BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

26 July 2011

Tanah Tumpahnya Darahku....




Berjuang aku keluar awal 15 minit... Semuanya pasai nak tengok bola Malaysia lwn Singapura. Bajet bleh sampai pukul 1 tengah hari kat kaunter tiket Stadium Nasional Bukit Jalil. Sampai2 aku nampak sayup2 jek manusia beratur panjang sampai ke gerai baju. Satu kaunter ni lengang.. Yg ni untuk orang yang beli thru online booking.

Kita ni orang marhaen, beratur panjang laa dgn manusia2 lain... Besa laaa.. Waktu beratur nie laaa nak dengaq manusia2 "pengulas sukan" berbuih2 mulut dok cerita tactical bola, kalah Hasbullah Awang dengan Shebby Singh...

Selepas 1/2 jam beratur:-

"Bang!! Tiket dah abeh bang..!! Tapi saja dia xnak cakap awal2 kata dah abeh!!"... Ada satu mamat sudah bunyi... Kat tangan dia dok pegang tiket macam belas-belas keping. Cilakoi sungguh!! Hang dah sudah beli dok buat cerita macam2 plak... Tu aku la yg cakap dalam hati...

Hati dah panas.. Kepala dah menggelegak.. Pasai beratur dgn xbukak helmet.. haha... Staf kaunter inform tiket memang dah abeh... Dua-dua kaunter dah kehabisan tiket.. Depa tengah dapatkan tiket2 dari Stadium Kelana Jaya & Stadium Shah Alam...

Setelah dok baca2 status FB, xtunggu lama dah... Terus chow & gerak pi Stadium Kelana Jaya... Sampai lagi 10 minit pukul 2. Peeehhh.. sini bapak lengang... Aku tgk sejengkal lebih tinggi tiket yang dia xjual lagi... Patut aku mai sini terus awal2 tadi.. Xde laaa buang karan beratur sampai berlengas ketiak kat Bukit Jalil nuuuu... Huhuhuhu...

OK.. fasa pertama dah setel.. Jumpa kat Bukit Jalil naaaa.. Tanah tumpahnya darahku!!! : )

20 July 2011

Mambang Hijau


Mambang hijau yang banyak membantu waktu aku suntuk2 nak kejar punch card... Sempat berkuda dgn mambang balik ke Jengka.. Hehehe...

Naik kereta memang sedap, memang selesa, memang selamat... tapi gua lagi suka layan naik motor beb... : )

13 July 2011

Tai Chi




Tai chi sangat indah, terutama pada si pengamal. Anda akan sentiasa tenang dan tak kisah apa yang berlaku di sekeliling anda. Dengan berlatar belakangkan sedikit pengetahuan, anda boleh menggerakkan seni tai chi kepada sesiapa yang anda suka. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Bergantung kepada jenis tai chi yang anda amalkan...


Pastinya setelah selesai semua aktiviti2 tai chi, anda akan tenteram beristirehat sambil menikmati juadah2 lazat yang telah siap sedia dihidangkan. Dengan selesainya gerak tai chi yang anda lakukan, akan membuatkan ramai lagi di sekeliling anda yg akan bergerak terkantat2 menyelesaikan setiap perkara yang anda TAI CHI...


Jangan suka tai chi kerja kat anak buah bro....!!!

05 July 2011

Sibuk

Aku dah kurang masa nak update blog. Padahal aku sebenarnya suka mengomel dalam blog. Tapi memang sebulan ni aku xdak cerita apa2 pasal perkembangan hidup. Haha..


Tapi orang kata tipu laaa kalo sampai xdak masa. Tu nak gi jenjalan ada masa, nak baca buku ada masa, nak makan ada masa.. Nak "melaboq" lagi pakai banyak masa.. hahaha.. :p. Maksudnya, masa tu boleh diselaraskan. Atas kita ja sama ada nak buat atau tak...

Kesimpulannya, aku ni maleh update blog ka, memang xdan nak update?? Hehehe...