17 November 2012
Gaza..
Posted by Bang Am at 1:13 AM 0 comments
25 October 2012
Kaki Report
Kalau zaman sekolah dulu, kalaulah diberi pilihan, sapa yang kita betui2 geram & nak tabuh, rumble & tauk dalam semak, aku akan cakap, "kaki report laaaa".
Kaki report ni, kalo zaman sekolah dulu, org benci sebab kelaku depa laaa ada yg kena tangkap sebab "fly" asrama, kantoi isap rokok kat jamban, kantoi tengok gambaq bogel ramai2, tgh ragging budak (hahahaha.. cakap atas pengalaman ka?? :p. Hangpa tanya la member2 aku dulu, aku ni budak baik oooo!! :-)
Di zaman dah berkerjaya ni, ingatkan aku dah berjumpa lagi dengan kelaku2 hodoh gini, rupanya lagi teruk... perangai mengalahkan budak kecik yang tak sekolah!!!
Apa jadah kita nak merepot kat orang lain apa kita buat, macam mana sikap kita terhadap sesuatu isu, macam2. Yang tambah menyakitkan hati, kaki repot selalunya menambah2 andaian sendiri bila merepot hal kita pada orang lain. Tu kira penguat hujah laaa utk timbulkan persepsi negatif kat kita.
Sampai hal dalam kain pun kita nak kepoh sama org lain. Yg buat pun bukan orang lain, kadang2 kawan baik kita, staf kita, org yang selalu dekat dengan kita. Yg kita letak kepercayaan atas rasa hormat kita pada dia.
Kaki report berpotensi jadi pengadu domba yg sangat hina perangainya. Ada beberapa kes yg aku besa dengar org bercerita, orang buat lagu tu sebab nak bos sayang dgn dia sorang, nk lecturer bagi advantage kat dia bila marking paper exam, nak senang naik pangkat. Takkah hina sesorang manusia bila kita mendapat keuntungan dunia dengan cara membodek dan mengadu domba?
Dalam beberapa hal, aku pon dah besa terkena dgn kelaku mat report ni. Prinsip aku mudah, hang buat kat aku, kalau hang tak mintak maaf kat sini, kita jumpa kat sana laaa... kat padang Mahsyar!! Baru hang tau langit tu tinggi rendah!!! Baru hang tau mulut, tangan, telinga time tu yg akan jadi saksi jatuh hukum pada diri hang!!!
Posted by Bang Am at 3:20 PM 1 comments
24 October 2012
Mau Aktif Kembali
Sejak 2-3 tahun kebelakangan, aku dah mula kurang nak share cerita2 dalam blog. Macam beberapa kali aku tulis, bukannya takdak idea, tapi kadang2 banyak sangat yang kita fikirkan kesan dari entry blog kita tu; salah tulis, ada yg tersinggung, salah pos gambaq, ada yg ngamuk sampai putus kawan, salah kutuk, satgi bos lama baca.. hehe.. (bukan bos aku noooo...!!)
Yang lagi bimbang nak difikirkan, bila kita menulis benda yg berkait dengan hal2 semasa. Kadang2 pemikiran kita ni bukan selalu sama. Ada benda yg kita setuju. Ada benda yang kita tak setuju. Bila menulis perkara yg tak sealiran dgn masyarakat ramai, org akan tanggap kita dengan persepsi yang negatif. Anti-establishment, pro-opposition & segala istilah2 palat yg lain lagi. Mengenangkan untuk mengelak perkara2 macam tu, maka aku pun jadi tawar hati nak menulis.
Mungkin faktor takut nak tanggung risiko ni adalah proses semulajadi manusia setelah meningkat dewasa. Sampai masa dah meningkat usia, masa tu rasa takut pun mula mai. Maka berjayalah orang yg berjaya memberanikan diri menyuarakan perkara yg dirasakan betul, kerana keberanian itu dianggap melawan lumrah manusia dewasa.
Bila rasa takut lagu ni, mula la aku teringat zaman2 aku remaja, belajaq berhingus dulukala. Zaman tak takut nak tulis apa, main tulis apa jaaa taram suka hati. Sampai merajuk kawan2 disebabkan blog aku. Alangkah baik kalau keberanian tu aku terus warisi sampai harini. Waktu dulu, banyak gak perakara2 yg tak patut masuk dlm blog, tapi aku langgaq ja. Berani tulis yg baik patut laaa terus. Benda yg buruk2 tu, yg org rasa private, toksah dok tulis la. Kita tinggai laa utk pengajaran. Jgn dok buat dah kelaku lagu tu.
Cuma persoalannya, adakah aku seberani tu untuk menulis kalau aku rasa perkara tu memang tak betul? Moga Allah bagi aku idea untuk menulis & menyuarakan apa yg wajar. Harap ke motor ja nampak garang, tapi hati besaq kuman.. hahaha..
Posted by Bang Am at 4:55 PM 0 comments
16 September 2012
Call of Beijing Duty
Doakan perjalanan kami, selamat pi dan selamat kembali.
Posted by Bang Am at 1:50 AM 0 comments
13 September 2012
Kesetiaan Sahabat
Aku dah beberapa kali dok sebutkan perkara ni, dan aku memang akan ulang berkali-kali untuk kita sentiasa beringat. Orang kata, beringat sebelum kena.
Dalam berkawan, selepas ibu bapa, isteri, adik beradik & keluarga, sahabat yang paling setia adalah sahabat semasa zaman kita belajaq. Tak kira la sama ada zaman sekolah, mahupun zaman universiti. Bukan aku nak kata kawan2 zaman kerja tak setia. Aku pun ramai kawan2 sekerja yg sekepala & boleh kita percayai. Tapi, kira2nya, susah senang sahabat masa belajaq dulu lebih bermakna. Sama2 kita berlapaq, hang pinjam duit aku, aku pinjam duit hang, sama2 struggle study last minute. Daripada rencam kehidupan zaman belajaq melahirkan ikatan persahabatan yg sangat luar biasa.
Ingat lagi peristiwa lama aku zaman student degree, dalam tahun 2005. Aku kena saman atas kes bawak keta mak takdak insurans &cukai jalan yang sah. Aku naik Mahkamah Majistret Klang time tu. Apabila aku dah dijatuhkan hukuman denda RM350, nak dijadikan cerita, aku tak cukup duit nak bayaq. Ayah aku outstation, tak dapat nak tolong. Mak ada kat Putrajaya,tengah kerja, tapi Mak tak cekap jalan nak pi Klang. Aku roger kawan2, cerita masalah aku. Depa dah berkira2 nak kumpul duit, tontong sorang sikit nak bagi pinjam dulu kat aku. Tapi, syukur. Kebetulan aku dapat call Along yang kerja kat Shah Alam time tu. Along laaa mai bagi duit untuk aku bayaq denda. Kalau tak bayaq, masuk Penjara Sungai Buloh la aku. Apa punya tak glamer, masuk jel pasai tak bayaq denda RM350. Hahaha..
Ikatan itu begitu manis untuk dikenang. Pastinya, salut aku untuk sahabat2 yang paling setia.
Posted by Bang Am at 9:17 AM 0 comments
25 July 2012
26 May 2012
Injury Kaki
Khamis lepas, kebetulan aku baguih punya excited nak main bola padang kt Padang Merbok. Nak main petang2 la dengan staf2 ofis. But dah beli setahun, tapi xpernah nak turun main. Kebetulan aku beli tahun lepas waktu ET balik Jengka pantang Ammar lahir. Tp tah lagu mana, xdan nak main langsung.
Petang Khamis lepas, aku turun sakan la. Warm up lebih kurang. Tak bajet la nak beria2 sangat. Main ptg ja pon. Tapi tak sangka itu laaaa nak jadi satu petang yg xberbau malangnya.. Huhuhu..
Main haprak ja, hahaha.. Tak la tera mana pon. Dok kiri tak kena, dok kanan tak kena. Dok depan gol pon macam pengkaq ja.. Hehehe.. Dah dekat sejam kami main. Dah kira2 nak abeh dah pun sebenaqnya, aku try nak rebut bola tinggi. Aku turn & lompat pusing ke belakang. Masa tu, tiba2 bunyi satu macam kat lutut kanan aku... "Praaapppp!!"... Waduh.. Nak kata patah ka, ligamen meletup ka, apa ka, aku takdak idea. Yg aku tau, aku sakit & tak bleh nak mangkit.
"Bos... Ok ke bos? Patah ke td ni?".. sorang staf ofis aku cuba nak tolong. Aku pun xtau apa yg jadi, aku bagitau, "aduhh... Xtau laaa.. Patah ke, meletup ke"... Diorang cuba luruskan kaki aku & tolak macam orang dok wat kat kaki yg cramp.
Sudahnya aku berdengkot2 jalan ke tepi padang. Petang tu aku balik dengan azabnya nak bawak moto. Kena kaki kanan. Lagu mana nak tekan brek moto. Sudahnya aku bawak pelan2 sambil gagah tekan brek kaki. Memang rasa sakit laa oiii..
Jumaat, lutut aku rasa menegang. Bengkak kat belakang lutut.. Nak jalan sakit. Bleh la nak jalan kalo nak tunjuk hero.. Bila sampai sepital, nurse dah check sket, dia bagi la kat aku naik wheelchair... Huhuhu... Jadi la aku ikram wilcha haritu. Haritu, doktor tak dapat nak kesan sama ada kaki aku ni putus ligamen ka, terseliuh ka, apa ka. Cuma dia bagi ubat tahan sakit dengan ubat sapu Menzza. Balik loy laaa aku jumaat tu, tapi dapat MC la kan.. Hehe..
Sabtu & Ahad, bengkak tu makin surut. In fact, aku bleh lagi pi kenduri Fitri ATAT kawen kat Parit Haji Ali, Ayer Hitam, Johor. Naik Ninja laa beb.. Hero malaya betui. Tp on the way balik lutut aku mula rasa sengal... Lama sangat kot dok berlipat kaki atas moto tu.
Esoknya (isnin), aku follow up semula kat DEMC. Aku jumpa balik doktor yg sama check aku jumaat lepas. Dr Samnudi nama dia. Memandangkan dia doktor perubatan biasa, dia xdpt nal decide masalah kaki aku. Dia mintak refer aku ke specialist ortopedik DEMC. Dr Chang nama dia.
Sampai turn aku, doktor mcm besa laaa. Suh aku baring & pegang2 laaa kaki aku tu ke kiri & ke kanan. Sakit laaa kan... Dah dipusing balik pi, balik mai.... "Ooo.. I suspect you punya urat sudah putus ooowh..".. Mak oiii.. Ngerinya bunyi...
Aku duduk & dia mula explain la pasal urat2 & segala benda yg ada kat kaki. Sampai la akhirnya dia tunjuk bahagian yg dia suspect aku kena la ni, ACL. Ligamen la tu beb. Dia suspect ligamen aku dah cedera. Cuma dia xpasti sama ada ligamen tu putus terus ada putus sikit.
Jadinya, Dr Chang dah set appointment utk aku wat further check up kat DEMC 4Jun nanti. Nanti aku akan admit masuk wad & akan buat MRI scan, alaaa, yg mcm chong wei buat kat kaki dia tu... Huhuhu.. Dari keputusan tu doktor akan tau sama ada aku ni cedera teruk ka ataupun lagu mana.
Kalau kata putus, nampak gaya 5 Jun aku akan kena operate lutut utk recover ligamen. "Kita akan operate lutut you, kita akan buang urat ligamen yg dah putus tu, kemudian kita akan cari urat dari tempat lain yg kurang penting, means kita bleh sacrifice laaa, kemudian kita letak urat di tempat ligamen. So dia boleh berfungsi semula. Tp you kena rehat at least 3 bulan. Kalau you nak sukan semula, at least rehat 6bulan".. Mak aiii.. Awat lama sangat. Mau sangap kalo lama2 cuti... Makan tanggung, berak cangkung lagu niii.. Hahaha..
La ni aku pi keja mcm biasa. Drive mcm biasa.. Sakit mmg dah kurang, tp nampak capik sket. Jalan kalo xkena gaya, berasa sakit kat lutut.. Betui2 mcm orang tua... InsyaAllah, kalo dah selesai segala hal2 operation nanti, bleh laaa aku score gol 5-6 bijik.. Hehehehe..
Posted by Bang Am at 11:31 PM 2 comments
23 May 2012
Debate Fever
Posted by Bang Am at 6:03 PM 0 comments
06 May 2012
Tak Terjawab, Tapi Kona Kot Lain
Posted by Bang Am at 4:17 AM 0 comments
21 March 2012
Kembara Macai2 di Eropah (Part 2)










Posted by Bang Am at 7:50 PM 0 comments
05 March 2012
Kembara Macai2 di Eropah (part 1)
Destinasi pertama, UK.. Bukan Ulu Klang, bukan Ulu Kenas, tapi United Kingdom... Hehehe..
Kami sampai sana pada kul 530 pagi, 21 Februari 2012 (lebih kurang kul 1 tengah hari time Malaysia). Memandangkan delegasi ramai, serabut perut nak membilang & kira beg2 depa nih.
Hotel kami menginap adalah Corus Hotel. Berdekatan dengan Hyde Park. Boleh berjalan kaki sampai ke Oxford Street, port manusia membeli belah nak rak. Hotel Corus dikatakan pemiliknya orang Malaysia. Tapi dah nama makanan depa tu, ada jugak laaa pork bagai. Jadi pandai2 laa hangpa amik makanan yang kita bleh makan..Agenda rasmi kami sebenarnya pada hari kedua. Hari pertama tu kira hari sampai, jadi agenda free & easy la.. Masa yang ada tu, kami sempat pi jalan2 kaki pusing kat area hotel. Sah2 pakat jalan ke Oxford Street.. Kat situ laaa aku cari hadiah & cenderamata utk orang kat sini.Hari kedua, agenda rasmi kami.. Kami ke UK Parliament di Westminster. Kat situ la terletaknya House of Commons, House of Lords, Big Ben bagai semua tu.. Kat sana, kami berjumpa dengan ahli Parlimen UK yang terlibat secara langsung dengan hal2 pilihan raya. Kami juga dengar briefing daripada NGO yang terlibat dalam proses electoral reform di beberapa negara Afrika & Eropah.
Kebetulan pada hari tu, ada lawatan Speaker House of Commons Kanada. Hangpa tau berapa umoq dia?? Haaa... 32 tahun bai. Speaker kita dah masuk zon laih, depa cari hat muda2.. Huhuhu... Jadi, diaturkan laaa satu lunch (makan sandwich tuna, teloq jaaa.. Xpa.. Janji tibai cukup2... :p), sambil2 tu dengar pengalaman depa menguruskan Parlimen Kanada.
Agenda 2 hari kami selesai di UK. Seterusnya, kami ke Jerman. Yang tu kena tunggu part 2. Adios!!

Posted by Bang Am at 4:19 PM 3 comments
20 January 2012
Singapura
Harini aku nak bercerita sikit pasal Singapura. Negara kecik yang perasan best tu (kemudian diikut2 plak perangai poyo depa tu oleh orang2 JB!! :p).. Yeaahh.. Macam2 yang kita boleh kata kat depa kan. Sombong & prejudis dengan negara jiran, diskriminasi kaum terancang, sistem autokrasi terpimpin, Lee Kuan Yew benci Melayu... Macam2 hangpa bleh tulis sampai tak cukup kertas kajang oiii.. Huhuhu.. Dah selalu sangat kita ni dok mengeji negara kecik yang kiasu tak abeh ni. Hari ni aku nak tulis beberapa kebaikan yang aku nampak yang kurang kita buat di Malaysia..
Cuti Krismas tahun lepas, aku berjalan pi ke sana satu family. Baguih punya plan nak pi makan angin kat Universal Studios. Kalau guna kereta, kita akan ikut Tambak Johor & masuk ke Woodlands Checkpoint. Standard hari cuti, memang berderet kereta dok tunggu Q nak masuk ke sana. Dah dok Q panjang tu, hangpa akan tengok ramai pegawai imigresen Singapore akan berdiri tengah panas utk edar white form kat orang luar yang nak masuk. Cuba hangpa perhati betui2 muka depa ni semua. Kalo dan hangpa try bersembang dengan depa. Ramai daripada depa sebenarnya adalah orang Melayu!! Dari tukang bagi white form tu sampai laaa kat tukang jaga kaunter imigresen beb...
Kerajaan Singapura nampaknya bagi peluang untuk orang Melayu ni untuk berkhidmat kat pos pintu masuk utama negara depa. Frontliners laaa kiranya beb.. Nak masuk negara depa tengok muka orang Melayu, sejuk laaa mata memandang kan.. Huhuhu.. Nak kata depa menindas orang Melayu pun tak berapa nak kena sebenarnya. Depa dah ada modal untuk counter, "tengok.. Kami dah bagi peluang kepada semua kaum untuk memberi khidmat kepada Kerajaan kami.. Sapa kata kami diskriminasi & bias dengan kaum lain??".. Kita boleh persoalkan, "semua tu jawatan rendah.. Jawatan tinggi macam mana??"... Tapi, pokok pangkalnya, mereka membuka peluang tu untuk kaum yang lain!!
Belum lagi cerita bab kebersihan.. Kebetulan kami singgah kat kawasan perumahan sekitar Woodlands pasal nak cari "Cash Card" (ala2 touch n Go utk parking). Peeehhh bapak bersihnya.. Susah aku nak cari sampah macam tisu, tin kosong, botol kat kawasan2 kedai. Tapi Singaporean ni, bila masuk Malaysia dok buat perangai tak senonoh macam2; buang sampah tu toksah kata la.. Betui2 lepas geram depa!!
Yang tak best pasal Singapore ni, kami susah nak cari surau/masjid. Tak tau laa kalo aku yang tak jumpa.. Mungkin gak bentuk masjid/surau depa bukan macam di tempat kita. Mujur la kat dalam Universal Studio pun ada la satu bilik pejabat depa convert jadi tempat solat. Tu dalam kawasan rekreasi. Kalo kat luaq2 tu aku xtau laa camno rupanya.
Itu la serba sikit yang aku bleh share. Apa yang baik tu kita boleh ambik.. Yang tak baik tu kita kutuk laa depa balik... Hahahaha!!!
Posted by Bang Am at 3:10 PM 1 comments
18 January 2012
Selangor PKNS lwn Kedah


Posted by Bang Am at 2:41 PM 0 comments