BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 February 2016

Jawatan Tak Ke Mana

Baru-baru ni, aku ke Putrajaya untuk bermesyuarat. Biasa la, ada turn menunggu sebelum dapat berjumpa dengan pihak JPM. Sementara kami dok menunggu tu, kebetulan kawan satu batch aku baru lepas keluar dari bilik bos. Agak terkejut tengok muka aku gamaknya, kami pun sempat bertegur sapa.

*****

Brother B: Oh! Sekarang ni aku sebagai SUSK kepada ****** *****, Menteri di JPM.

Aku: Wah!! Terbaik bro...

B: Tengok FB ko vokal sikit yer. Jaga2. Ni pesanan politik ni...

Aku: Hehehe (sengih kerang busuk jek laaa.. Apa ada hal!!)

*****

Hahahaha... Deemmm.. Gitu punya ayat aku kena time salam dah lama tak bersua muka. Tapi, taklah pelik sangat pun. Jenis kreko gini dah biasa jumpa sangat dah. Sahabat aku ni asalnya pegawai PTD la jugak. Ayahnya orang politik, pernah menjadi Ahli Parlimen dan anggota kerajaan, tak silap Setiausaha Parlimen. Tapi rezekinya tak lama dengan PTD. Selepas tu, dia quit dari service PTD. Khabarnya lepas berhenti PTD, dia jadi lecturer di USIM. Tapi lecturer utk program PERMATA. Sambil2 tu, rancak jugak dia keluar TV Bernama untuk sesi forum bual bicara dgn Sherkawi Jirim.

Aku biasa tegur secara sinis kawan aku ni dalam FB. Bukan apa, tengok dia selalu share posting2 yg diambil dari blog junkies yg taraf cybertroopers dok tulis. Bukan datang dari sumber rasmi oleh mana2 pihak. Hang tu dah la masuk TV, nampak ilmiah dan cendekiawan. Takkan FB pun share info yg dikutip dari blog junkies yg merapu2. Tapi, memang orang kita jenis panas hati agaknya, Lepas dari status tu, terus aku kena unfriend dalam FB. Hahahaha..

Tapi itu bukanlah isu utama. Itu background sikit rentetan perbualan kami di atas tu. Aku kurang gemar sebenarnya bila nak memperkenalkan diri dengan sebut jawatan tempat kerja kita. Tambah2 kalau hang tempat hot yang nampak bajet hebat dan gempak. Sama ada di istana, Parlimen, dan mana2 pun. Pada akuitu cuma rezeki yang diberikan kesempatan untuk kita berkhidmat kat situ. Mungkin ada yang melobi untuk jawatan2 tertentu, selalunya post2 penting di pejabat Menteri la. Tapi memandangkan aku pun bukan suka melobi untuk ke satu2 tempat, jadi memang xkena gaya la kalau ada kawan2 aku yg koyah nak promote diri dgn habaq jawatan kerja.

Jawatan ni apalah sangat bro. Tambah2 dilantik untuk jaga orang2 politik. Memang lebih fragile la jawabnya. Tak kena gaya, besok lusa boleh kena tendang gitu ja. Harini orang panggil SUSK, lepas ni belum tau mana nasib kita. Silap2 org suh melepak library ja sebab tak kompeten nak buat kerja. Huhuhuhu...

Jangan megah dengan jawatan, anggap ja itu kesempatan yg Allah berikan untuk menguji hangpa. Kalau hangpa tawadhuk, rendah diri dan sedar di mana diri kita berada, insyaAllah lulus laaa ujian tu. :)