BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

29 September 2011

Datang Berbincang


Aku dalam hal ni bukan nak backing UiTM sangat, tapi biasanya dalam bab saman-menyaman, pak guard akan issue saman bila kita, student ni langgar peraturan; parking tak betui ka, sahsiah rupa diri ka.. yg tu baru kena saman.

Misalnya, kalo dah pihak universiti keluarkan arahan student tak boleh bawak kenderaan sendiri pi kolej, kalo hangpa gatai teloq nak bawak jugak, hangpa tanggunglah sendiri akibat. Kalo dah orang kata, tu tempat parking staf, bukan parking student. Student kena parking kat padang kawad... Dah tu yg pi galak degil drive parking kt tempat org bagi pasai apa? hangpa ni anak VIP ka nak dapat special treatment??

Kalau dah sampai kena saman RM5,000, bayangkan la berapa kali dia bantai langgar peraturan. Zaman aku dulu saman parking kena sampai RM30 satu kesalahan. Kata laaa rate tu kekal lagi sampai la ni, kurang2 dia bantai parking tmpt staf 150++ kali!!!!

Budak2 manja la ni bai... Parking nak depan kelas ja... Xmau naik bas.. Berlagak!! Konon xmau cium bau ketiak masam orang lain.. Pooodaahhhh!! Hangpa tu xsedaq ka mak bapak korang sebelum kaya berketiak masam menapak pi kampus... Jangan kufur nikmat budak2 oiiii!!!

28 September 2011

Misteri Jalan Johor


Cerita 1:
"Berani ko lalu Jalan Kluang - Mersing tu malam2!!".. Itu laaa ayat mukadimah member aku bila kami berjumpa kat Mersing minggu lepas. Haaa.. awat yg bunyi seram plak jalan nih...


Jalan Kluang - Mersing tu antara salah satu yg depa suka kaitkan dengan misteri2 pelik, ya la kan, jalan tu pon terletak antara kawasan hutan. Dari Kluang, kita akan berjumpa Pekan Kahang sebelum jumpa Pekan Jemaluang. Ataupun short cut kepada jalan tu, kita masuk ikut jalan ke FELDA Nitar.

Aku sampai Kluang dalam pukul 7:30 malam. Aku singgah makan dulu sebelum cargas ke Mersing. Kebetulan aku lalu waktu tu hujan lebat. Ada pulak sebiji kereta tergolek dog kat satu selekoh kawasan jalan tu. Jadi, pe kebenda yang misterinya??

Cerita Member:-
Ikut cerita, satu hari, bapak sedara dia on the way balik ke Mersing lalu Jalan Kluang tu la.. Waktu malam macam aku la gak. Sampai kat satu kawasan hutan, pakciknya nampak laa seorang tua dok jalan terkedek2 sorang diri... Pakcik dia ni pon peramah ya alam. Ditegurnya pakcik tu...

"Assalamualaikum pak aji.. Nak kemana??"
Jawab pakcik ni... "Waalaikumussalam... Haaa... pakcik berjalan nak ke Mersing niii..!!"
"Jauh lagi tu pakcik nak sampai Mersing.. Pakcik dah berjalan kaki ni dari mana??"
Ni la misterinya beb.. Pakcik tu jawab... "Jauh dah pakcik jalan... Dari Muar tadi!!!"
Tak cakap banyak dah, pakcik dia pun kata,.. "Oooo.. Muar yer.. Ok la.. Babai pakcik!!"

Utk hangpa yang xtau, Muar ni dah bapak jauh ya amat bai.. Bodo2 pon mau 100 km nak sampai Kluang. Tak sampai tengah hutan tu lagi.... Haaaa... Kot nak marathon pon awat laa jalan kaki malam2, sorang2 plak tu...

Cerita 2:-

Utk kawan2 yang pernah pi kursus DPA, modul tentera, mesti hangpa akan ingat KEM PULADA kat Ulu Tiram kan. Terletak kat Jalan Persekutuan 3 menghubungi JB ke Kelantan. Ni plak versi cerita daripada pak sedara aku. Sama jek ayat depa, "Kalo boleh elak lalu laaa jalan pi Mersing tu malam2.. bahaya!! Dalam hutan.. Macam2 benda pelik jadi!!"....

Versi Pak Sedara Aku:-
Kat kawasan Hutan Simpan Panti, akan ada 4 biji kubu tentera kat tepi jalan. Misteri jugak, awat laaa hangpa tak alihkan kubu tu... Kot saja nak simpan utk tujuan sejarah kot...

Ceritanya gini.. Satu malam, dalam perjalanan balik dari Terengganu, ada laaa beberapa biji kereta tgh melalui kawasan kubu ni... Dari jauh, xpasai2 ternampak ada cahaya tembak-menembak keluar dari kawasan kubu. Kubu sini dok balas2 tembak laaa kiranya.. Haaa.. Apalaga.. Pakat2 berenti laaa 2-3 biji kereta bila nampak. Xkan nak terus. Kang kalau betul orang practice perang2 kat situ mau kojol...

"Awak nampak ke apa yang saya nampak tadi??"... Tanya sorang daripada drebar2 ni... Masing2 menyahut nampak... Pakat bincang, last2 depa decide nak lalu gak antara kawasan kubu ni. Tapi bila dah sampai situ, xnampak pon kot2 ada askar ka, lori ka, trak tgh dok berenti utk training...

Tu la dia misteri dua batang jalan kat Johor ni.. Betui ka ada benda pelik2, wallahua'lam... Huhuhu....

Ni la dia salah sebuah kubu yang aku cakap tu.. Gambaq cheq amik kat sini.

05 September 2011

Raya @ Kedah





Selamat hari raya semua, maaf zahir & batin kami sekeluarga ucapkan...


Tahun ni kami beraya di Kedah. Tapi dugaan untuk kami sekeluarga, semua pakat demam. Aku sehari dua sebelum raya. ET nyaris nak demam (tapi dan recover!), Dania demam sampai meracau2 hari raya tu, Ammar plak demam hari raya ketiga & keempat. Ni pon dok rasa lagi suam2 kuku badan dia.


Tahun ni aku balik sekali dengan Ayah & Mak, naik sebijik keta. Apalaga kalo naik utk rasmikan "lori" baru aku tu.. Hahahaha... Serius mmg terbaik laaa untuk hangkut ramai2 orang naik "lori" nih. Anak2 aku nak bergolek depan belakang pon xdak masalah punya.. Hehe.. Kami balik ikut Jalan Kuala Selangor-Sabak Bernam, terus ke Telok Intan, sampai ke Sitiawan, sebelum masuk balik highway PLUS kat Changkat Jering. Hasilnya, 8 jam baru sampai Kedah. Kalo ikut highway, dgn syarat xjam & non-stop + laju mcm ribut, hang bleh wat 5 jam ja. Huhuhu..


Raya pertama pun aku dah makan macam2. Dengan mihun gearbox, nasik minyak, termasuk laaa ketupat daun palas, nasik impit yg mak buat, peeehhh.. kompom naik 3-4 kg hari pertama raya ja.. :p


Raya kedua, sempat laaa kami pi jenguk sedara2 belah ET yang dok di Manggol Bongor (bukan bongok!! Bongor yer tuan2 puan2.. :p)... Tu pon xdan nak berjalan semua rumah pasai anak2 aku dok kalut dgn demam bagai.

Raya ketiga kami bertolak balik KL. Jalan dah penuh dgn orang. Kami keluar dari kampung pukul 12 tengah hari. Singgah di Kulim melawat tok sedara belah mak. Bertolak plak dari Kulim pukul 4.30 ptg. Kami lalu jalan Serdang/Bandar Baru. Potong masuk highway kat Persimpangan Bandar baru. Tapi kereta dah penuh. Jam & merangkak macam siput. Last2 aku bawak singgah pekan Kuala Kangsar, singgah solat maghrib kat Masjid Ubudiah. Huhuhu... Punya laaa lepak kangkung, pukul 2 pagi baru kami sampai rumah Seri Kembangan.

Raya keempat baru bertolak balik ke Jengka. Alhamdulillah, sempat laa beraya dengan tok wan kat belah ET. Utk hangpa semua, selamat hari raya, maaf zahir batin aku ucapkan..