BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

25 October 2012

Kaki Report

Kalau zaman sekolah dulu, kalaulah diberi pilihan, sapa yang kita betui2 geram & nak tabuh, rumble & tauk dalam semak, aku akan cakap, "kaki report laaaa".

Kaki report ni, kalo zaman sekolah dulu, org benci sebab kelaku depa laaa ada yg kena tangkap sebab "fly" asrama, kantoi isap rokok kat jamban, kantoi tengok gambaq bogel ramai2, tgh ragging budak (hahahaha.. cakap atas pengalaman ka?? :p. Hangpa tanya la member2 aku dulu, aku ni budak baik oooo!! :-)

Di zaman dah berkerjaya ni, ingatkan aku dah berjumpa lagi dengan kelaku2 hodoh gini, rupanya lagi teruk... perangai mengalahkan budak kecik yang tak sekolah!!!

Apa jadah kita nak merepot kat orang lain apa kita buat, macam mana sikap kita terhadap sesuatu isu, macam2. Yang tambah menyakitkan hati, kaki repot selalunya menambah2 andaian sendiri bila merepot hal kita pada orang lain. Tu kira penguat hujah laaa utk timbulkan persepsi negatif kat kita.

Sampai hal dalam kain pun kita nak kepoh sama org lain. Yg buat pun bukan orang lain, kadang2 kawan baik kita, staf kita, org yang selalu dekat dengan kita. Yg kita letak kepercayaan atas rasa hormat kita pada dia.

Kaki report berpotensi jadi pengadu domba yg sangat hina perangainya. Ada beberapa kes yg aku besa dengar org bercerita, orang buat lagu tu sebab nak bos sayang dgn dia sorang, nk lecturer bagi advantage kat dia bila marking paper exam, nak senang naik pangkat. Takkah hina sesorang manusia bila kita mendapat keuntungan dunia dengan cara membodek dan mengadu domba?

Dalam beberapa hal, aku pon dah besa terkena dgn kelaku mat report ni. Prinsip aku mudah, hang buat kat aku, kalau hang tak mintak maaf kat sini, kita jumpa kat sana laaa... kat padang Mahsyar!! Baru hang tau langit tu tinggi rendah!!! Baru hang tau mulut, tangan, telinga time tu yg akan jadi saksi jatuh hukum pada diri hang!!!

1 comments:

lady scooter said...

tang budak baik tu...percaya kot! kih3...