BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

21 March 2012

Kembara Macai2 di Eropah (Part 2)

Depan Kedutaan Besar Malaysia di Jerman, Berlin

Lawatan kami ke Eropah diteruskan ke Frankfurt, Jerman. Frankfurt bukan ler capital untuk Jerman, tapi lebih merupakan financial city. Jadi bandar dia moden la sikit jika nak dibandingkan dengan Berlin. Di Frankfurt, kami ke Wiesbaden. Di sana terletaknya bangunan Parlimen bagi negeri Hessen, di mana Wiesbaden laaa ibu negerinya.

Wiesbaden tu, kami datang berjumpa dengan Speaker Parliament of Hessen, Hon. Noubert Kartmann. Yang ni lebih kepada kunjungan hormat la. Sambil berbual2 tentang sistem pilihan raya & parlimen, kami pon dibawak laa pusing2 ke seluruh bangunan Parlimen tu.

Kemudian, kami proceed ke Der Bundeswahlleiter (Federal Returning Officer). Jabatan ni merupakan antara agensi yang mengendalikan perjalanan pilihan raya peringkat persekutuan Jerman. Yang ni baru betui punya pendedahan tentang sistem pilihan raya depa. Yang ni betui punya lama kami bincang.

Kami kat Frankfurt ni tak lama. Sehari ja. Keesokan paginya, kami dah bertolak menuju Berlin. Memandangkan flight kami pagi2 dah berlepas, maka kami kena rush ke airport lebih awal. Aku la tukang buat wake-up call kat semua delegasi. Huhuhu.. Seronok kan keja? Hahaha..

Di Berlin, kami pi ke tiga tempat utama. Pertama, Konrad Adenauer Foundation (KAS). Kalo hangpa baca paper seminggu dua lepas mesti hangpa bleh perasan apa yang berkait dengan yayasan ni. Aku takmo cerita banyak. Cuma nak habaq mai, lawatan ke sana adalah untuk mendengar dengan lebih lanjut berkenaan sistem pilihan raya Jerman, kira maklumat tambahan daripada yang kami dengar di Frankfurt. Lepas di KAS, kami berjalan kaki pi ke ibu pejabat Christian Democratic Union Part (CDU). CDU ni adalah parti pemerintah Jerman sekarang, di mana ketuanya adalah Canselor Jerman, Angela Markel. Lawatan ni lebih bersifat sharing knowledge parti CDU memanfaatkan teknologi ICT. Dah settle di CDU, kami gerak ke Federal Chancellery Building, kompleks yang menempatkan pejabat Canselor Jerman. Ni mai pusing2 ja la. Tapi sakan ooo.. Nak masuk bangunan ni macam check di airport. Bukak abeh tali pinggang semua. Tak kira VVIP ka dak.. Huhu..

Berlin ni sebenarnya maju la gak. Tapi depa banyak lagi tinggalan bangunan2 lama yg klasik. Jadi nampak laa macam pekan kuno. Haha.. Tak kuno aih.. Keretapi bawah tanah pon ada!! :)

Kebetulan aku pi ke sana, ada la beli souveneir depa yang terkenal; apa yang depa panggil "serpihan Tembok Berlin"... Hahaha.. aku rasa ni laaa benda yang depa kelentong kita kaw2. Betui ka serpih Berlin Wall. Takkan laaaa tak abeh2 batu dia.. Tah2 depa kutip dari Balakong bukan kita tau kan.. Hehehe...

Antara benda wajib melawat di Berlin, Bangunan Reichstag (Kompleks Parlimen), Charlie Checkpoint (checkpoint zaman WW2 zaman Jerman Timur-Barat) & Bradenburger Gate. Sejuk tahap gaban gak kat Berlin wei.. Keras telinga aku. Huhuhu..

Nanti kita sambung chapter pi ke Copenhagen plak. Chow!!


Berlin-Tegel Airport. Kecik ja airportnya, tapi sangat efisyen


Melekap beramai2 kat Tembok Berlin. Tiga dari kiri adalah YB Datuk Alex Linggi, MP Kapit

Mengisimkan diri kat Berdenburger Gate.. Hehehe..

Bergambar kat Reichstag, Bangunan Parlimen Jerman

Siegessaule, menara tu depa buat dari emas.. Katanya laaaa...

Nak habaq mai, chek dah sampai Berlin nooooo... :D

Der Bundeswahlleiter (Federal Returning Officer). Belakang aku tu kuda batu.. Besaq ja lebih.. tak reti jalan.. Haha..

Delegasi bergambaq dengan "Pengerusi SPR" Jerman.. Tuudia tunjuk jalan balik daah!!

Nie plak depan Hessischer Landtag (State Parliament of Hessen)

Delegasi bergambar dalam bangunan Landtag

Ni aku xtau la.. Gereja ka, Dewan Orang Ramai ka, tapi terletak betui depan Bangunan Landtag. Macam tengok cerita Harry Potter ja.. :p

Pemandangan Bandar Wiesbaden

Ni bukan autobahn.. Tapi pueh ati laaa sampai 5 lane...

05 March 2012

Kembara Macai2 di Eropah (part 1)


Salam semua... Sempena aku nak menyambung entry blog yang dah lama aku tinggal ni, meh aku share dgn korang pengalaman keje aku ke Eropah. Bermula 20-29 hb Februari yang lepas, aku diarahkan untuk menyertai lawatan kerja ke Eropah (UK, Jerman, & Denmark). Lawatan tersebut adalah salah satu agenda satu JK Pilihan Khas Parlimen.

Destinasi pertama, UK.. Bukan Ulu Klang, bukan Ulu Kenas, tapi United Kingdom... Hehehe..

Kami sampai sana pada kul 530 pagi, 21 Februari 2012 (lebih kurang kul 1 tengah hari time Malaysia). Memandangkan delegasi ramai, serabut perut nak membilang & kira beg2 depa nih.

Hotel kami menginap adalah Corus Hotel. Berdekatan dengan Hyde Park. Boleh berjalan kaki sampai ke Oxford Street, port manusia membeli belah nak rak. Hotel Corus dikatakan pemiliknya orang Malaysia. Tapi dah nama makanan depa tu, ada jugak laaa pork bagai. Jadi pandai2 laa hangpa amik makanan yang kita bleh makan..Agenda rasmi kami sebenarnya pada hari kedua. Hari pertama tu kira hari sampai, jadi agenda free & easy la.. Masa yang ada tu, kami sempat pi jalan2 kaki pusing kat area hotel. Sah2 pakat jalan ke Oxford Street.. Kat situ laaa aku cari hadiah & cenderamata utk orang kat sini.Hari kedua, agenda rasmi kami.. Kami ke UK Parliament di Westminster. Kat situ la terletaknya House of Commons, House of Lords, Big Ben bagai semua tu.. Kat sana, kami berjumpa dengan ahli Parlimen UK yang terlibat secara langsung dengan hal2 pilihan raya. Kami juga dengar briefing daripada NGO yang terlibat dalam proses electoral reform di beberapa negara Afrika & Eropah.

Kebetulan pada hari tu, ada lawatan Speaker House of Commons Kanada. Hangpa tau berapa umoq dia?? Haaa... 32 tahun bai. Speaker kita dah masuk zon laih, depa cari hat muda2.. Huhuhu... Jadi, diaturkan laaa satu lunch (makan sandwich tuna, teloq jaaa.. Xpa.. Janji tibai cukup2... :p), sambil2 tu dengar pengalaman depa menguruskan Parlimen Kanada.

Tuuuu dia speaker Kanada. Bapak muda... Sebaya aku ja... Tapi ni kalo kat sini dah lama kena rumble nih!! Hahahaha...

Lps di UK Parliament, kami ke Boundary Commission. Depa ni bertanggung jawab untuk buat persempadanan semula kawasan2 pilihan raya di England. Dapat laaa kami berkongsi peraturan & kaedah2 yang dilakukan di UK untuk belah kawasan pilihan raya nih...

Selesai agenda rasmi sampai pukul 6 petang. Malamnya kami diraikan dalam satu dinner di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Belgrave Square. Kat situ laaa hangpa nak cari makanan Malaysia... Hehehe.. Jangan bimbang. Banyak lagi makanan halal. Toksah cong laaa kata darurat... :p..

Agenda 2 hari kami selesai di UK. Seterusnya, kami ke Jerman. Yang tu kena tunggu part 2. Adios!!

Delegasi bergambar dengan TYT Dato' Sri Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK

YB Datuk Seri Dr. Maximus tengah ada sesi interview dengan wartawan TV3, Haliza Hashim


Roundtable antara MP dari Malaysia dengan MP dari UK di Parliament House, London


Ni sesi pusing2.. Belakang tu semua teksi bentuk2 lama...


Kat Marble Arch, berhampiran dengan Oxford Street.


Ni la hotel kami duduk. Gambar depan ja.. Gambar dalam bilik xlalu nak amik. Lintang-pukang!!

Patung salah sorang PM UK, Winston Churchill