BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

17 August 2011

Dia Punya Pasai, Abeh Kena Taik!!

Sure ramai dah tengok video pasal polis trafik "pau" drebar Singapore yang kantoi speed trap kat highway PLUS tu kan...

Yaaa.. Memang siut...!! Baik polis tu, dengan cina Singapore tu sama2 laaa dilaknat weh... Pemberi dan penerima rasuah akan dilaknat bai!! Tapi aku frust dgn polis tu la.. Dia dalam pakai uniform, dalam pakai segala lencana polis, lengkap dgn kepala rimau n kalimah "Allah" & "Muhammad".. Dalam keadaan Allah "dekat" dgn dada dia pon xdak sikit heran bai!!!

Polis kena berubah beb. Argument kita, "bukan semua polis macam tu!!"... Memang betui. Tapi kebanyakan cerita yang aku dengar, dari penunggang motor, drebar lori, ada jaa cerita2 sial kaki pau nih (agensi penguatkuasa la!!)... Sampai timbul persepsi buruk orang bila polis tahan lori/kereta, "tu nak mintak "duit kopi" la tu!"...

"Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".. Pasai 2-3 kerat yang buat palat, habih satu pasukan polis busuk nama. Hangpa nak salahkan sapa?? Salahkan orang ramai?? Hmmmm...

15 August 2011

Hukum Dibalas Sentimen


Hmmm.. Kalo dah kayu tu, kayu la gak. Tu la gamaknya masalah sorang warganegara Malaysia yang koyah2 nak jadi pailang nih.. Dia main sergah ikut dan dia ja tanpa dia cek fakta sebenarnya. Lepas tu sikit2 cerita survival Melayu la, perkenan Agong la, apa la...




Aku dok membaca berita Utusan Malaysia pasal Enche' Ibrahim Ali mendesak larangan menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran waktu subuh kat Pulau Pinang ditarik balik kerana menyentuh sensitiviti Melayu.




Daripada berita tu, aku buat kesimpulan Enche' Berahim ni xbaca pun makluman dan isu sebenar iaitu keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang telah bermesyuarat dan bersetuju bahawa larangan tersebut adalah berlandaskan hukum yang digariskan oleh Rasulullah berdasarkan nas2 dalil yang sahih.



Penjelasan Mufti Pulau Pinang boleh dibaca kat sini. Jelas kat sini isu larangan tersebut bukanlah isu Penang nak jadi macam Singapore, LGE, LKS tu kafir harbi, Cina perkuda Melayu Pulau Pinang, tapi isu ni sebenarnya lebih kepada pertembungan pandangan kaum muda yang progresif dengan pegangan kaum tua yang konservatif serta mahu mengekalkan adat sedia ada.



Ramai yang bersetuju, tapi ramai jugak yang tak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang tu. Memandangkan JK Fatwa telah membentangkan keputusan mereka berlandaskan kepada hujah dan rujukan hukum yang sahih, sepatutnya mereka yang tak bersetuju kenalah bentangkan plak hujah yang mengatakan harus pasang bacaan Quran tu waktu subuh, apa kewajarannya, apa kelonggarannya. Bukan hanya cakap, "oooohh.. itu telah melanggar sensitiviti umat Islam!!"... Itu bukan hujah, itu persepsi bang!!



Malahan idea macam tu turut dilontar oleh orang agama, yang sepatutnya berhujah mesti melebihi sentimen dan persepsi. Dalam hal agama, biarlah orang agama berbahas atas disiplin ilmu yang depa ada. Tapi bila orang macam Enche' Ibrahim ni lagi lantang (dan lagi suratkhabar suka sedekah publisiti murahan!!) menjerit2 konon mempertahankan hak Islam, macam yang aku pernah tulis, sentimen macam ni tak membantu menggambarkan Islam tu bertoleransi.




Sekali lagi, kita akan dok terperangkap dalam isu cauvinis Cina, LGE & LKS kafir harbi, malahan isu Wahabi... Dah tak dak modal nak berpolitik ka kita ni, sambil hal agama yang takdak sangkut paut dengan depa pon kita tuduh satu macam!!





Ini orang sebenarnya sudah banyak buat Islam dan Melayu nampak sangat ekstrem!!

13 August 2011

Sinis Pada Kawan Yang Baik



Dalam berkawan, ada kawan2 yang sama kutu berahak, ada yang warak, ada yang nerd. Itu lumrah berkawan..



Tapi, selalunya kawan yang warak selalu jadi mangsa kutukan, tak kira secara halus ataupun memang kaw2 dikutuk. Tambah2 dikutuk bila dari dulu mamat ni memang dah tak berapa disukai kengkawan lain. Bukan sebab dia suka cari pasai dgn orang, tapi sebabnya satu ja, orang bersangka buruk bila dia berbuat amalan baik..


Ramai orang suka kawan2nya sepattern dgn perangai dia. Kalo dah dia tu kutu, pada dia yang cool adalah kawan2 yang kutu. Yang mana sikapnya baik, suka nasihat, pakaian plak jenis berkopiah, bukak FB dia selalu post nasihat dan tazkirah untuk tatapan kawan2, pada dia, yang ni jenis poyo & jenis nak tunjuk alim.


Aku xramai kawan2 yang kaki surau, islamik sifatnya. Kebanyakan kawan aku besa2 ja. Tapi personally aku respect kawan2 yang selalu menasihatkan kawan2, sama ada dlm FB, bersembang, bla.. bla.. bla.. Orang dok sinis dengan dia pon apa ada hal. Dia bukan kacau periuk rumah tangga orang. Sekurang-kurangnya dia dah berdakwah kebaikan utk kita.



Tah la manusia ni. Jahat pun dikata orang. Buat baik pun dikata orang... Yang dok mengata ni pun, bukan orang lain, kawan2 aku belaka!!!

10 August 2011

Hal Murtad

Kecoh 2-3 hari ni isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor ke sebuah gereja kat Damansara yang dikatakan menganjurkan majlis makan malam untuk tujuan-tujuan kebajikan berbilang kaum. Majlis tu dihadiri oleh sekumpulan 12 orang Islam yang didakwa pihak gereja antara penerima-penerima sumbangan. Maklumat JAIS pula mendakwa majlis tu mempunyai unsur-unsur mengembangkan dakyah ajaran Kristian kepada penganut agama lain, khususnya Islam. Kita ketepi dulu soal untung rugi politik, kerana sapa pun yang berada kat tampuk kuasa akan berhadapan dengan geng2 pendesak yang mengaut keuntungan politik (dulu PAS, sekarang PERKASA yang dok buat kerja menekan macam ni!). Sekarang kita utamakan dulu untung rugi Islam tu sendiri.

Banyak perkara sebenarnya yang kena direnung dalam hal serbuan ini. Meh kita tengok lebih kurang:-

1. Realiti Ancaman Murtad

Oooii.. sapa kata xdak ancaman?? Realitinya memang laa ada. Mana ada agama yang xmo berkembang umatnya. Islam pun kita sebar luas merata2. Takkan agama lain nak dok sengap, dok beku lagu tu ja. Depa pun akan berusaha meluaskan pengaruh di kalangan penganut lain; Budha, Hindu, termasuk Islam sendiri. Kalo xdak ancaman, xdak laa isu Natrah, Nor Aishah Bukhari, Hartina, Lina Joy, bla.. bla.. bla..

2. Akidah Umat Islam Rapuh Sangat

Sebelum2 ni, kalau dok baca beberapa sumber, antara punca umat Islam murtad adalah disebabkan depa dok ikutkan sangat pakwe/makwe depa yang bukan Islam dan terhutang budi dengan bantuan kebajikan daripada agama lain. Dulu2 aku pernah tulis entry pasal bantuan2 kebajikan daripada agama lain waktu banjir, bantuan hemodialisis utk pesakit buah pinggang, bantuan tempat tinggal utk bebudak yang lari dari rumah. Bila ada pihak lain yang sudi dok bagi bantuan, secara halus depa juga akan berfikir kebaikan yang agama lain bawak. Masa tu xfikir dah apa yang benar, apa yang batil. Lagi bangang bila ada orang Islam sanggup buang agama semata2 nak ikut couple yang bukan Islam. Tapi pasai apa hangpa goyang sangat?

3. Mana Pi Zakat Kami?

Macam yang aku tulis kat atas, antara punca yang menyebabkan ada umat Islam, sama ada muallaf mahupun yang dah sedia asal jadi penganut Islam murtad adalah disebabkan bantuan/kebaikan yang ditunjukkan puak2 missionary agama lain. Dah ramai yang sebut, terutama yang aku pernah baca, tulisan Dr. Mohd Asri yang mengkritik kaedah pengagihan zakat kepada orang yang memerlukan. Hal zakat boleh diberi kepada yang bukan Islam xpayah sentuh la. Aku pon bukan ustaz sangat. Tapi, kalo dgn umat kita sendiri pun lorat sangat kita nak salurkan bantuan, apa lagi harapan depa yg mengharap sangat perhatian pihak berkuasa?? Tak heran kalau depa makin jauh dengan agama. Pihak berkuasa agama mungkin ada alasan tersendiri sebab prosedur begitu rumit, tapi kalau kita nak tonjolkan keindahan Islam, prosedur yang rumit mesti dicari jalan utk dimudahkan.

4. Bersangka Buruk dan Bersikap Negatif

Katakanlah sememangnya majlis kat gereja di Damansara tu betui2 majlis berbentuk kebajikan, sedangkan kita umat Islam ni dah dum..dam..dum..dam kata majlis tu adalah majlis memurtadkan umat Islam, sebenarnya sekali lagi imej Islam akan perlekehkan. Orang akan lihat orang Islam ni xdak kerja lain, dok bersangka buruk manjang kat agama lain. Inferior sangat dengan depa. Adakah Islam mendidik umatnya agar sentiasa berburuk sangka terhadap agama lain. Betui, mmg ada ayat dalam Al-Quran (Al-Baqarah, ayat 120) yang habaq Yahudi dan Nasrani tidak akan redha dengan Islam sehingga kita mengikut jalan mereka, tapi itu bukan satu lesen untuk Islam untuk berburuk sangka sepanjang masa. Ditambah lagi demonstrasi yang seolah-olah kita ni dah sampai ke tahap “perang yang tak boleh dielakkan”, last2 Islam jugak yang backfire. Dikata pulak kita ni semua terroris.. Susah bai..

########

Pada aku, umat Islam, tak kira agensi kerajaan ka, orang perseorangan ka mesti tanam sikap berjuang mempertahankan agama daripada diperkotak-katikkan kaun2 yang lain. Tapi dalam masa yang sama, kita kena renung sejenak, adakah tindakan kita benar2 menguntungkan Islam dalam jangka panjang. Ingat, Nabi S.A.W dulu pon berperang di Badar setelah terang-terangan kaum Quraisy melancarkan perang bersenjata. Kalau penganut agama lain dakyah kita secara halus, di mana plak kewajaran kita nak berperang secara bersenjata?? Kan dah xberhikmah jadinya. Hujah dibalas hujah. Jangan cara yang lembut kita bertindakbalas dengan kekerasan.

Saja nak kongsi. Rasa semua isu yang dibangkitkan 2-3 hari ni modal politik tertentu ja.