BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 May 2016

Belajar Jadi Ketua Yang Baik

Sesekali kita kena muhasabah diri sendiri, adakah kita dah mempamerkan kualiti kepimpinan yang baik kepada kakitangan ataupun sebaliknya. Menjadi seorang ketua, kot mana cerita pun, anak2 buah akan menjadikan kita sebagai "payung" depa. Tak kisahlah payung emas ka, apa ka. Tapi, anak2 buah kita akan merasakan kita sebagai buffer zone kepada depa apabila nak kena marah dengan bos yang lebih tinggi. Hehehehe.. Besa la tu.

Ketua tak semestinya mengarah. Ketua juga tak semestinya kena marah anak buah sepanjang masa. Dalam banyak keadaan, aku tak rasa marah anak buah tu boleh mengubah keadaan menjadi lebih baik.

Aku dah biasa dengan pengalaman dimarahi oleh bos2 yang lebih besar. Dari sekecik2 bos sampai laaa bos yang agung. Hehehe. Aaku dah rasa macam mana nak kena marah. Tapi, sepanjang aku bekerjaya ni, aku tak pernah lepaskan kemarahan aku pada orang lain. Tapi, aku pernah la hempas fail aku sendiri depan staf. Hahahaha.. Itu pun koyah ja la. Bukan nak marah orang lain. Walaupun dalam sesetengah keadaan, kesalahan tu bukan solid aku yang buat, dibuat oleh anak buah; tapi sebagai bos, kot mana pun, aku kena ambik tanggungjawab. Memang aku laaa yang dileter sepanjang2 masa. Walaupun aku yang kena tadah kemarahan bos, tapi konsep aku, tak payah luahkan balik pada staf. Kita kena ada sifat boleh serap kemarahan, sikap tahan maki. Kalau ada ciri2 tu, kita boleh hadap apa ja masalah yang mendatang.

Ada staf yang datang tanya aku, "Macam mana En Ikram boleh rilek jek kena marah dengan ..........?? Kalau saya emo dah!!".. Biasa jek aku dapat pertanyaan extra macam ni. Hehehe. Tak tau la aku nak cakap. Tapi, mungkin sebab dah biasa kena marah ni buat aku jadi tak heran dah. Ok la tu. Dengan raja pun dah pernah kena marah. Inikan pula nak berasa hati dengan bos2 kecik. Hahahaha...

Yang selalu orang berbunyi apabila bercakap tentang perangai bos; bos suka taichi kerja kat anak buah. Apa yang bos tau, dia tenyeh ja sign tanpa dia semak betul2 apa kerja anak buah dia buat. Memang betul, kadang2 ada paperwork yang kita tak buat. Memang anak2 buah kita la yang kena sediakan draf awal. Tapi peringkat semakan, kita kena main peranan. Kena fine tune ayat2 setiap paperwork sebelum hantaq kepada bos besar. Kadang2 untuk kerja yang kompleks, bos sendiri yang kena buat tugasan tu. Alhamdulillah, benda ni, memang aku amalkan.

Yang paling penting, human touch kena ada la. Jangan dok membatu ja dalam bilik. Tapi aku peringkat awal masuk ke mana2 pejabat pun, aku kena akui la, aku slow sikit. Malu nak jengah anak2 buah peringkat awal2 masuk. Tapi, lama-kelamaan kita akan terbiasa sendiri. Pi join staf minum kat pantry, tgk kerja depa buat di workstation. Lama2 staf pun naik segan la tak buat kerja kalau bos asyik dok ronda. Tapi tak payah marah2 pun. Tau2 ja orang akan busy bila kita dok ronda2 tu. Hahahaha..

Untuk aku, apa yang aku kena dari bos, aku takkan ulang pada anak buah aku. Contohnya, bila kena marah, aku tak luahkan pada orang bawahan. Dulu2, waktu aku di pejabat lama, bos aku ada kecenderungan nak simpan aku lama2 dengan menafikan peluang awal untuk naik pangkat. Ikutkan dari penilaian prestasi, memang aku boleh naik group yang awal naik pangkat. Tapi sebab dia taknak hilang staf yang boleh buat kerja dia, dia sanggup delay peluang aku tu sampai aku jd antara yang terlambat naik. Prinsip aku, kerja kita bukan kita sorang ja boleh buat. Jika ada pendedahan dan kepercayaan, orang lain pun boleh sambung kerja kita. Atas sebab tu jugak, bila aku masuk ke tempat baru, aku tak pernah halang pegawai bawah nak mohon bertukar, sebab ini adalah sebahagian daripada motivasi diorang. Kalau dah diorang tak minat kerja kat situ, buat apa kita simpan2? Tindakan kita menghalang tu, silap2 boleh menyebabkan produktiviti dia pun menurun. Aku dah kena macam tu, aku takkan ulangi pada yang lain.

Itu la cerita aku sikit sebanyak. Boring dok melangut ja ni. Atleast nak kembalikan skill blogging aku ni. Hehehe...

10 May 2016

Cerita Wahabi

Cerita hal wahabi selalu timbul apabila orang mula bercerita tentang solat subuh tak baca qunut, kenduri arwah, talkin di kubur, berdoa beramai-ramai selepas solat, dan lain-lain lagi la. Kalau berkait isu aqidah, wahabi dikatakan percaya Allah berada di arasy, bukan di mana-mana seperti yang diajar kelompok mainstream di Malaysia. Dulu aku pun sama jugak macam orang lain, takut sangat dengan hantu wahabi sampai apa-apa sikit yang berlain dengan orang dikata wahabi.

Sikit2, kalau dengar orang dok cerita bidaah itu, bidaah ini, ayat kira habis membunuh yang selalu aku dengar, "kalau dah semua bidaah, awat hang pakai jam tangan, awat hang pakai tie, awat hang naik kereta. Ikut la semua cara nabi!!"

Itulah aku pada waktu dulu2. Waktu tu, kita banyak belajar dengan ikut-ikutan daripada kelompok yang ramai. Aku pun terikut-ikut jugak membantai mereka yang so-called wahabi ni. Tapi, hakikat sebenar, aku pun tak tau apa benda yang depa dok heboh wahabi, melainkan depa ni tak berqunut, talqin segala.

Tapi, kadang kala Allah kurniakan fikiran untuk kita berfikir dengan lebih mendalam. Kita selalu kata wahabi itu sesat, bukan ajaran sebenar Islam, dan macam-macam tuduhan. Tapi, apabila kita ke Mekah, kita masih solat berimamkan mereka yang digelar wahabi. Rela pulak kita duduk di belakang Imam Masjidilharam, sedangkan apabila di Malaysia, terang-terang kita kata depa ni sesat sebab wahabi.

Jika kita yakin depa sesat kerana wahabi, kenapa kita berimamkan mereka apabila solat? Sanggup hangpa burn pahala kerana solat di belakang mereka yang hangpa yakin sesat dan menyesatkan? Adakah kita rela berimamkan mereka yang beriktikad Allah berada di arasy, sedangkan hangpa kata Allah berada di mana-mana?

Itulah antara persoalan-persoalan yang banyak membuka minda aku secara peribadi apabila bercerita tentang wahabi. Cuma, ilmu aku tidaklah sehebat mereka yang memang menuntut secara formal dalam bidang tu. Tapi itu taklah menghalang aku untuk berfikir apakah yang paling baik untuk kita amalkan.

Aku mula tengok kuliah2 para ustaz yang dikatakan wahabi di Youtube. Ramai, tak payah sebutlah. Ya, memang kadangkala ada pandangan-pandangan yang dilihat keras. Tapi tidaklah aku pernah dengar ustaz2 yang hangpa panggil wahabi ni mengkafirkan orang lain kerana khilaf dalam melihat sesuatu hukum. Kalau ustaz ASWAJA macam 2 orang tu (tak payah sebutlah!! Hangpa pun kenai depa ni!!), sah2 depa mengkafirkan dah ustaz2 yang dipanggil wahabi.

Sekadar pemerhatian ringkas, mereka yang digelar kelompok wahabi di Malaysia, ada beberapa karakternya. Mereka ni banyak berpegang kepada sumber-sumber nas yang sahih. Mereka pegang Al-Quran dan hadis-hadis yang telah dipastikan kesahihan. Selain daripada itu, depa selalu akan mempersoalkan asal-usul sesuatu ibadah yang dijadikan acara wajib kita, kelompok Nusantara ni; sebagai contoh, amalan tahlil, kenduri arwah, talqin, dan lain-lain.

Depa juga selalu menekankan mesej keaslian dalam beribadah, di samping bersikap terbuka dalam hal-hal membabitkan muamalat dan hubungan sesama insan sepanjang kehidupan. Sebab tu, ustaz2 wahabi ni takdak la pertikaikan kenapa pakai jam tangan, kenapa drive kereta, kenapa pakai cap, kenapa itu ini. Benda2 tu, selalunya modal ustaz2 konservatif selalu tohmah kepada geng yang tak sealiran dengan depa, padahal takdak pula aku dengar depa kata macam tu.

Nak cerita memang panjang la. Pendirian aku jugak banyak sealiran dengan kelompok kaum muda ni. Tapi aku sebab kurang berilmu, dan tak nak jugak cari gaduh dengan sesapa, dalam bab ibadah, jika hangpa rasa apa yang kita dok buat selama ini betul dan menpati sunnah, silakan. Tak payah gaduh2, tapi janganlah hangpa paksa aku buat kalau aku taknak buat. Sebab aku pun takkan paksa hangpa buat apa yang hangpa suka. Berlapang dada sudah...!!