BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

30 April 2013

Tragedi Pagi Isnin




Inilah tragedi motor aku kat Apartment kawasan rumah tu. Memang betui punya tak berguna pencuri2 ni. Pukul 3 pagi Isnin, loceng rumah aku dibunyikan 2-3 kali. Aku memang kaki tidoq mati, antara dengar tak dengar jek la. Tp ET dah kejutkan aku, ada orang datang tekan loceng katanya.

Bila aku bukak pintu, terpacul pak guard Nepal apartment rumah kami. "Bang!! Sorry mau tanya. Itu motor abang memang tak ada tayar ka?"... Ceh.. Dengar soalan yang macam tu pun aku terus tangkap negatif. "Hilang lagi barang motor aku!!"... Masuk ni kali ketiga aku kehilangan bab2 motor ni. Memula dulu motor EX5 aku hilang kat kawasan rumah skang. Lps tu aku beli 125z. Baru sebulan pakai dah hilang CDI. CDI tu letaknya bawah seat. Kalo xdak menatang tu pakai xjalan la moto.

Sebulan berlalu, hilang plak dah tayar moto aku 2 bijik. Bukan tayar yang jadi perhatian. Tapi sport rim Yamaha Original colour biru tu yg depa dok geram. Apa niat orang mencuri? AKu xtau. Tapi muhong pahit la kalo dia curi rim ni utk beli sebungkus nasik nak bagi kat Tuku yg patah kaki di sepital macam cerita Kami tu. Hahahaha...

Sudahnya skang motor ni ibarat dah barai n bukan lagi barang original. Biaq pi la... Aku pon malas nak ambik port dah. Biar la lepas ni rim buruk yang aku pakai. Janji motor aku bleh pi berulang balik pi ofis n senang nak hantar/ambik Ammar pi rumah baby sitter.

Ohh..!! Lupa.. Buat pencuri yang mencuri... Perbuatan hang menyusahkan aku nak bergerak ke pejabat, dah dekat separuh gaji habis utk beli barang2 motor yang hilang disebat. Disebabkan hang mencuri, aku jadi masalah ke pejabat, wife aku pun terjebak lambat masuk ke pejabat, bukan atas kesalahan dia, tapi sebab dia terpaksa hantaq anak2 aku dua orang pi rumah baby sitter & tadika. Dah jadi 2 kerja. Instinct aku, hang bukan betui2 terdesak sampai terpaksa mencuri nak beli nasik sebungkus. Keseronokan hang menyebabkan kami ni yang tersusah... Ini ujian untuk kami.. Tapi bukan bermakna semudah itu hang kami lepaskan!!! Kalau hang terbaca blog aku ni, buatlah apa yang sewajarnya bro.. Pasal aku xmau benda mcm ni akan buat hang tersangkut kat Padang Mahsyar sana!!!