BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 March 2014

Gagal Adalah Permulaan Kejayaan

Harini keluar result SPM. Aku dah rasa debaran tu 14 tahun lepas. Masa tu, rambut panjang sampai melentik2 kalau pakai helmet. Pi sekolah tu memang nak tunjuk bangga la dapat bela rambut panjang. Hahaha..

Macam biasa, adat dalam terima keputusan, ada yang suka, gembira, syok, terkemam mulut tak terkata apa, dan tak lupa ada yang sedih, meratap, menangis dan macam2 senario. Memang dari mula kita bersekolah, doktrin yang ditanam adalah untuk belajar supaya "dapat nombor 1", "score 5A UPSR", "score 8A PMR", macam2 lagi. Kita telah ditanamkan doktrin untuk belajar kerana mengejar gred peperiksaan. Mak ayah juga mengukur kejayaan anak2 dengan result peperiksaan. Kalau yang berjaya tu mujur la seronok boleh bercerita dapat berapa, lepas ni nak masuk sekolah mana. Tapi selalu kalau yang tak bernasib baik ni, result tak kencang, memang menyepi laaaa.. Sampai sedara2 lain tak sedar kita ambik periksa.

Adik2 semua, hangpa jangan sedih kalau tak dapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Aku nak bagitau hangpa semua, orang yang biasa gagal mesti rasa beruntung. Jika kita ambil positif, kegagalan tu adalah kunci permulaan untuk sebuah kejayaan.

Aku nak cerita pengalaman SPM aku kat korang semua, supaya korang tau kegagalan dalam SPM bukanlah penamat segala cerita. 15 tahun yang lepas, aku sama macam korang. Budak aliran sains teknikal. Belajar add maths, kimia, fizik, lukisan kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan. Selain tu ada la subjek2 teras yang biasa; BM, BI, Matematik moden, Pendidikan Islam, dan sejarah. Aku antara mereka yang dikategorikan "budak lembab" dalam sekolah berasrama penuh. Dari tingkatan 4 sampai la ke tingkatan 5, subjek2 elektif aliran sains ni aku tak pernah lulus; terutama add maths, kimia, fizik, LK dan TK.

Tapi bila aku masuk tingkatan 5, baru la minda aku terbuka sket nak memahami apa yang aku belajar selama tingkatan 4 tu. Seriously, memang aku rasa kosong ja form 4. Macam tak masuk apa belajar tu. Result peperiksaan form 4 memang membuktikan bangang tak bangangnya aku time tu; Peperiksaan Pertama; Pangkat 3, Peperiksaan 2, SAP; Peperiksaan 3, SAP.

Sedih oooo.. belajar tak pandai2. Ayah pun heran awat laaa teruk sangat aku ni. Padahal Along (abang aku) waktu SPM memang macam langit dengan bumi bila nak dibandingkan dengan aku. Dia SPM sebenar agregat 7. Power tu.. Memang masuk golongan budak pandai la.. Tapi, bila tengok dgn prestasi aku masa form 4, Mak Ayah dah jadi risau. Boleh ka anak depa yang sorang ni berjaya macam Along?

Bila keputusan keluar, ternyata ia tidak mengecewakan. Aku dapat agregat 15. Kalau ikut sistem sijil terbuka ikut gred ni, aku dapat 4A, 1B, 5C.. Tak la bodo sangat rupanya aku ni.. hahaha.. walaupun keputusan kami ni selalunya diselubungi dgn rahsia turun/naik gred lulus yang ditetapkan Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tapi hakikatnya, pada waktu tu result macam aku ni tidaklah dikategorikan sebagai budak pandai. Jadi bila dah xpandai tu, masuk belajar ke diploma aja.

12 February 2014

Restart

Mula semula,
Dah lama aku tinggalkannya,
Merasa terasa kekosongannya,
Kosong bukan kerana tiada apa-apa,
Tapi kesibukan kerjaya menghambat masa,
Memikirkan kerjaya, keluarga, dunia niaga... Kecil tapi ia bermakna,
Menampung sempit hidup yang menggila,
Kerana kupernah alpa.. Leka dengan hutang dunia.
Di tengah kesibukan yang nyata,
Aku mengenang cerita lama,
Kerana itu aku mula merasa...
Ia perlu bermula semula.
Pasti penuh rencah cerita. Kerana kami sudah berlima!!!

Happy blogging back, Am!!