BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 May 2012

Injury Kaki

Khamis lepas, kebetulan aku baguih punya excited nak main bola padang kt Padang Merbok. Nak main petang2 la dengan staf2 ofis. But dah beli setahun, tapi xpernah nak turun main. Kebetulan aku beli tahun lepas waktu ET balik Jengka pantang Ammar lahir. Tp tah lagu mana, xdan nak main langsung.


Petang Khamis lepas, aku turun sakan la. Warm up lebih kurang. Tak bajet la nak beria2 sangat. Main ptg ja pon. Tapi tak sangka itu laaaa nak jadi satu petang yg xberbau malangnya.. Huhuhu..


Main haprak ja, hahaha.. Tak la tera mana pon. Dok kiri tak kena, dok kanan tak kena. Dok depan gol pon macam pengkaq ja.. Hehehe.. Dah dekat sejam kami main. Dah kira2 nak abeh dah pun sebenaqnya, aku try nak rebut bola tinggi. Aku turn & lompat pusing ke belakang. Masa tu, tiba2 bunyi satu macam kat lutut kanan aku... "Praaapppp!!"... Waduh.. Nak kata patah ka, ligamen meletup ka, apa ka, aku takdak idea. Yg aku tau, aku sakit & tak bleh nak mangkit.


"Bos... Ok ke bos? Patah ke td ni?".. sorang staf ofis aku cuba nak tolong. Aku pun xtau apa yg jadi, aku bagitau, "aduhh... Xtau laaa.. Patah ke, meletup ke"... Diorang cuba luruskan kaki aku & tolak macam orang dok wat kat kaki yg cramp.


Sudahnya aku berdengkot2 jalan ke tepi padang. Petang tu aku balik dengan azabnya nak bawak moto. Kena kaki kanan. Lagu mana nak tekan brek moto. Sudahnya aku bawak pelan2 sambil gagah tekan brek kaki. Memang rasa sakit laa oiii..


Jumaat, lutut aku rasa menegang. Bengkak kat belakang lutut.. Nak jalan sakit. Bleh la nak jalan kalo nak tunjuk hero.. Bila sampai sepital, nurse dah check sket, dia bagi la kat aku naik wheelchair... Huhuhu... Jadi la aku ikram wilcha haritu. Haritu, doktor tak dapat nak kesan sama ada kaki aku ni putus ligamen ka, terseliuh ka, apa ka. Cuma dia bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu Menzza. Balik loy laaa aku jumaat tu, tapi dapat MC la kan.. Hehe..


Sabtu & Ahad, bengkak tu makin surut. In fact, aku bleh lagi pi kenduri Fitri ATAT kawen kat Parit Haji Ali, Ayer Hitam, Johor. Naik Ninja laa beb.. Hero malaya betui. Tp on the way balik lutut aku mula rasa sengal... Lama sangat kot dok berlipat kaki atas moto tu.


Esoknya (isnin), aku follow up semula kat DEMC. Aku jumpa balik doktor yg sama check aku jumaat lepas. Dr Samnudi nama dia. Memandangkan dia doktor perubatan biasa, dia xdpt nal decide masalah kaki aku. Dia mintak refer aku ke specialist ortopedik DEMC. Dr Chang nama dia.


Sampai turn aku, doktor mcm besa laaa. Suh aku baring & pegang2 laaa kaki aku tu ke kiri & ke kanan. Sakit laaa kan... Dah dipusing balik pi, balik mai.... "Ooo.. I suspect you punya urat sudah putus ooowh..".. Mak oiii.. Ngerinya bunyi...


Aku duduk & dia mula explain la pasal urat2 & segala benda yg ada kat kaki. Sampai la akhirnya dia tunjuk bahagian yg dia suspect aku kena la ni, ACL. Ligamen la tu beb. Dia suspect ligamen aku dah cedera. Cuma dia xpasti sama ada ligamen tu putus terus ada putus sikit.


Jadinya, Dr Chang dah set appointment utk aku wat further check up kat DEMC 4Jun nanti. Nanti aku akan admit masuk wad & akan buat MRI scan, alaaa, yg mcm chong wei buat kat kaki dia tu... Huhuhu.. Dari keputusan tu doktor akan tau sama ada aku ni cedera teruk ka ataupun lagu mana.


Kalau kata putus, nampak gaya 5 Jun aku akan kena operate lutut utk recover ligamen. "Kita akan operate lutut you, kita akan buang urat ligamen yg dah putus tu, kemudian kita akan cari urat dari tempat lain yg kurang penting, means kita bleh sacrifice laaa, kemudian kita letak urat di tempat ligamen. So dia boleh berfungsi semula. Tp you kena rehat at least 3 bulan. Kalau you nak sukan semula, at least rehat 6bulan".. Mak aiii.. Awat lama sangat. Mau sangap kalo lama2 cuti... Makan tanggung, berak cangkung lagu niii.. Hahaha..


La ni aku pi keja mcm biasa. Drive mcm biasa.. Sakit mmg dah kurang, tp nampak capik sket. Jalan kalo xkena gaya, berasa sakit kat lutut.. Betui2 mcm orang tua... InsyaAllah, kalo dah selesai segala hal2 operation nanti, bleh laaa aku score gol 5-6 bijik.. Hehehehe..


Published with Blogger-droid v2.0.4

23 May 2012

Debate Fever



Aku rasa ini la pertama kali satu sesi debat diberi publisiti & disambut sakan dalam FB & twitter. Apapun, aku nak ucap tahniah kat YB KJ & Rafizi yang telah menyertai satu sesi yg sangat best. Rasanya lagi best dari debat DSAI & Dato' Sri Shabery Cheek dulu. Pemenangnya xdak. Puak masing2 akan kata mereka menang. Pada aku, yang paling best, depa dapat counter hujah masing2 secara berdepan & berhemah. Dalam Dewan Rakyat pun hangpa xkan dapat tengok macam ni punya berhemah orang berucap. Singgung menyinggung tu besa laaaa.. Adat orang politik, tapi penuh kesopanan dan diterima.

Yang lemaunya, penonton2 yang dah berpihak, sebelah UMNO & PR. Depa akan terus dalam fantasi depa. Masing2 akan mengeji hujah orang lain. Salah fakta la, ikut sedap mulut laaa.. Lantak pi la.. Kita jangan dok layan orang yang dah letak persepsi nak sokong mana2 pihak ni. Depa ni kecik ja. Depa xsedaq berapa ramai lagi atas pagar yang dok perati gelagat depa. Sampaikan hal Dr Maszlee cabar PM & DSAI debat macam anak jantan pun depa dah meroyan gila babun... Kepada orang2 macam ni, sorry laaa.. hangpa tu berapa kerat jaaa.. Duduk laaa hangpa dengan labun-labunnya...

Untuk aku, dua2 sama hebat, sama kencang, sama kencing, sama2 pandai pusing.. Dari satu bab, KJ lagi ke depan, dalam hal figure yang dia ada (dapat dari agensi kerajaan), advantage utk dia present input2 yang lagi tepat. Rafizi plak berjaya guna fact yang dia tau, terutama hal royalti Petronas nak jerat KJ, sampaikan ada yang kata Rafizi sudah main personal.. Oiii ngong, kalo semua cerita hangpa sandar kat peribadi, toksah dok bercakap apa laaa.. senang la jawab. pusing pi pusing mai depa tu la fitnah.... Koman spanar!!

Tiba2 aku jadi obses dengan debat2 yang macam ni. Aku rasa daripada sini laaa kualiti kepimpinan & persembahan idea sesuatu pemimpin boleh diketengahkan. Hangpa nak harap Kinabatangan, Sri Gading, Pasir Salak, Padang Serai, Mat Sabu ja ka bercakap yang macam2 dalam Dewan tuuu?? Nak xnak kita kena berubah... Depa tu bukan xpatut ada.. Baguih gak sekali sekala nak dengaq penglipurlara, tapi kalo setakat tu jaaaa, nak ke mana arah kepimpinan kita?

06 May 2012

Tak Terjawab, Tapi Kona Kot Lain

Salam.. Kita tinggal cerita aku pi ke luar negara tu.. Kerja dah setel. Laporan dah table. Gaduh pon dah kaw2 dalam dewan. So kira halal laaa part aku pi Copenhagen tu.. Hehehe (sebenarnya malas nak upload gambaq)..

La ni musim nak pilihan raya dah. Masing2 pakat sakan berkempen, jatuh-menjatuh sama lain. Dari isu sebesar2 hal sampai isu makan "aiskrim".. La ni xkira dah benda halal haram.. Masing2 berkempen sampai ke titisan darah terakhir. Nak menang punya pasai.

Bila berbangkit sesuatu isu, aku suka ambik tau apa isunya. Kawan yang tuduh ni akan kata isu serta alasan2 depa. Kawan yang terkena taik di muka plak akan counter apa tuduhan yang lawan kata. Di samping kutuk lebih kurang, depa akan bagi fakta untuk counter. Dari situ, kita boleh menilai kebolehan depa ni sebagai pemimpin. Adakah depa ni kaki pusing, kaki lurus, ka Kaki Bukit ja.. Hehehe..

Tapi amat membosankan bila kita dengar ayat2 sinis daripada pihak lawan bila musuh depa keluarkan isu dengan fakta2 yg lengkap. "Alaaa.. Dia tu cakap memang kemaih. Kita kenal dia tuu dulu.. Time dia dengan kita, apa yang dia tak kata pasal pembangkang!!".. Tu kalo UMNO totok la.. Begitu jugak halnya dengan pembangkang yang tak abeh2 menyumpah seranah Ezam Mohd Nor, Zulkifli Noordin & the froggy gang...

Ayat "kita kenal dia dulu" tak mampu menjawab persoalan2 yang depa bangkitkan kepada orang ramai. Dengan jaja ayat tu, mudah sangat laaa nak berkempen.. Mesti parti politik tak pening kepala nak buat hujah. Kalau orang cakap pasal pemansuhan PTPTN, jawapan "kita kenal dia dulu" takdak langsung nilai jawapan untuk kita buat perbandingan. Tu nilai orang yang tak reti nak menjawab, tapi buat2 pandai!! Sudahnya, jadi la cerita aiskrim, tanggang, tak dapat projek golf, kawteam dapat duit utk tarik balik petisyen pilihan raya.. :p

Sebab tu, orang politik yang bagus dalam hujah ni kita kena ambil perhatian. Kita ada KJ, Abdul Rahman Dahlan (dalam BN, selain beberapa orang Menteri & Timbalannya, aku tak nampak laaa ada yang boleh hujah best macam depa!!). Pembangkang kita ada Saifuddin, Rafizi, Husam Musa & 2-3 nama lagi. Terasa macam ada ilmu laa sikit kalo dengar pandangan2 depa.

Tapi, kita masih perlu orang2 kartun macam yang ada di dalam Dewan la ni... Kalo serius sangat pon mengantuk gak dalam Dewan nanti kan!! Hehehehe...


Aku akan sentiasa ingat peristiwa ni.. Berapa punya dekat aku di bawah tu dengan sedara Permatang Pauh & Gombak.. Boleh kena lempaq buku laa weh... Huhuhu.. :p (ni bukan gambar den ambik nooo!)