BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

23 June 2016

Kenapa Takut Bertukar?

Penjawat awam ni, sebenarnya terkenal dengan pindah-randah ke serata ceruk alam. Tanya la sapa yang mak paknya polis, askar, ataupun kerja2 gomen yang lain. Hangpa akan perasan depa akan pernah berpengalaman berpindah merata tempat di seluruh negara.

Tak payah pi jauh. Ayah sebagai bekas pegawai perhutanan memang kerjanya berpindah-randah sentiasa. Ayah pernah bertugas di Kelantan, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, patah balik Selangor, ke KL pulak kemudiannya, pi pulak ke Kepong, dan akhirnya bersara. Sebenarnya hebat lagi tentera. Boleh ja sampai ke Sabah/Sarawak, pi Timur-Barat takdak nak takut apa pun.

Mesej utama aku nak sampaikan, terutama kepada penjawat awam; kita kena bersedia untuk berpindah atas kepentingan perkhidmatan awam. Kepada PTD, sebenarnya hangpa kena bersyukur dan rasa beruntung, sebab kebanyakan post2 yang diisi oleh kita, kebanyakannya di kawasan-kawasan bandar. Berbeza dengan cikgu, polis, dan lain2, posting mereka lagi merata; di ceruk kampung, di hulu hutan, tepi sempadan negara, dan macam-macam lagi.

Tidaklah dapat dinafikan, dalam membuat pertimbangan untuk menerima arahan pertukaran tempat bekerja, kita akan tengok juga hal-hal kebajikan dan peribadi; seperti kepentingan keluarga, logistik, kesihatan, dan lain-lain. Itu memang tak dinafikan. Tapi dalam masa yang sama, kita kena akur juga bahawa apabila kita naik pangkat, perjawatan naik pangkat itu tak banyak di tempat asal, lantas memaksa kita untuk keluar dari zon selesa.

Banyak kes juga, terutama mereka yang telah berada di negeri-negeri; mereka seolah-olah dah berada di zon selesa dan takut sungguh kalau dapat transfer order. Padahal, kadang-kala bukan jauh pun tempat baru tu. Mcm contohnya, org Selangor kena pi KL, Putrajaya, taklah jauh mana pun. Tapi dia punya takut tu, macam dah kena pindah Sabah/Sarawak.

Ada juga sampai mengambil tindakan tolak kenaikan pangkat semata-mata nak kekal di tempat lama. Aku faham, antara "justifikasi" (takmau la guna perkataan "alasan" sebab nampak negatif sangat... Hehehe!!) yang selalu dinytakan, masalah keluarga, kesukaran berulang, bla..bla..bla..

OK la. Meh abang nak cerita pengalaman hidup sikit. Aku start perkhidmatan awam ni pada hujung tahun 2006. Penempatan pertama aku, Hospital Sungai Buloh. Waktu tu, kami sekeluarga masih lagi dok di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Hangpa tau ka berapa jarak Bangi-Sungai Buloh?? Kalau ikut Besraya yang kurang jem, jarak lebih kurang 55 km. Gila apa sehala 55 km. Pi balik dah 110 km. Mujoq time tu aku pakai Kancil Putih Xplode tu. Hahahaha. Merasa la aku berulang jauh tu selama 6 bulan sebelum pi kursus Diploma Pengurusan Awam.

Tahun 2008, aku bertukar ke Parlimen. Sempat merasa zaman sebelum dan selepas kawen. Sebelum kawen, aku berulang dari Seri Kembangan ke Parlimen. Jarak waktu tu (sebelum ada highway MEX) adalah 34 km. Lega la dekat sikit. Tapi redah jem pulak tu. Bila aku kawen, kami menyewa n menetap di Shah Alam. Jaraknya dekat sikit, dalam 30 km saja. Sama jugak. Bercinta la nak redah jem di Federal Highway tu. 

Sama la jugak bila aku kerja di Istana Negara. Jaraknya lebih dekat, dalam 28 km saja. Tapi, masih lagi kena randuk jem Federal Highway. Hangpa ingat boleh sampai 20 minit ka? Huhuhuhu...

Setelah lama aku berulang jauh, teringin jugak rasa hati nak merasa pengalaman kerja yang dekat dengan rumah. Sebab tu aku mohon bertukar ke Shah Alam. Akhirnya dapat la kerja yang dekat. Pi ofis pun dalam 5 minit dah sampai parking keta ofis. Hehehehe...

Aku rasa, aku deserve untuk dapat tempat yang dekat setelah sekian lama aku berulang jauh dari rumah. Nak kena bagitau jugak, aku kerja dulu, tempat2 yang memang kerja tak menentu naaaa... Parlimen asyik balik tengah malam buta. Dok di Istana Negara, hari minggu pun kena mai jugak pejabat. Hang nak kata apa??

Sebab tu aku susah nak terima alasan kalau orang taknak pindah dari tempat kerja sebab masalah kesesakan jalan raya, nak kena gerak awal, n macam2 lagi. Tapi, kalau orang di Selangor ni, depa takmau pindah sebab dok dapat bonus kot. hahahaha...

Tapi, come on la. Hakikat yang harus diterima, bila makin tinggi pangkat kita, makin susah peluang kita untuk kekal di satu2 tempat. Aku sendiri secara peribadi, dah set di kepala agar redha ja kalau kena bertukar keluar dari Selangor. Yes, kena pasrah la.. Bukan banyak pon posting di SUK utk hangpa kalut bertahan. Secara peribadi, kalau aku naik pangkat nanti, aku dah bersedia kalau kena ke tempat2 lain. Betui laaaa.. sapa nak jauh dari keluarga. Tapi pokok pangkalnya, patuh ja dengan arahan pertukaran. Pi report duty dulu, nanti baru kita bincang tindakan seterusnya supaya dapat balik dekat dgn family.

Terpulang pada persepsi masing-masing. Tapi kalau tanya aku, kenapa perlu takut?? Peganglah prinsip ni, jauh perjalanan, luas pemandangan...

Motor ni memang saksi bagaimana parok aku berulang sehari dari Shah Alam-Istana Negara. Hang memang kuda yang setia.. :)

3 comments:

aku otai said...

ya bang, aku keja putrajaya 2tahun, lepas tu sarawak 7tahun, sekarang kelantan 2tahun, lepas ni xtahu mana pulak, layankan je

Anonymous said...

gaji besar bleh ler

Jebon said...

Yg susahnya jika isteri juga kerja gomen. Bila suami kena pindah. Isteri belum tentu dapat pindah sama kerana penempatan berdasarkan kekosongan di satu2 jabatan. Terpaksalah suami berhijrah tinggal anak dan bini. Jika anak masih kecil. Bagaimana? Fikir2 kan. Family is first