BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 October 2011

Menuju Qiblat Yang Sama




Sapa kata orang politik, terutamanya yang beragama Islam ni, xdapat disatukan?? Aku rasa, aku bertanggungjawab untuk bagitau kat hangpa di luar sana, supaya jangan berpecah belah disebabkan politik.. Aku nak bagitau hangpa, kita sebenarnya sekadar berbeza idealisme, bukan berbeza aqidah dalam beragama...

Sepanjang Parlimen bersidang kat Dewan sementara ni, aku agak kerap gak bersolat kat surau kecil di Tingkat 1 Dewan. Surau tu, abeh ramai pun bleh masuk 5-6 orang ja bersolat jemaah dalam suatu masa. Nak balik bilik sendiri bapak jauhnya. Kebetulan surau ni bukan eksklusif utk YB, so bleh la aku tumpang sekaki.

Sebelum ni, personally aku ada sikit pandangan bias kepada YB2 ni, terutama dalam menjaga bab solat. Kalo YB2 PAS ni, mungkin depa terjaga sket sebab dah diasuh dengan akhlak Tok-tok Guru depa. Cerita dia yang lain2 ni.. Kalo la solat pun xterjaga, macam mana depa nak perform di sisi Allah & rakyat utk menjaga negara??!!

Tapi dah seminggu aku dok solat kat surau tu, kesimpulan yang aku bleh dapat, sebenarnya ramai yang memang menjaga time solatnya. Wa kagum gile bai... Cukup time, ada yang terus ke surau utk solat jamak (bagi YB2 yang jauh rumah depa).. Ada yang solat biasa... Yang menariknya, YB2 dari BN juga sangat ramai menjaga solat mereka!! :)

Itu satu aspek la.. Seperkara yang lebih besaq aku nak cerita pada hangpa, bagaimana YB ni sebenarnya mesra & tak tergambar langsung depa berpecah belah time di Dewan nih... Siap bleh bersolat jemaah sama2 lagi... Kalo YB hangpa time bersidang ni boleh solat jemaah sekali, pasai apa hangpa kat kampung tergamak buat solat jemaah 2 imam?? Hangpa tak rasa ka hangpa dah ditipu oleh beberapa kerat politikus yang suka mengambil kesempatan atas kenaifan hangpa sendiri?? Ataupun hangpa begitu naif sebab xdapat mengikuti secara jelas apa yang berlaku dalam Dewan?? Ataupun hangpa memang dah fanatik dengan parti sampai tak nampak sikit habuk kebaikan orang lain?? Hmmm....

Bayangkan YB2 ni dok bertempik dalam Dewan, tapi bila di luar Dewan, depa bleh minum teh tarik sama2, malah bleh bersolat jemaah sama2, siap bergurau senda sementara nak tunggu giliran ambik wudhu'?... Allo bai, tolong laaa.. Jangan kita tertipu dgn politikus2 opportunis ni... Yakinlah bahawa berbeza fahaman politik tu tak membawa kepada perbezaan aqidah pun... Tolong laaa.. Jangan laaa pulau2kan sahabat dan jiran kerana kesempitan pemikiran politik hangpa....

Kesimpulannya, hangpa nak kata depa buat kerja kafir orang, kononnya makan harta rakyat la, rasuah la, tapi sekurang2nya satu hisab depa dalam menjaga solat dapat pelepasan Allah nanti.. Kita yang dok mengata depa, dah lengkap ka solat?? Tah2 satu hapa pun tak bleh jadi sandaran!!

(Teguran utk diri sendiri, jangan nilai orang tengok kulitnya, tapi tengok la isi hatinya!! :) )