BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

12 May 2011

Rempit Jalanan



Aku dah pakai 3-4 jenis motor. Ada yang ala chopper, ada yang kapcai, ada yang dah menghala ke arah superbike.

Ramai yang selalu tanya aku, "apa bestnya naik motor? Kena hujan basah, dah la tayar dua, bahaya!!".. Jawapan aku, "saja aku suka!!".. Takdak jawapan lain yang dapat menggambarkan keseronokan aku merempit.

Yeaahh!! Memang jimat minyak adalah salah satu asbab aku suka naik motor. Ditambah dengan masalah jam roti kaya kat seluruh KL ni buat aku lagi rasa cemuih nak berkereta.

Tapi, yang paling penting, feel layan naik motor tu memang tak dapat digambarkan. Hujan takdak masalah, aku pakai baju hujan. Bahaya selalu accident, aku ni bukan kaki joki motor sampai pacak 180 darjah.. Aku memang penunggang yang disiplin abeh la beb.

Kalo nak diikutkan, pi outstation kat mana pun aku nak belasah naik motor ja. Tapi kadang2 kena berangkut banyak barang. Drive kereta la jugak aku pun..

Gambar atas tu adalah helmet2 aku. Yg hijau tu aku beli kat Bukit Tinggi. Yang biru tu time aku beli motor dari bos aku. Sayang beb.. Aset nih!! Huhuhu..

1 comments:

eT said...

baru kuar 2 bijik helmet...
mana helmet yg banyak2 kt umah tuh...
sekali ngan helmet dolphin pon ado...
pas ni kite bukak kedai jual helmet la plak...hehehe