BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

22 May 2011

Lain Citarasa

Citarasa aku ngan orang lain memang takkan sama. Dengan eT pun lain citarasa, dgn Ayah & Mak pun lain pandangan. Rambut sama hitam, tapi hati lain2...

Contoh mudahnya, Ayah tak suka aku buat rambut flat-top. Dia kata Pegawai Kerajaan apa buat rambut mcm tu? Pada Ayah, nak potong, potong biasa2 jek. Aku plak minat gila babun nak buat flat-top. Asal balik rumah, Ayah mesti dok merungut pasal rambut aku. Hahaha.. Tapi, aku dengar ja..

Sama la jugak dengan bab kereta. Ayah suka merungut bila naik kereta aku. Aku kan dok tukaq muffler kereta bagi bunyi kedodol tum..tum..!! Tengok sport rim pun serupa. Ayah kalo bleh maintain apa yang Proton bagi kat aku. Mana bleh.. Jiwa tengah dok muda, mesti dok bikin simple2 kereta. Bukan aku tukaq sampai nampak mcm kapal terbang.. hehehe..

Tapi selalunya citarasa Ayah aku bleh terima. Contohnya, kaler baju atau seluaq yg Ayah pakai. Itu pasal bila aku terlupa bawak baju kerja bila tidoq Seri Kembangan, aku pinjam baju baju Ayah. Tapi selalunya aku ambik terus... Pasal baju Ayah memang masuk dgn aku.. hehehehe...!!


16 May 2011

Hari Che Gu...




Hari ni Hari Guru. Buat meraikan insan yang paling banyak menabur jasa dan membuat bakti pada ibu pertiwi (macam rangkap lagu sekolah aku ja!! Hehehe... )..

Sebelum aku menjadi aku pada hari ini, dah puluhan, mungkin ratusan cikgu dah mengajar & memberi aku ilmu yang sepatutnya untuk dibawa sebagai bekal di hari yg mendatang. Bermula dgn Mak & Ayah yang menjadi cikgu pertama mengajar aku ABC. Kalo hangpa nak tau, mengikut cerita Mak & Ayah aku, kemahiran membaca aku, kalo nak diikutkan memang baguih punya. Baru 3 tahun aku dah dapat baca apa yang ditulis kat surat khabar. Terima kasih Mak & Ayah. Tapi tu la, kepandaian tu tak dapat aku terjemahkan bila masuk alam sekolah, khususnya selepas PMR.

Buat semua cikgu/pensyarah, sama ada secara profesyen rasmi ataupun dak yang pernah mengajar aku; bermula dari Mak, Ayah, Tok, Wan, arwah Tok Aki, mak2 sedara (khususnya Mak Lang Noreha yang selalu buatkan kerja sekolah aku kat tadika!! Hehehe), Tadika Mickey Mouse Seremban, Tadika Winnie Sungai Petani, Tok Cik Mengaji Quran Taman Melati, Pak Lang Radhi (Long Di) Kampung Imam, Sekolah Rendah Ibrahim Sungai Petani, ustaz kat Sekolah Agama Daris Sungai Petani, Sekolah Rendah Seri Amar Diraja Alor Merah, Ustaz Yusof tok guru quran kat Anak Bukit, Sekolah Agama petang kat Sekolah Seri Amar Diraja, Sekolah Rendah Sultan Ahmad Tajuddin Jitra, Makcik Khairul yang ajar quran kat Jitra, Sekolah Rendah Taman Cuepacs, Sekolah Menengah Perimbun, Pusat Tuisyen AP, Pusat Tuisyen SAL, Sekolah Menengah Sains Selangor, Kelas tambahan di Info tech MARA, pensyarah Fakulti Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif UiTM (skang dah tukar nama jadi FSKM), pengajar semasa Kursus Diploma Pengurusan Awam, dan seterusnya kepada semua yang aku tak dapat nak tulis kat sini, aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU... Terima kasih kerana menjadikan aku seadanya hari ini.. Thank you everybody!! : )

12 May 2011

Rempit Jalanan



Aku dah pakai 3-4 jenis motor. Ada yang ala chopper, ada yang kapcai, ada yang dah menghala ke arah superbike.

Ramai yang selalu tanya aku, "apa bestnya naik motor? Kena hujan basah, dah la tayar dua, bahaya!!".. Jawapan aku, "saja aku suka!!".. Takdak jawapan lain yang dapat menggambarkan keseronokan aku merempit.

Yeaahh!! Memang jimat minyak adalah salah satu asbab aku suka naik motor. Ditambah dengan masalah jam roti kaya kat seluruh KL ni buat aku lagi rasa cemuih nak berkereta.

Tapi, yang paling penting, feel layan naik motor tu memang tak dapat digambarkan. Hujan takdak masalah, aku pakai baju hujan. Bahaya selalu accident, aku ni bukan kaki joki motor sampai pacak 180 darjah.. Aku memang penunggang yang disiplin abeh la beb.

Kalo nak diikutkan, pi outstation kat mana pun aku nak belasah naik motor ja. Tapi kadang2 kena berangkut banyak barang. Drive kereta la jugak aku pun..

Gambar atas tu adalah helmet2 aku. Yg hijau tu aku beli kat Bukit Tinggi. Yang biru tu time aku beli motor dari bos aku. Sayang beb.. Aset nih!! Huhuhu..

11 May 2011

Sakit Kepala


Rasanya spek baru yg aku wat ni buat aku sakit kepala.. Tp banyak duit aku dah belanja wat spek ni... Takkan burn mcm tu jek duitnya..