BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

03 March 2015

Kenapa Mesti Stylo?

Aku sebenarnya tak suka dengan sikap glamour dan suka nak tunjuk stylo sebahagian manusia, tambah2 kenalan yang aku kenal. Stylo atau mungkin bahasa yang aku suka guna sekian lama, bersikap "bangsawan", ataupun "lebih raja dari raja". Pendekatan aku selama ni pun memang begitu. Kadang2 pernah org jabatan lain sangka aku ni, level EO ja, pasal aku suka berpakaian lengan pendek. Hahahaha..

Dalam bab penampilan aku, memang aku akui, banyak sangat dah orang yang tegur aku, terutama sekali dalam penampilan bila nak ke pejabat. Ayah antara orang yg akan selalu komen penampilan aku apabila nak ke pejabat. Kadang2, bila dia tengok aku pakai jam G Shock, Ayah akan sound direct, "pakai la jam yang senonoh sikit". Tapi, sebab aku dah memang aku, selalunya bab macam tu aku agak degil la orangnya. Langgar ja la bab2 tu.

Bila aku bawak motor kapcai ke pejabat, ada yang tegur, "belum ada dalam sejarah pegawai naik motor!!".. Woww!! Itu mcm kalu... Boleh bikin ribut satu pejabat bang!! Hahahaha.. Hakikat yang mesti hangpa akui, bermotor ke tempat kerja akan mengurangkan risiko hangpa sampai lewat ke pejabat. Yaaa.. Memang pun. Tapi sebab dah kita ni dibiasakan dengan budaya stylo, dah jadi pegawai kena jaga standard, tak boleh nak samakan dengan pegawai bawahan, kena naik kereta untuk jaga prestij, pada aku, itu dah ada satu misconceptual terhadap istilah smart tu sendiri.

Di sesetengah jabatan, aku dimaklumkan memang ada ketua jabatan yang sangat particular dengan hal2 penampilan ni. Tambahan pulak, PTD dah memang disemai sejak kursus DPA untuk sentiasa menampilkan perwatakan mat smart yang sekian lama diasuh. Tapi, berlain pulak dengan aku. Hang nak naik motor ka, bicycle ka, itu hang punya pasal. Janji hang masuk opis dalam keadaan yg sewajarnya, aku xdak masalah.

Dah sampai masa kita gerakkan mindset utk melihat perkara pokok. Bukan sekadar kulit yg dilihat, tp isi dan akarnya harus diambil kira. Jgn sekadar terpesona dengan penampilan yg sangat maskulin, tapi hakikatnya kualiti kerja tunggang langgang, peraturan ibarat mcm dah buta sungguh. Selagi ada sikap nak tunjuk up sikit, selagi tu budaya bangsawan ni akan terus wujud. Cuma, aku berdoa agar setiap staf di bawah aku dibuangkan sifat2 bangsawan ni. Cukuplah dengan bangsawan yang ada. Tak perlu ditambah rakyat berjiwa raja ni.