BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

05 March 2012

Kembara Macai2 di Eropah (part 1)


Salam semua... Sempena aku nak menyambung entry blog yang dah lama aku tinggal ni, meh aku share dgn korang pengalaman keje aku ke Eropah. Bermula 20-29 hb Februari yang lepas, aku diarahkan untuk menyertai lawatan kerja ke Eropah (UK, Jerman, & Denmark). Lawatan tersebut adalah salah satu agenda satu JK Pilihan Khas Parlimen.

Destinasi pertama, UK.. Bukan Ulu Klang, bukan Ulu Kenas, tapi United Kingdom... Hehehe..

Kami sampai sana pada kul 530 pagi, 21 Februari 2012 (lebih kurang kul 1 tengah hari time Malaysia). Memandangkan delegasi ramai, serabut perut nak membilang & kira beg2 depa nih.

Hotel kami menginap adalah Corus Hotel. Berdekatan dengan Hyde Park. Boleh berjalan kaki sampai ke Oxford Street, port manusia membeli belah nak rak. Hotel Corus dikatakan pemiliknya orang Malaysia. Tapi dah nama makanan depa tu, ada jugak laaa pork bagai. Jadi pandai2 laa hangpa amik makanan yang kita bleh makan..Agenda rasmi kami sebenarnya pada hari kedua. Hari pertama tu kira hari sampai, jadi agenda free & easy la.. Masa yang ada tu, kami sempat pi jalan2 kaki pusing kat area hotel. Sah2 pakat jalan ke Oxford Street.. Kat situ laaa aku cari hadiah & cenderamata utk orang kat sini.Hari kedua, agenda rasmi kami.. Kami ke UK Parliament di Westminster. Kat situ la terletaknya House of Commons, House of Lords, Big Ben bagai semua tu.. Kat sana, kami berjumpa dengan ahli Parlimen UK yang terlibat secara langsung dengan hal2 pilihan raya. Kami juga dengar briefing daripada NGO yang terlibat dalam proses electoral reform di beberapa negara Afrika & Eropah.

Kebetulan pada hari tu, ada lawatan Speaker House of Commons Kanada. Hangpa tau berapa umoq dia?? Haaa... 32 tahun bai. Speaker kita dah masuk zon laih, depa cari hat muda2.. Huhuhu... Jadi, diaturkan laaa satu lunch (makan sandwich tuna, teloq jaaa.. Xpa.. Janji tibai cukup2... :p), sambil2 tu dengar pengalaman depa menguruskan Parlimen Kanada.

Tuuuu dia speaker Kanada. Bapak muda... Sebaya aku ja... Tapi ni kalo kat sini dah lama kena rumble nih!! Hahahaha...

Lps di UK Parliament, kami ke Boundary Commission. Depa ni bertanggung jawab untuk buat persempadanan semula kawasan2 pilihan raya di England. Dapat laaa kami berkongsi peraturan & kaedah2 yang dilakukan di UK untuk belah kawasan pilihan raya nih...

Selesai agenda rasmi sampai pukul 6 petang. Malamnya kami diraikan dalam satu dinner di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, Belgrave Square. Kat situ laaa hangpa nak cari makanan Malaysia... Hehehe.. Jangan bimbang. Banyak lagi makanan halal. Toksah cong laaa kata darurat... :p..

Agenda 2 hari kami selesai di UK. Seterusnya, kami ke Jerman. Yang tu kena tunggu part 2. Adios!!

Delegasi bergambar dengan TYT Dato' Sri Zakaria Sulong, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK

YB Datuk Seri Dr. Maximus tengah ada sesi interview dengan wartawan TV3, Haliza Hashim


Roundtable antara MP dari Malaysia dengan MP dari UK di Parliament House, London


Ni sesi pusing2.. Belakang tu semua teksi bentuk2 lama...


Kat Marble Arch, berhampiran dengan Oxford Street.


Ni la hotel kami duduk. Gambar depan ja.. Gambar dalam bilik xlalu nak amik. Lintang-pukang!!

Patung salah sorang PM UK, Winston Churchill

3 comments:

Mrs Amir said...

bestnya hang berjalan aje noo... :)

Anonymous said...

Whats up! I just would like to give a huge thumbs up for the great information you could have here on
this post. I can be coming back to your blog for more soon.



Also visit my webpage ... cheap travel insurance for over 65 age

Anonymous said...

Hurrah! At last I got a weblog from where I be capable
of genuinely take helpful information concerning my study and knowledge.


Also visit my blog: how to be a court reporter