BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

17 November 2012

Gaza..



Kisah sedih ini pasti akan berulang2 lagi untuk sekalian kalinya. Ada saja kejahatan yang akan dibuat oleh tentera Zionis laknatullah ini ke atas bumi Palestin. Kita mendengar berita keganasan itu sekadar dari jauh. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Malaysia sudah banyak kali menunjukkan solidariti kita ke atas isu Palestin. Dah macam2 tindakan yang kita buat. Dah macam2 resolusi, Usul tergempar, demonstrasi, persidangan Parlimen dah kita bicarakan hal Palestin. Palestin, tetap nasibnya sebegitu. Takdak sikit habuk pon berubah dari diratah dan dimusnahkan oleh tentera Israel.

Apa lagi yang mampu Malaysia buat untuk selamatkan umatnya? Kita dah saban hari berdoakan kesejahteraan mereka di sana. Setiap kali solat Jumaat, akan ada solat hajat khas untuk memohon kesejahteraan umat Palestin. Kita berdoa kerana kita yakin itulah satu-satunya senjata yang kita ada untuk mengalahkan musuh Allah. Kita yakin doa itu senjata bagi mereka yang mukmin.

Selain berdoa, bertawakal dan yakin akan pembalasan Allah, pasti ada lagi langkah yang boleh kita buat untuk membantu mereka. Apa yang boleh kita sumbangkan? Hantar askar kita ke sana? Jika itu satu keperluan jihad, insyaAllah, akan kita sokong usaha murni depa. Jika ada yang berani, aku salute dan berdoa semoga keberanian hangpa akan dicontohi lagi oleh mereka yang lain.

Soalnya, apa kemampuan kita? Boikot produk yang menyokong yahudi? Kita sendiri dok galak makan di McD, KFC, starbucks, bla.. bla.. bla.. Bila ada suara yang mengajak boikot, ada pulak suara2 sumbang, "kolot la", "tak chill la", "poyo la", "kalau kita boikot, macam mana nasib orang melayu kita yg ramai kerja kat sana!".. Sudahnya, kita tak dapat menunjukkan kesepakatan dalam menghukum kejahatan zionis. Nak boikot makanan sebegitu pon takdak kekuatan. Apa guna kita bercakap hal2 besaq?

Hari ni kita buat satu langkah yang lain selain berdoa. Try pulaukan satu produk yang menyokong zionisme Israel tu. Kalau tak mampu boikot semua, boikot satu produk. Mana tau, sampai mesej kita ni untuk setan Ehud Barak kat Tel Aviv sana...