BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

13 August 2011

Sinis Pada Kawan Yang Baik



Dalam berkawan, ada kawan2 yang sama kutu berahak, ada yang warak, ada yang nerd. Itu lumrah berkawan..



Tapi, selalunya kawan yang warak selalu jadi mangsa kutukan, tak kira secara halus ataupun memang kaw2 dikutuk. Tambah2 dikutuk bila dari dulu mamat ni memang dah tak berapa disukai kengkawan lain. Bukan sebab dia suka cari pasai dgn orang, tapi sebabnya satu ja, orang bersangka buruk bila dia berbuat amalan baik..


Ramai orang suka kawan2nya sepattern dgn perangai dia. Kalo dah dia tu kutu, pada dia yang cool adalah kawan2 yang kutu. Yang mana sikapnya baik, suka nasihat, pakaian plak jenis berkopiah, bukak FB dia selalu post nasihat dan tazkirah untuk tatapan kawan2, pada dia, yang ni jenis poyo & jenis nak tunjuk alim.


Aku xramai kawan2 yang kaki surau, islamik sifatnya. Kebanyakan kawan aku besa2 ja. Tapi personally aku respect kawan2 yang selalu menasihatkan kawan2, sama ada dlm FB, bersembang, bla.. bla.. bla.. Orang dok sinis dengan dia pon apa ada hal. Dia bukan kacau periuk rumah tangga orang. Sekurang-kurangnya dia dah berdakwah kebaikan utk kita.



Tah la manusia ni. Jahat pun dikata orang. Buat baik pun dikata orang... Yang dok mengata ni pun, bukan orang lain, kawan2 aku belaka!!!

1 comments:

Wanieda said...

Selamat pagi.. Jalan2 mencari rezeki di bulan ramadhan ini.. Jemput ke blog saya.. Semoga anda dimurahkan rezeki!!