BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

13 January 2015

Positif, Negatif Yang Bercampur

Kebaikan dan keburukan selalunya bercampur baur. Dalam kehidupan ni, sebenarnya lebih rumit dan complicated berbanding yang hangpa dok tengok drama2 di TV3 tiap2 petang tu.

Manusia, kalau dia jahat, tak setiap masa dia akan jahat. Paling kurang, ada watak baiknya. Seorang pencuri, jahatnya mencuri di 99 speedmart, pandai songlap duit persatuan, tapi dalam jahatnya, mungkin dia seorang ayah yang penyayang, suka bersedekah, tak buang sampah merata2.

Lumrah manusia juga, kalau seseorang tu bukan golongan kawan2 yg disukainya, memang dikutuk dan dikeji seolah2 takdak sebutir biji nasi kebaikan pun yang pernah dia sumbangkan. Si A bedal si B; begitu jua sebaliknya.

Dalam berkawan, adatlah sebenarnya tu. Kita kena terima kawan kita seadanya. Bukan setiap masa dia sentiasa ada kelebihan. Ada masanya dia ada kekurangan. Keburukan mungkin tak jadikan dia sentiasa negatif. Tidak juga kelebihannya menjadikan tiada sebarang cacat cela dan maksum. Yang paling penting, adat berkawan, pandai2lah pertimbangkan kawan mana yang baik, kawan yang mana buruk. Yang baik kita rapat. Yang buruk janganlah terus dibuang. Itulah adat berkawan.

*gambar seqodor hiasan ajo.. ni contoh elok. Walaupun ada kawan minum ayaq dalam teko macam tu, tp hati dia baik pa. Hahaha..

12 January 2015

Demam

Masuk harini dah 3 hari aku demam. Yg lecehnya, tekak jadi perit sampai aku xlalu nak makan. Tapi yang bagusnya, berat badan aku turun la gak. Hehehehe.. dari 82kg jadi 79 kg. Baguih sangat la tu..

10 January 2015

Banyak Menulis, Banyak Idea

Dulu aku kerap menulis. Blogdrive tu toksah cakap. Memang panjang berjela cerita aku. Cuma masuk zaman dah kerja ja malas tu menjadi2.

Tapi, satu benda ja yang pasti bila hang banyak menulis. Hang akan lebih banyak idea untuk mengarang. Tak kira la, nak buat report ka, nak merapu ka.

Cuma takut nak menulis lebih2 ni, sebab banyak fikirkan risiko2 yang ada. Besa la.. tambah2 penjawat awam macam aku ni. Tapi, seboleh2nya takmau la aku gebang benda2 yang kontroversial. Walaupun kadang2 nak jugak bersuara.

Cakap siang pandang2. Cakap malam dengar2..

:)