BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

10 May 2016

Cerita Wahabi

Cerita hal wahabi selalu timbul apabila orang mula bercerita tentang solat subuh tak baca qunut, kenduri arwah, talkin di kubur, berdoa beramai-ramai selepas solat, dan lain-lain lagi la. Kalau berkait isu aqidah, wahabi dikatakan percaya Allah berada di arasy, bukan di mana-mana seperti yang diajar kelompok mainstream di Malaysia. Dulu aku pun sama jugak macam orang lain, takut sangat dengan hantu wahabi sampai apa-apa sikit yang berlain dengan orang dikata wahabi.

Sikit2, kalau dengar orang dok cerita bidaah itu, bidaah ini, ayat kira habis membunuh yang selalu aku dengar, "kalau dah semua bidaah, awat hang pakai jam tangan, awat hang pakai tie, awat hang naik kereta. Ikut la semua cara nabi!!"

Itulah aku pada waktu dulu2. Waktu tu, kita banyak belajar dengan ikut-ikutan daripada kelompok yang ramai. Aku pun terikut-ikut jugak membantai mereka yang so-called wahabi ni. Tapi, hakikat sebenar, aku pun tak tau apa benda yang depa dok heboh wahabi, melainkan depa ni tak berqunut, talqin segala.

Tapi, kadang kala Allah kurniakan fikiran untuk kita berfikir dengan lebih mendalam. Kita selalu kata wahabi itu sesat, bukan ajaran sebenar Islam, dan macam-macam tuduhan. Tapi, apabila kita ke Mekah, kita masih solat berimamkan mereka yang digelar wahabi. Rela pulak kita duduk di belakang Imam Masjidilharam, sedangkan apabila di Malaysia, terang-terang kita kata depa ni sesat sebab wahabi.

Jika kita yakin depa sesat kerana wahabi, kenapa kita berimamkan mereka apabila solat? Sanggup hangpa burn pahala kerana solat di belakang mereka yang hangpa yakin sesat dan menyesatkan? Adakah kita rela berimamkan mereka yang beriktikad Allah berada di arasy, sedangkan hangpa kata Allah berada di mana-mana?

Itulah antara persoalan-persoalan yang banyak membuka minda aku secara peribadi apabila bercerita tentang wahabi. Cuma, ilmu aku tidaklah sehebat mereka yang memang menuntut secara formal dalam bidang tu. Tapi itu taklah menghalang aku untuk berfikir apakah yang paling baik untuk kita amalkan.

Aku mula tengok kuliah2 para ustaz yang dikatakan wahabi di Youtube. Ramai, tak payah sebutlah. Ya, memang kadangkala ada pandangan-pandangan yang dilihat keras. Tapi tidaklah aku pernah dengar ustaz2 yang hangpa panggil wahabi ni mengkafirkan orang lain kerana khilaf dalam melihat sesuatu hukum. Kalau ustaz ASWAJA macam 2 orang tu (tak payah sebutlah!! Hangpa pun kenai depa ni!!), sah2 depa mengkafirkan dah ustaz2 yang dipanggil wahabi.

Sekadar pemerhatian ringkas, mereka yang digelar kelompok wahabi di Malaysia, ada beberapa karakternya. Mereka ni banyak berpegang kepada sumber-sumber nas yang sahih. Mereka pegang Al-Quran dan hadis-hadis yang telah dipastikan kesahihan. Selain daripada itu, depa selalu akan mempersoalkan asal-usul sesuatu ibadah yang dijadikan acara wajib kita, kelompok Nusantara ni; sebagai contoh, amalan tahlil, kenduri arwah, talqin, dan lain-lain.

Depa juga selalu menekankan mesej keaslian dalam beribadah, di samping bersikap terbuka dalam hal-hal membabitkan muamalat dan hubungan sesama insan sepanjang kehidupan. Sebab tu, ustaz2 wahabi ni takdak la pertikaikan kenapa pakai jam tangan, kenapa drive kereta, kenapa pakai cap, kenapa itu ini. Benda2 tu, selalunya modal ustaz2 konservatif selalu tohmah kepada geng yang tak sealiran dengan depa, padahal takdak pula aku dengar depa kata macam tu.

Nak cerita memang panjang la. Pendirian aku jugak banyak sealiran dengan kelompok kaum muda ni. Tapi aku sebab kurang berilmu, dan tak nak jugak cari gaduh dengan sesapa, dalam bab ibadah, jika hangpa rasa apa yang kita dok buat selama ini betul dan menpati sunnah, silakan. Tak payah gaduh2, tapi janganlah hangpa paksa aku buat kalau aku taknak buat. Sebab aku pun takkan paksa hangpa buat apa yang hangpa suka. Berlapang dada sudah...!!

0 comments: