg dahpun menjadi isteri beliau skang. Kenduri belah Ejump diadakan di Seksyen 17, Shah Alam. Antara sahabat2 yg saing sekali semalam adalah Cobain & Aima, Fahmi, Naztabo, Shah & Linda, Mok, Nasir & wife, & Tooyie.

Acid tgh dok menjamu perut time kami sampai. Turut kelihatan Uzaimi yg akan berkenduri xberapa lama lagi nih.. Ahhaaa... Dah sampai musim kawan2 kawen nampak gayanya!! Tapi gaya paling sempoi pengantin semalam adalah kaedah mencedok nasik time ustaz dok baca doa selamat... hahaha... tapi selepas ditarbiah oleh Kiyai Fahmi, beliau seraya menadah tangan tanda bersyukur... hehehe :p. Xpa aih... xberapa dgr ustaz baca doa kan... tgh ramai2 tu... hehehe...

Apa2hal, selamat pengantin baru laaa noooo utk Ejump & isteri. Dgn itu, tinggal laaa 4-5 orang lagi bujang NETS yg paling hot utk menamatkan larian solo depa nih...

p/s: utk Peysal, selamat bertunang... xlama dah tuuuu... reserve meja VIP utk aku 1! hehehehe.. :p

Kami xdpt bergambar dgn pengantin. Tu pasai ambik kaedah bergambar sipi2 nih... hehe


Abg Tooyie serta Abg Nasir, antara muka rare yg menyerikan majlis kenduri nih...


Awek2 di luar sana, ini mmg confirm pakwe paling hot skang. Kereta depa yg paling gempak, keja pun kemaih... Berbudi bahasa lagi.. Ish!! Berkenan laaa pak2 mentua niii... Confirm!! : )

30 January 2011

Kembara Mencari Dhab di Abu Dhabi

Yas Hotel, Abu Dhabi

Salam sumer,

Alkisahnya pada 15 - 21 Januari yg lepas, aku dah berangkat ke Abu Dhabi utk menghadiri satu conference iaitu 13th Session of PUIC Council and 2nd Extraordinary PUIC Session. PUIC ni adalah satu badan daripada OIC, iaitu Parliamentary Union of the OIC Member States. Venue persidangan adalah di Yas Hotel. Kalo hangpa nak tau, Yas Hotel ni terletak di Yas Marina, merupakan circuit F1 yg diadakan di Abu Dhabi. Memang gerek siut dia punya hotel. Dalam hotel ada circuit... Standard berdengung laaa telinga kalo ada kutu dok main test litar... huhuhu...

Aku, Setiausaha Delegasi merangkap macai bagi persidangan nie, bertanggungjawab kpd 3 orang YB yang dipilih bagi menyertai persidangan nie, iaitu YB Dungun, Tuan Matulidi Jusoh; YB Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad; dan YB Lipis, Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman. Kiranya aku menjaga depa dari segi pergerakan masa di Abu Dhabi nie la.

Sebenarnya Abu Dhabi xsemenarik Dubai, dari segi nak pi berjalan2. Abu Dhabi nie ibu negara, manakala Dubai nie pusat ekonomi (sebelum depa mengalami kegawatan tahun lepas). Tapi antara tarikan kat Abu Dhabi nie, satunya ialah Grand Mosque, dikatakan masjid ketiga terbesar di dunia selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Satu lagi tarikan utama adalah Ferrari World. Tapi kami xmasuk pun.. Mahal siut... Lain laa kalo organizer yg bawak kami ke sana... huhuhu...

Aku ke Dubai 2 kali. 1st, aku kena hantar YB Dungun balik awal ke airport. Sebelum ke airport, pi cari tmpt makan & tmpt beli kain2. Maka terjumpa laa aku kembali dgn Restoran al-Tawassul, port makan nasi arab terbaik... Memang kebanyakan orang Malaysia yg ke Dubai akan singgah ke restoran nie... Khabarnya Tuanku Mizan pun pernah pi ke sini.

Tarikan Dubai lagi adalah Burj Khalifa (nama baru bagi Burj Dubai), Burj Arab, dan juga Atlantis Hotel...

Oww... cerita banyak xguna... Jom layan gambaq aku upload nie udah....!!


Bilik tidoq.. Punya luas sampai dah xdak arah nak berguling2.. :p


Yas Marina Circuit waktu malam...

Malam2 bukan kereta yg merempit, niiii dia depa buat jogging, cycling.. sempoi!!


Dari kiri: YB Dungun, isteri YB Lipis, YB Lipis, budak suruhan :p, YB Sipitang. Bergambar depan Grand Mosque.


Grand Mosque. Di sini terdapat makam Khalifah Zayed, bapa kemerdekaan UAE.


Ronda malam2 di Abu Dhabi


Ferrari World... Nak masuk mahal... Sapa yg berduit bleh laaa berjoli dalam nih!


Kawasan perumahan sepanjang jalan dari Abu Dhabi ke Dubai


Ahaks.... Ni adalah excuse utk aku pinjam kat along Bukit Beruntung seketul dua.. hehehe..


Dengan Konsul Pertanian Malaysia di Dubai, Tuan Kamarul & En. Faizal, minum2 kat Dubai Mall


Kedai kain Phulwani, Dubai.. Berapa banyak duit orang Malaysia perabih beli kain kat kedai nie, termasuk laaa aku yg xreti niii!! hehehe...


Giant aquarium @ Dubai Mall


Burj Khalifa... Tinggi 850m... Kurus jek bangunan... riso plak aku!!


Burj Arab tepi laut... Tu kat tingkat paling atas tu... ada court tennis.. jgn beria2 sangat main tennis nooo.. gayat!!


Pemandangan Naif Road, pusat membeli-belah kat Dubai. Tapi ni kira kawasan utk orang marhaen laaa... macam kita ni boleh sangat membeli kat sini!!


Ini laaa dia nasi arab, Restoran Tawassul.... Tu kambing dgn ayam.... sluuurrrrppp...!!


Waktu YB bersidang... tempat duduk aku kat belakang depa laaa... huhuhu


Kasi masuk sket gambaq... Bukti bergambar saya wujud dalam dewan.. hehehe.. :p

Testing....

Assalamualaikum....

Huhuhu... At last, aku bertukar gak daripada blog lama mai ke blogspot.... Tapi, testing jek niii... Dah lama tinggal alam godek-menggodek blog nie... Ni pon ET yg dok tolong aku godekkan.. Hehehehe... testing.. testing... 1..2..3... : )