BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16 September 2012

Call of Beijing Duty

Pukul 710 malam nanti, kami sekeluarga sama Ayah & Mak akan naik belon pi ke Beijing, China. Lama dah xjalan jauh2 dgn Ayah & Mak. Dulu kali akhir waktu pi ke Turki & umrah di Mekah. Seronok dpt jalan dgn family. Lagi seronok kalau Along pun dpt follow. Ya la, kami ni family kecik. Kalo dpt berhimpun sekali sure seronok.

Doakan perjalanan kami, selamat pi dan selamat kembali.


Senjata2 dah sedia nak menembak apa2 yg patut kat sana..

13 September 2012

Kesetiaan Sahabat

Aku dah beberapa kali dok sebutkan perkara ni, dan aku memang akan ulang berkali-kali untuk kita sentiasa beringat. Orang kata, beringat sebelum kena.

Dalam berkawan, selepas ibu bapa, isteri, adik beradik & keluarga, sahabat yang paling setia adalah sahabat semasa zaman kita belajaq. Tak kira la sama ada zaman sekolah, mahupun zaman universiti. Bukan aku nak kata kawan2 zaman kerja tak setia. Aku pun ramai kawan2 sekerja yg sekepala & boleh kita percayai. Tapi, kira2nya, susah senang sahabat masa belajaq dulu lebih bermakna. Sama2 kita berlapaq, hang pinjam duit aku, aku pinjam duit hang, sama2 struggle study last minute. Daripada rencam kehidupan zaman belajaq melahirkan ikatan persahabatan yg sangat luar biasa.

Ingat lagi peristiwa lama aku zaman student degree, dalam tahun 2005. Aku kena saman atas kes bawak keta mak takdak insurans &cukai jalan yang sah. Aku naik Mahkamah Majistret Klang time tu. Apabila aku dah dijatuhkan hukuman denda RM350, nak dijadikan cerita, aku tak cukup duit nak bayaq. Ayah aku outstation, tak dapat nak tolong. Mak ada kat Putrajaya,tengah kerja, tapi Mak tak cekap jalan nak pi Klang. Aku roger kawan2, cerita masalah aku. Depa dah berkira2 nak kumpul duit, tontong sorang sikit nak bagi pinjam dulu kat aku. Tapi, syukur. Kebetulan aku dapat call Along yang kerja kat Shah Alam time tu. Along laaa mai bagi duit untuk aku bayaq denda. Kalau tak bayaq, masuk Penjara Sungai Buloh la aku. Apa punya tak glamer, masuk jel pasai tak bayaq denda RM350. Hahaha..

Ikatan itu begitu manis untuk dikenang. Pastinya, salut aku untuk sahabat2 yang paling setia.